bab 7

176 13 0
                                    

"Pemilik Choi's Holding ditemui meninggal dunia di kediamannya oleh ahli keluarganya pada 5.30 pagi tadi akibat serangan jantung dan dikebumikan di tanah perkuburan Seoul pada jam 10 pagi tadi..."

Televisyen yang masih memaparkan berita utama sekelip mata menjadi gelap gelita. Alat kawalan jauh diletakkan di atas meja kopi sebelum punggungku mula diletakkan di tas sofa sebelah Hana.

Aku memandang ke arah Hana yang masih memandang kosong televisyen tadi. Aku tahu matanya sahaja memandang televisyen namun disudut lain aku tahu televisyen yang memandangnya. Aku faham akan perasaannya.

"Hana, jom makan. Mama dah tunggu kita dekat bawah tu." Kataku kepada Hana yang sedang termenung tu. Dia yang sudah sedar kehadiranku memandangku sebelum tersenyum.

"Tak apalah awak pergilah dulu. Nanti saya turun ya." Balasnya cuba mengelak daripada ajakkan aku tadi. Aku menggeleng perlahan.

"Tak. Saya turun dengan awak. Saya tunggu awak. Kita makan sama - sama." Kataku tetap pada pendirian aku. Aku tak nak jadi seperti semalam, kata sahaja mahu turun tapi sampai malam belum turun.

Aku pandang dia. Kembali diam semula.

"Hana... janganlah macam ni... kita makan jom. Nanti perut awak kosong pulak. Nanti sakit macam mana?" Pujukku lagi.

"Pergilah makan dulu." Balasnya ringkas namun dibalas gelengan olehku. Pandangannya masih memandang televisyen tadi.

"Kalau papa masih hidup mesti dia sedih tengok awak macam ni, Hana." Pujukku lagi. Namun kali ini dia memandang aku.

"Saya faham perasaan awak, Hana. Saya pun pernah kehilangan seorang ayah. Malah appa dan omma saya sekaligus, Hana. Tapi tak semestinya awak kena terus begini. Awak masih ada omma, oppa dan saya. Awak kena teruskan kehidupan. Jangan terus macam ni." Kataku lagi. Kali ini dengan emosi sedikit. Aku juga rindukan omma dan appaku.

"Kita makan eh." Tangannya ku pegang sebelum ku tarik perlahan. Mulut aku mengumat - kamitkan perkataan 'jom' tanpa suara kepadanya.

~~~

Selepas makan, aku melangkah ke arah kolam ikan milik keluargaku. Duduk sahaja aku ditepi kolam, ikan - ikan koi mulai berlumba - lumba berenang menghampiri di mana aku berada.

"Alololo kenapa ni? Lapar eh? Jap eh..." bekas makanan ikan ku bukan sebelum ku lemparkan ke permukaan air. Berebut habis ikan tu mendapatkan makanan.

Selalunya selepas balik sahaja kerja, papa akan meluangkan masanya bersantai dan memenangkan fikirannya di laman hijau rumah ini sambil bermain dengan ikan - ikannya. Namun kini keadaan sedikit berbeza. Dia sudah tiada. Pasti ikan - ikan ini juga akan merinduinya.

"Eh Hana, tengok ikan pon tersenyum? Ke menggelamun? Hmm?" Tanya Minho Oppa lalu duduk disebelahku.

"Hana fikirkan pasal papa? Kan?" Tanya dia lagi. Aku terdiam. Memang betul apa yang ditekanya itu.

"Hana... tak rasa pelik ke?" Tanya Minho Oppa dana nada yang cuba direndahkan. Aku memandangnya dengan tanda tanya.

"Pelik? Pelik apa?" Tanyaku. Pelik. Dia mendekatiku. Seperti ada sesuatu yang dia mahu sampaikan. Apa yang dia cuba sampaikan?

"Pelikkan cara papa meninggal?" Balasnya lagi cuba memberi teka - teki yang aku juga tidak pasti kepadaku.

"Maksud... oppa?" Dia tersenyum sinis.

"Cuba Hana fikirkan... Hana tak syak ke sesuatu yang... pelik...?" Aku terdiam. Cuba memutarkan kejadian awal pagi tadi.

"Papa... dia meninggal seolah - olah dalam keadaan terkejut. Hana tak perasan?" Dia cuba membongkarkan satu per satu misteri yang dia jumpa.

Yeah... aku pon... tapi... takkanlah.

"Tak pelik ke... waktu oppa datang tu mata dan mulut papa macam terkejut nampak sesuatu. Hana tak rasa ke... macam... pelik?" Katanya dengan nada separuh bisik. Aku terdiam. Lama juga aku berfikir dan mencerna apa yang dia katakan tadi. Aku mahu katakan sesuatu namun dia menyambung kembali.

"Oppa rasalah... papa nampak hantu lah." Sehinggalah aku mula ketawa.

"Alahai oppa ni buat orang suspen lah. Mana ada hantu dekat sini. Merepeklah. Ni mesti pengaruh baca komik hantu terlebih ni." Kataku sebelum kembali ketawa. Mati - mati aku fikir dia nak cuba bongkarkan apa tadi. Punyalah aku serius memikirkan. Rupanya saja buat lawak hambar dekat aku. Ceh.

"Haa.. kan best kalau Hana gelak daripada duduk termenung je macam kodok dekat situ. Buruk tau pemandangan." Katanya dengan muka cuba dihodohkan macam kodok yang dia katakan tadi. Aku ketawa lagi. Huh pandai dia buat aku ketawa.

"Hana rasa muka oppa lebih hodoh dari kodok." Kataku kepadanya sebelum aku terus bangun dari situ. Lari.

"Apa?!" Dan mulalah aksi kejar mengejar antara satu sama lain dilaman tersebut ditemani cahaya bulan pada malam tersebut.

"Jangan risau, giliran kau pula selepas ni." Kata hati seseorang sebelum mula melangkah pergi balik ke tempat asalnya. Dia perlu memberikan masa sebelum kembali lagi.

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now