Dari tadi dia kusyuk menaip sesuatu di dalam laptopnya sehinggakan dia tidak menyedari langsung kehadiaran seorang wanita yang agak berumur sedang menuju ke arahnya sambil menggelengkan kepalanya.
"Jiminie... sibuk betul dengan business online kamu tu. Laku sangat ke?" Tanya wanita tersebut sebelum mula duduk dihadapan anak saudaranya yang masih leka menatap skrin laptopnya.
Dia memandang ke hadapan lalu tersenyum apabila menyedari Aunty kesayangannya setia memandangnya.
"Eh bila aunty sampai? Lama dah?" Jimin menutup laptopnya sebelum mula memfokuskan pandangannya ke arah auntynya itu. Aunty Min menggelengkan kepalanya melihat kelakuan anak saudaranya itu.
Yalah Jimin merupakan satu - satunya anak saudaranya sementara dirinya juga tidak langsung mempunyai anak. Jadi dia menyayangi dan menjaga Jimin bagaikan anaknya sendiri sejak kematian kedua - dua ibu bapa Jimin dalam satu kejadian.
"Tulah sibuk sangat menghadap laptop tu sampai Aunty datang pon tak sedar. Nasib Aunty bawak kunci pendua tau. Kalau tidak sampai berjanggut Aunty menunggu." Kata Aunty Min membuatkan dirinya tersengih malu. Sila dia juga terlampau hanyut di laptopnya itu sehinggakan tidak menyedari langsung kehadiran Auntynya itu. Dia menggaru lehernya yang tidak gatal.
"Sorrylah tak perasan pulak Aunty datang. Loceng rumah ni buat hal pulak tak bunyi, sebab tu tak perasan tu." Jelasku yang masih tersengih. Aunty Min hanya menggeleng. Dah biasa dah dengan anak teruna sorang ni.
"Laku sangat nampaknya business online kamu tu? Sampai busy memanjang. Untung banyak ke?" Kata Aunty Min yang mula memasuki ruang counter dapurku. Segera sahaja ku bangun lalu dikejarnya dibelakang. Balang milo yang dipegangnya ku capai.
"Lah Aunty ni biar Jimin yang buatkan air untuk Aunty. Aunty kan tetamu Jimin. Aunty duduklah dekat ruang tamu nanti Jimin datang bawak makanan sekali." Kata aku lalu menepuknya lembut menyuruhnya ke ruang tamu berehat. Sudah tentu penat baginya datang ke sini dan takkan aku nak biarkan tetamu pula buatkan air.
Akur dengan kata - kataku Aunty Min mula melangkah ke ruang tamu. Bukan aku tak mahu dia duduk di meja yang aku duduk tadi, tapi barang aku banyak sangat. Bersepah.
Setelah beberapa minit kemudian aku muncul di ruang tamu dengan sedulang air serta makanan. Ada beberapa potong kek pisang serta beberapa keping biskut yang aku beli di kedai semalam.
"Alah Jimin ni macam tak biasa je Aunty datang. Duduk lah makan sama - sama. Tak payah nak mengadap laptop tu je memanjang." Kata Aunty Min dengan sedikit sinis. Cuba menyindirku lagi. Aku tahu disebabkan aku tidak mahu mengusahakan syarikat peninggalan appaku, dia tak habis - habis memujuk aku bekerja dalam syarikat itu bersamanya.
Aku nampak yang televisyen di hadapanku sudah memaparkan drama.
"Aunty bukan apa, sampai bila kamu nak buat business online tu? Untung sangat ke? Baik kamu jadi CEO syarikat peninggalan mendiang appa kamu tu je. Lagi senang." Aku menggeleng setelah berapa kalinya. Aku masih tidak setuju dengan apa yang dicadangnya.
"Business Jimin lagi untung, Aunty. Aunty je lah yang usahakan. Jimin tak kisah. Lagipun Jimin tak bersedia lagi." Aunty Min mengeluh perlahan. Mungkin baginya susah betul untuk memujuk aku untuk bekerja dalam syarikat tersebut. Hasilnya tetap mendapat jawapan yang sama.
"Tapi bukan yang tu tujuan Aunty datang ke sini sebenarnya." Kata - kata Aunty Min itu membuatkan aku berpaling ke arahnya dengan tanda tanya.
"Aunty ada hajat apa datang ke sini?" Aunty Min tersenyum manis.
"Kahwin?! Aunty seriously? Jimin muda lagi ni..." kataku dengan nada yang tak disangka. Mahu tersedak air milo panas yang aku tadi. Aunty Min mengangguk sebelum dengan tenangnya mengambil kek pisang masuk ke dalam mulutnya.
"Habis tu nak biarkan kamu tu sampai tua baru nak kahwin? Kamu tu dah nak dekat 30 tahun. Kamu kena ingat tu." Kata Aunty Min dengan tegas. Aku terkaku disitu. Masih terkejut.
"Tapi Aunty... takkanlah awal sangat..." kataku lagi. Aunty Min memutarkan bebola matanya. Mungkin dah tahu itu alasan yang bakal didengarinya.
"Nak tunggu Aunty pulak mati baru Jimin nak kahwin? Jimin tak kasihan ke dekat Aunty? Hmm?" Aku terdiam. Bab mati bukan menjadi topik kegemaran aku. Hatiku mula dilanda sebak. Mungkin aku tak perlu hampakan Aunty Min yang selama ni menjaga aku dengan penuh kasih sayang.
Kemudian sekeping gambar dihulurkan kepadaku sebelum aku dihadiahkan senyumannya.
"Dia anak kawan Aunty. Aunty kenal orangnya, baik, cantik pulak tu. Selalu tolong Aunty. Aunty dan kawan Aunty memang dah setuju nak nikahkan kamu berdua. Tinggal kamu je. Aunty harap sangat Jimin setuju." Kata Aunty Min dengan penuh harapan. Aku tersenyum kelat. Aku tak sampai hati nak menolak dalam masa yang sama aku juga tidak bersedia.
Pandangan aku dialihkan ke arah sekeping gambar yang masih erat ku pegang.
"Nama dia Choi Hana. Anak tunggal pemilik Choi's Holding."
Bibirku mulai mengukir senyuman panjang. Penuh makna.
"Jimin setuju!"
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Детектив / Триллер"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...