bab 10

137 14 0
                                    

Kakiku terasa baharu apabila melangkah masuk bangunan yang tersegam indah di hadapanku. Terasa lain. Mungkin cuti yang aku ambil agak lama menyebabkan aku tidak dapat menyesuaikan diriku dengan suasananya. Auranya sudah berubah arah menjadikan aku terasa mahu sahaja lembut lututku mahu melangkah.

Masuk sahaja, aku mula menjadi fokus pandangan puluhan staff disini. Masing - masing menunduk hormat kepadaku apabila aku mula menghampiri mereka. Senyuman kekokku diberikan. Aku tak biasa diberikan penghormatan yang tinggi begini. Aku aku tak selesa.

Kakiku melangkah ke bahagian atas milik papaku. Sedar dengan kehadiranku, setiausaha papaku mula bangun sebelum menunduk hormat kepadaku. Aku hanya tersenyum. Masih macam tadi. Kekok.

Pintu pejabat milik papa yang tersegam indah ini ku tolak perlahan. Aku lihat dalamnya. Cantik! Cantik dan terlalu eksklusif! Aku menghampiri mejanya pula. Terhias indah gambar kami sekeluarga. Aku rindu dia.

Tanda namanya pula ku sentuh lembut. Tak sangka, dalam masa yang singkat aku berkahwin. Tak sangka dalam masa yang singkat papa pergi. Dan tak sangka sekarang aku pula yang diberi tanggungjawab duduk di tempat papa mengambil alih syarikat. Ianya sekelip mata. Sekelip mata sahaja berubah.

Pintu bilik ini diketuk dari luar sebelum beberapa saat kemudian muncullah setiausaha papa. Maksud aku, setiausaha aku dengan tab serta mug ditangannya sebelum dihulurkan kepadaku.

"Thanks." Ucapku. Dia hanya tersenyum.

Hari ini bermulalah aku daripada seorang pengurus syarikat kepada CEO terbaru Choi's Holding.

~~~

Telefon aku letakkan dibawah skrin pc ku berbunyi beberapa kali menandakan mesej baru masuk. Terus tergendala niatku ingin mengusun fail yang bersepah di atas meja apabila terdengar bunyi tersebut. Tanganku mula dipanjangkan mengambil telefonku.

Husband ♡
Saya lambat sikit, jalan sesak.

Aku tersenyum sendirian. Sejak kami berkahwin, Jimin tak pernah membiarkan aku keseorangan menjamah makanan tengah hariku keseorangan seperti sebelum kami berkahwin. Walaupun sibuk macam mana pun dia ada saja masa untukku. Aku gembira. Walaupun baru dua kali kami lunch bersama sebelum kami terpaksa bercuti disebabkan kematian papa.

Jaket labuh kegemaranku disarungkan pada badan sebelum aku galas beg tanganku. Aku menuju ke pintu. Tak sabar nak makan tengah hari dengannya.

Aku menekan punat lif turun ke aras lobi. Tak lekang senyuman dari bibirku sejak tadi. Seyiap saat bagaikan amat lama bagiku. Kalau boleh mahi sahaja aku terjun ke lobi terus tanpa menggunakan lif. Tapi tak mungkin aku mampu lakukan sedemikian.

Buka sahaja pintu lif, aku terus melulu keluar tanpa menghiraukan seseorang sudahpun memandang gerak - geriku dari tadi.

"Uishh... makin berseri - seri pengantin baru ni tersenyum - senyum ditengah hari." Tegur seseorang dengan ramah membuatkan aku langkah aku terhenti. Aku mengalihkan pandangan aku ke arah tersebut sebelum aku tersenyum malu.

"Mana adanya pengantin baru konon. Dah basi ada lah. Merepeklah." Kataku kepada lelaki itu. Lelaki itu menggelang dengan senyuman sinis.

"No no no. Aku kenal kau. Kalau boleh kau nak berkemah terus dekat office ni. Kali ni siap keluar awal lagi tersenyum - senyum." Kata lelaki itu lagi. Kali ini lebih kepada perlian. Aku tergelak. Usah disangkal memang itulah kebenaran.

"Haish kau ni Taehyung, aku dah ada suami kenalah lunch dengan suami aku. Lagipun salah ke aku happy?" Jelasku sebelum sebelah keningku dijongket ke atas. Dia mengangkat bahu.

"Tak. Cuma... kau happy ke? Kau pon tak kenal kan siapa dia. I mean korang baru kenal kan? Lain lah dengan aku." Kata Taehyung agak sinis. Aku memandangnya dengan riak tidak faham. Tidak faham apa yang dia cuba sampaikan.

"Apa maksud kau, Taehyung?" Tanyaku. Dia mengangkat sebelah keningnya dan kedua - dua belah bahunya.

"Tak adalah... cuma... kau fikirkan lah..." katanya sebelum keadaan kembali menjadi diam. Senyap. Aku masih berfikir tentang kata - katanya tadi. Mungkin dia risau akan diriku. Aku bersangka baik.

"By the way, takziah aku ucapkan kepada kau sekeluarga. Sorry aku tak sempat nak jumpa kau waktu pengkebumian papa kau, aku ada hal sebab tu aku balik awal haritu. Kau... okay?" Jelas Taehyung kepadaku sebelum bertanyakan tentang keadaanku. Aku tersenyum.

"It's okay. I'm fine, Taehyung. I'm okay." Balasku. Dia tersenyum lega.

"Tapi kalau kau tak okay, kau tahukan mana nak mengadu?" Aku mengangguk. Ya, selama ini pon Taehyung yang selalu menemaninya tak kira susah mahupun waktu senangnya. Dahulu kami berdua hampir disatukan tapi Tuhan lebih mengetahui segalanya yang terbaik buat kita, sehingga kini kami hanya berkawan baik. Maklumlah kawan sepermainan. Anak kawan baik papa.

"Ah lupa, tahniah Hana! Kau dah naik pangkat nampaknya." Ucap Taehyung. Aku hanya tergelak kecil sebelum mengangguk.

"Thanks. Aku sebenarnya tak mahu pun jawatan tu... tapi nak buat macam mana kan..." balasku kepadanya. Ya, jujur aku katakan aku hanya mahukan jawatan yang biasa - biasa sahaja. Aku tak mahukan jawatan yang besar sebegini sebab aku tahu, semakin besar jawatan semakin beratlah tanggungjawab.

"Kau layak, Hana. Kau rajin bekerja." Dia balas. Aku menggeleng.

"Tak adalah. Kalau boleh aku nak bagi dekat Minho Oppa je." Kataku disambut dengan hanggukkannya. Dia juga nampaknya setuju.

"Betul tu! Aku pon pelik, kenapa Minho hyung je tak sandang jawatan mendiang papa kau tu? Bukankah dia dulu yang nak sangat ke jawatan tu?" Kata Taehyung menyokong pernyataanku. Aku mengangguk.

"Tapi mama tak bagi dia ambil jawatan tu. Mama nak aku juga jadi..." kataku dengan nada yang sedikit kesal. Bukan apa aku kasihan dengan oppa. Sejak dahulu lagi dia mahukan jawatan papa namun papa tidak bagi kepadanya disebabkan papa masih hidup dan mahu mengusahakan syarikatnya sendiri. Namun apabila papa meninggal dunia sepatutnya oppa yang akan menyandang jawatan tersebut namun sekali lagi hampa. Mama menyerahkannya kepadaku.

"Jadi... dia ok je dengan keputusan mama kau?" Tanya Taehyung. Aku mengangkat bahu. Sejak keputusan perbincangan yang sudah lama diputuskan oleh mama secara rahsia semalam, oppa terus naik ke bilik tanpa sebarang kata.

"Tapi kau lebih layak... aku jamin syarikat ni akan bertambah maju di bawah pentadbiran kau." Katanya dengan menyunting kata - kata semangat buatku. Aku tersenyum.

"Thanks. Tapi kau kena tolong aku tau!" Dia menepuk bahuku dengan lembut sebelum tergelak kecil.

"No problem, boss!" Kami berdua pun terus tergelak. Begitulah rapatnya kami berdua sejak dahulu lagi.

Tanpa disedari, seseorang memerhatikan gerak - geri mereka berdua dari jauh. Hatinya terasa sakit entah kenapa melihat perempuan miliknya berseronok disitu.

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now