Taehyung dihadapanku dibiarkan sahaja menjadi tunggul. Fikiranku melayang jauh ke tempat lain membuat mood aku hilang untuk bercakap dengan sesiapa. Fikiranku mahu ditenangkan.
"Are you okay, Hana?" Tanya Taehyung. Aku hanya diam tanpa berkata apa - apa. Fikiranku masih memikirkan kejadian semalam, pertelingkahan antara mama dan Minho oppa.
"Aku... aku tak tahu nak kata apa. Aku rasa bersalah sangat..." balasku setelah beberapa saat berlalu dengan nada yang merendah.
"Sebab tak jaga mama kau macam papa kau minta? Ke sebab oppa kau dengan mama kau?" Teka Taehyung. Aku mengangkat bahu. Pandanganku dilemparkan ke arah lain. Kedua - duanya turut sama. Turut serta dalam fikiranku. Namum tentang Minho oppa dan mama sungguh bermain - main difikiranku sejak tadi lagi.
"Aku cuma masih tak percaya dengan apa yang berlaku, Taehyung. Aku tak sangka." Aduku dengan nada yang rendah. Badanku dibelakangkan menyandar kerusi yang sedang aku duduk. Fikiranku bercelaru.
"Aku tahu kau masih terkejut, Hana. Dan aku pon. Tapi kau janganlah macam ni..." Taehyung cuba memujukku. Dan aku dah dapat agak semua itu.
"Andailah aku tak jadi CEO syarikat mendiang papa tu, semua ni takkan jadi, Taehyung. Semua ini akan berakhir dengan gembira, Taehyung. Bukannya macam ini." Balasku dengan nada yang kesal. Taehyung mengeluh kecil. Badannya disandar ke kerusi dan memeluk tubuh.
"Memang dah ditakdirkan mama kau meninggal, Hana. Dan bukannya disebabkan tu pon, Hana." Kata Taehyung cuba menyangkal apa yang dikatakan kepadaku tadi. Aku menggeleng laju.
"Tapi pengakhirannya tetap membuatkan aku rasa bersalah tahu tak. Aku rasa bersalah sangat. Dan mungkin itulah jugak mama meninggal?" Balasku dengan nada yang sedikit bergetar. Bawah bibirku digigit kuat menahan air mataku daripada mengalir. Taehyung menegakkan badannya semula. Matanya memandang tepat ke dalam anak mataku.
"Hana, sedarlah mama kau meninggal bukan sebab kau, Hana. Dia cuma terjatuh dan terhantuk dibucu meja kan? Dan jelas menunjukkan tu bukan salah kau. Stop doubting yourself, Hana." Kata Taehyung dengan nada yang sedikit tegas cuba memberhentikanku daripada terus menyalahkan diri sendiri. Aku terdiam. Mataku dialihkan memandang permukaan meja. Fikiranku cuba ku tenangkan. Air mataku sedikit demi sedikit mengalir perlahan.
"Kau okay. Aku tahu kau kuat. Kau boleh, Hana." Kata Taehyung cuba memberikan semangat kepadaku. Aku tersenyum.
"Thanks." Dia tak menjawab sebaliknya hanya mengangguk.
"Aku akan sentiasa bersama dengan kau, Hana. Jangan risau." Taehyung berkata lagi. Aku tersenyum lagi.
"Minho macam mana? Dia okay?" Aku menggeleng. Sejak pertelingkahan yang terjadi semalam sehinggalah majlis pengkebumian mama Minho oppa hanya diam. Tidak mengeluarkan sebarang kata - kata.
"Sejak malam tu dia bermasam muka dengan mama sampailah sekarang mama sudah meninggal, dia hanya diam. Langsung tak bercakap." Jelasku. Taehyung kembali memeluk tubuh. Dia memandang tepat ke arahku dengan wajah yang berkerut.
"Habis tu kau nak tutup sahaja ke kes mama kau? Ke kau masih harapkan polis menyiasat?" Taehyung bertanya lagi. Aku mengangkat kening. Aku tak pernah ambil tahu dan terfikir tentang ini setelah rasa bersalahku mengambil jawatan mendiang papa mula bertandang dan bersarang di dalam hatiku.
"Tak, kau tahukan mama kau disyaki dibunuh? Dan polis cuba siasat siapa suspek yang membunuh mama kau. Kau... tak syak sesiapa ke?" Tanya dia lagi. Aku menggeleng. Aku tak pernah terfikir.
"Aku tak fikir lagi pasal tu, Taehyung. Dengan Jimin macam tak sihat ditambahkan pula dengan Minho oppa yang diam sahaja, aku tak tahu nak kata apa. Fikiran aku kusut. Bercelaru." Jelasku. Dia mengangguk faham. Badannya dirapatkan ke hadapan sebelum memandangku
"Mama kau ada musuh?" Tanya Taehyung dengan nada yang perlahan. Aku menggeleng. Selama ni tak ada pula.
"Aku tak rasa." Dia meneguk air ice lemon tea miliknya sebelum memandangku semula dengan pandangan serius.
"Last mama kau ada bergaduh dengan siapa?" Tanya Taehyung lagi. Aku berfikir sejenak sebelum nama seseorang mula muncul dibenak fikiranku. Tak mungkin...
"Siapa yang jumpa mama kau dulu? Minho hyung kan?" Aku terdiam.
~~~
Pintu rumah dikuak dari luar membuatkan aku terdongak memandang pintu tersebut. Terlihat Minho oppa melangkah perlahan masuk ke dalam rumah. Pakaiannya yang serabai serta rambutnya yang agak kusut masai dan pakaian yang agak selekeh dengan menjadi perhatianku.
Dia yang mahu melangkah naik ke atas terhenti apabila aku mencapai tangannya. Dia mengalihkan pandangan mendungnya ke arahku.
"Oppa, we need to talk." Kataku dengan nada datar.
"Oppa pergi mana sampai lewat malam baru balik?" Tanyaku dengan nada yang dingin sambil memeluk tubuh. Pandanganku tajam memandang tepat ke arahnya. Tetapi dia hanya diam, melemparkan pandangannya ke arah lain.
"Oppa please say something... sejak pagi tadi lagi oppa langsung tak bercakap apa - apa pun walaupun Hana tanya. Kenapa ni? Hmm..." kataku lagi, kali ini lebih kepada rayuan. Namun dia hanya mendiam. Masih macam tadi. Aku sedikit kecewa.
"Dengan Jimin demam, oppa lagi yang diam je dari tadi. Hana sedih lah macam ni... haih." Aduku dengan nada sedikit kesal. Sedih kerana kata - kataku sedikit pun tidak memberi kesan kepadanya. Malah masih mendiamkan diri sampai sekarang.
"Oppa dah makan? Hana ada belikan makanan untuk oppa. Jomlah makan dengan Hana sekali." Ajakku sebelum terus bangun tanpa menunggu sebarang reaksi daripadanya. Kakiku baru mahu melangkah namun terhenti apabila Minho oppa tiba - tiba bersuara.
"Oppa tak ada selera." Katanya dengan nada datar. Aku menoleh ke arahnya semula. Dia kemudiannya bangun daripada kerusi tadi dengan tiada riak.
"Oppa ni kenapa hah? Hana punyalah nak bercakap dengan oppa, macam ni je eh oppa layan. Apa masalah oppa sekarang ni?" Kataku dengan nada agak meninggi. Aku mulai berang. Dia yang sepatutnya menemani aku, sentiasa memberi sokongan kepada aku pada ketika ini tapi tidak. Dia buat aku macam tak ada disini. Aku pon ada perasaan.
"Oppa, Hana pun kehilangan mama. Hana pon sedih. Sangat sedih. Kita sepatutnya bersama beri sokongan antara satu sama lain, dan bukannya macam ni." Kataku kepadanya lagi. Nadaku merendah. Kesal dengannya yang selalu memberi sokongan kepadaku dikala waktu sedih mahupun gembiraku. Namun dia bagaikan langsung tidak memperdulikan aku disini terus melangkah pergi namun berjaya dihalang olehku.
"Don't be selfish, oppa."
A/N: stay vote and comment :>
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Mystery / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...