Kakiku pantas sahaja melangkah keluar daripada bilik air apabila terdengar satu mesej biasa masuk ke dalam telefonku. Telefonku yang terletak elok di atas meja bacaan milik Hana dicapai pantas. Ranganku yang masih basah aku lap sedikit di seluarku. Pesanan ringkas daripada Hana ku baca sebelum mengembuskan nafas lega. Bibirku tersenyum. Lega dia tidak apa - apa. Risau aku.
Macam mana tak risaunya, seharian aku menelefonnya tetapi tidak berjawab. Hanya suara operator telefon sahaja yang mengetuk gegendang telingaku setiap kali aku menelefonnya. Sudah tentu dia merajuk denganku yang tidak menemaninya makan tengah hari bersamanya. Serius aku serabut, stress.
Namun tak lama selepas itu aku terdiam sebentar, memikirkan perkara yang aku nampak tadi. Aku nampak seorang lelaki sedang mengikuti Hana dan kawannya dari jauh semasa aku mahu makan tengah hari seorang diri membuatkan hati aku makin dihempap rasa risau melampau.
"Aku tahu ni kerja kau, Seojun! Dasar orang tua gila!" Kata aku keseorangan dengan perasaan geram membara sebelum mula mendail nombor telefon lelaki tersebut. Kliennya itu sudah melampau!
"Park Seojun. Kau kan yang hantar konco - konco kau tu ikut Choi Hana tengah hari tadi?!" Tanya aku kepada Park Seojun di dalam talian. Aku dengar dia ketawa sinis di hujung talian.
"Jadi apa masalah kau? Dah kau tak selesaikan kerja kau aku upahlah orang yang lebih mahir untuk selesaikan. Tak jadi masalah kan?" Kata dia dengan nada sinis. Aku menggempalkan penumbukku dengan kuat.
"Berapa kali aku kata jangan kacau Choi Hana lagi. Kau tak faham bahasa ke?!" Kataku dengan nada marah. Dia gelak terbahak - bahak.
"Heh, apa aku kesah?! Ahli keluarga dia bunuh orang yang paling aku sayang, dan kau tahu kan hutang darah mesti dibayar dengan darah? Aku nak dia sekeluarga mati senasib dengan tunang aku dulu! Dan kau, aku nak kau selesaikan jugak kerja kau sampai habis. Bunuh anak perempuan dia!" Kata lelaki itu di dalam talian dengan bengang dan bengis dalam nadanya.
"Tapi aku tak nak kan! Aku dah tak nak teruskan semua ni. Aku boleh bagi balik lah duit pendahuluan serta bonus yang kau bagi dulu! Keputusan aku muktamat! Aku tak nak dan aku tak nak kau apa - apakan dia!" Kataku dengan tegas. Aku terdengar dia tergelak lagi sekali, namun kali ini terselit nada geram di dalam gelakkannya itu.
"Kau dah insaf? Ah come on ah. Kau dah bunuh mama dan papa dia sekarang ni kau nak insaf? Sekali kau terima tawaran aku, kau kena teruskan sampai habis. Tak kira! Ke sebab kau dah mula jatuh cinta dengan anak dia? Huh?" Kata lelaki itu lagi. Kali ini soalan terakhirnya sememangnya membuatkan aku tersentak. Aku memang dan sememangnya sudah jatuh cinta dengan Hana.
"Kenapa diam? Kau takut?! Kau tak sepatutnya takut lah bila aku tahu perasaan kau dekat anak pembunuh tu, kau sepatutnya takut bila dia tau yang kau bunuh keluarga dia selama ni! Kau tak takut ke dia akan benci kau dan senang - senang je kau disumbatkan ke penjara? Huh lebih baik kau bunuh jelah anak pembunuh tu!" Kata - kata di sungguh membuatkan aku marah. Penumbukku digepalkan menampakkan urat - urat timbul ditanganku. Tak guna!
"Aku kata aku tak bunuh pun keluarga Choi susah sangat ke kau nak percaya cakap aku?! Diorang yang mati sendiri. Aku tak ada kena mengena kau tak faham ke?! Kenapa su-"
"Awak!" Kataku terhenti apabila menyedari Hana sudahpun memandangku dengan matanya yang sudah berair. Sungguh aku terkejut. Panggilan tadi ku matikan sebelum mendekatinya. Aku tak rancang semua ini bergini.
"Ha-hana? Bila awak ssampai?" Tanya aku dengan sedikit gugup. Dia memandang aku dengan pandangan marah.
"Awak?! Awak rupanya pembunuh mama dan papa saya?! Kenapa awak?! Apa salah saya? Apa salah keluarga saya?!" Marahnya. Air liur diteguk payah. Pasti dia sudah terdengar perbualan aku tadi.
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Mystery / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...