"Aku nak tanya, apa nama penuh suami kau?" Tanya Taemin tiba - tiba membuatkan aku tercengang sebentar. Kenapa pulak tanya nama Jimin tiba - tiba time ni pulak? Apa kena mengena?
"Park Jimin. Kenapa? Bukannya dia ada kena mengena dalam cerita yang kita tengah bincang ni." Balas aku dalam kehairanan. Serta merta riak wajahnya bertukar lain apabila mendengar nama suami aku itu. Aku memandangnya dengan penuh hairan. Dia kenal suami aku ke?
"Aku rasa... dia lah puncanya, Hana." Kata Taemin tiba - tiba membuatkan aku serta merta memandangnya dengan riak tidak sangka.
"What?! Apa maksud kau ni hah Taemin?" Nada aku agak meninggi. Bertanyakan jika aku tersalah faham.
"Aku rasa dialah dalang disebalik kematian ahli keluarga kau terutamanya mama kau." Balas Taemin lancar. Aku memandangnya dengan riak tak sangka. Tak percaya semua ada.
"Hah? Jimin? Suami aku?" Tanya aku lagi nada yang sedikit beremosi. Dia mengangguk perlahan.
"Sekarang ni kau nak tuduh dia lah ni?!" Nadaku meninggi kembali. Dia memandangku dengan riak agak terkejut sebelum menggeleng perlahan.
"Tak, Hana... cuma aku rasa lah kan dia yang-" belum swmpat dia memberikan alasan yang agak bodoh kepadaku, aku telah memotong kata - katanya terlebih dahulu.
"Apa kau merepek ni hah Taemin? Dia suami aku, Taemin. Suami aku. Takkan lah dia sanggup bunuh mama dan papa aku!" Aku mulai berang. Segala baranganku mula ku kutip.
"Hana... tapi kau pun bukannya kenal dia sangat selama ni. Malah langsung tak kenal dia selama ni. Dan mungkin... who knows, right?" Katanya lagi cuba berprasangka buruk terhadap Jimin. Tak Jimin tak macam tu!
"Tak. Aku tak rasa. Dan jangan buat spekulasi murahan kau boleh tak, Taemin? Kau pon tak kenal dia, sama macam aku. Jadi kita sama." Kataku dengan nada yang tinggi akibat berang. Biarlah kalau semua pelanggan dekat sini nak kata aku ni apa, tapi aku tak boleh biarkan semua orang mula menghasut aku yang bukan - bukan pasal Jimin. Hanya disebabkan aku tak kenal dia terus kahwin? Huh, apa saja masalah mereka?! Aku sudah memegang beg aku untuk bangun bila - bila masa sahaja.
"Lagipun dia sorang je suspek terdekat. Kita pon tak tahu, Hana. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku." Kata Taemin lagi. Aku memutarkan bebola mataku. Banyak kemungkinan, huh?
"Kemungkinan? Kemungkinan yang aku juga bakal dibunuh dengan suami aku sendiri? Taemin, please stop it! Aku penat lah..." kataku sebelum aku terus bangun. Makanan yang kami pesan tadi ku pandang sekilas. Tak berselera terus aku.
"Tapi Hana..." Taemin cuba menghalangku namun gagal. Aku menepis tangannya dengan segala kekuatan yang aku ada, walaupun kini kepalaku mula berpijar. Pening, sakit. Ah sudah.
"Stop, Taemin." Kataku perlahan. Kakiku mahu melangkah namun tubuh badanku terasa terhuyung - hayang. Dunia bagiku sekarang sudah berpusing, terbalik sana sini. Lututku terasa makin hilang sebelum tubuhku mula terasa melayang di udara.
"But..... kau- Hana!" Aku dengar suara Taemin kuat mengetuk gegendang telingaku serta tangannya sudah mencapai tubuh badanku. Mahu sahaja ku tolak dia jauh diriku namun badanku mula melemah. Pandanganku mula kabur dan kabur. Gelap.
~~~
"Keadaannya stabil serta tiada berlakunya sebarang kecederaan mahupun komplikasi yang berlaku. Cuma berikannya rehat yang cukup serta pemakanan yang seimbang. Yang penting jangan buatnya tertekan dan stress." Kata doktor yang memakai name tag bernama Dr. Ahn dengan lancar.
"Baiklah, doktor." Balasku sebelum tersenyum sebelum mengucapkan terima kasih dengannya ssbelum memimpin Hana keluar daripada klinik tersebut.
"Hana, aku minta maaf sebab aku kau macam ni." Kataku sejurus sahaja kami keluar daripada klinik tersebut untuk mendapatkan kereta. Tanganku yang masih erat memimpinnya dipegang sebelum dilepaskan. Dia hanya diam melangkah menuju ke dalam keretaku. Aku hanya melangkah masuk ke dalam kereta, mungkin salah aku juga desak dia sangat.
"Hana, kau nak makan? Kau dari tadi tak jamah apa - apa lagi sejak tengah hari tadi sampailah kau sedar ni." Kataku sambil cuba menjeling ke arahnya yang masih mendiam. Dia menggeleng perlahan.
"Hantar aku balik je. Aku penat, Taemin." Kata Hana perlahan, lemah. Mungkin dia masih tidak berapa kuat lagi.
"Baik. Tapi make sure kau makan tau. Nanti kasihan dekat baby kau." Sempat lagi aku berpesan kepadanya. Dia hanya mengangguk sebelum memandang ke arah lain bagaikan memikirkan sesuatu. Agak lama.
"Hana, pasal tu kau jangan fikir sangatlah. Biar aku saja yang uruskan pasal tu. Aku minta maaf sebab buat kau terasa aku cuma teka je." Kataku dengan perasaan yang risau sedikit. Risau jikalau dia terus memikirkan tentang tadi, bukan sahaja hubungan kami makin mendingin malah kesihatannya juga mungkin akan lebih terjejas. Dan jelas perkara tadi lah akan berlaku.
"Tak. Aku okay. Cuma aku saja yang tak sihat sikit." Kata Hana perlahan. Aku tersenyum sikit sambil memandang ke arahnya yang masih lemah.
"Kau rehat okay. Suami kau tahu kan yang kau baru balik dengan aku ni?" Dia hanya mengangguk. Aku menghembus nafas lega. Sekurang - kurangnya tak ada lah masalah lain pula yang wujud tiba - tiba.
Keretaku mula menghampiri perkarangan rumah Hana sebelum diberhentikan tidak jauh daripada pintu pagar rumahnya. Aku pandang Hana yang sudah mengemas barangannya hendak keluar dari kereta aku segera sahaja aku keluar sebelum menuju ke arahnya yang masih lemah mahu menyeimbangkan tubuh badannya.
"Biar aku tolong kau, kau masih lemah lagi ni." Lengannya ku capai sebelym memimpinnya berjalan mendekati pintu pagar. Pintu pagar dibuka sebelum aku menghulurkan plastik mengandungi ubat - ubatan milik Hana kepadanya.
"Take care. Jangan lupa makan." Pesanku sebelum dia mula masuk ke dalam perkarangan rumahnya menghilangkan dirinya dari pandanganku.
Aku pandang bayang - bayangnya yang sudah menghilang lama. Entah kenapa aku rasakan bagaikan ada sesuatu mengenai suaminya walaupun hanya mengetahui namanya aku dapat rasakan sesuatu, sesuatu yang buruk bakal berlaku.
~~~
Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Rumah yang suram diselangi dengan lampu yang dibuka dalam jumlah yangs sedikit ku pandang sekilas. Kosong ibarat tidak berpenghuni. Aku melangkah ke arah lif mahu ke bilik. Aku tidak berniat langsung untuk menjamah sebarang makanan lagi. Tubuh badaku sudah berpeluh dan busuk minta dibersihkan. Kepalaku yang masih berpijar ku picit perlahan. Pening.
Aku mahu menolak pintu bilik namun pergerakkan ku terhenti, membeku apabila aku terdengar perbualan Jimin dengan seseorang. Serta merta air mataku mengalir, terkejut.
"Aku kata aku tak bunuh pun keluarga Choi susah sangat ke kau nak percaya cakap aku?! Diorang yang mati sendiri. Aku tak ada kena mengena kau tak faham ke?! Kenapa su-"
"Awak!"
A/N: jeng jeng jeng~
Jimin or Taemin yang betul?
Ke Taemin pon ada niat lain?
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Mistero / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...