Aku membuka pintu pagar rumahku sebelum muka seseorang mula menjadi fokus pandanganku. Dia membuka cermin mata hitamnya sebelum tersenyum ke arahku. Dia kemudiannya melangkah ke arahku membawa sepucuk surat ditangannya dengan erat.
"Long time no see, Hana. How are you?" Ucap Taemin yang sudahpun berada dihadapanku. Aku hanya senyum.
"I'm fine. And you?" Taemin juga tersenyum. Masih comel dan kacak seperti dahulu malah lebih bergaya.
"I'm good." Balasnya ringkas. Aku mengangguk.
"Kau kerja apa sekarang Taemin? Aku dengar sejak aku sambung belajar dekat London dulu kau start kerja jadi detektif? Betul ke?" Tanyaku dengan nada yang agak teruja. Dia tersenyum.
Sejak aku menyambung pelajaran aku di London, aku tidak lagi berhubung dengannya selalu dan sehinggakan ke tahap jarang. Tidak seperti sewaktu aku masih belajar di sini. Namun hubungan kami tidak menjadi asing kerana Taemin merupakan rakan baik Minho oppa. Cuma aku dan dia jarang berjumpa disebabkan masing - masing sibuk bekerja.
"Haah. Akhirnya cita - cita aku tercapai jugak." Jawabnya. Aku tersenyum. Tercapai juga hasratnya.
"Sorry sebab tak dapat hadir waktu majlis pernikahan kau. Aku ada kes time tu. Tapi kau dah terima kan aku hadiah yang aku delivery tu?" Aku mengangguk. Serta merta dia tersenyum gembira.
"It's okay. By the way thanks. Lagipun tak lama lagi kau nak jadi ahjussi dah." Balasku dengan nada senang. Dia melihat aku dengan riak tidak sangka.
"Wah! Jinjja?!" Aku tersenyum sebelum mengangguk.
"2 weeks." Balasku membuatkan dia mahu sahaja melompat keriangan. Mungkin dia yang masih membujang membuatkan dirinya teruja.
"Siapa nama suami kau yang berjaya menawan hati kau ni? Nak juga aku tahu. Dia ada? Mana?" Tanya dia bertubi - tubi sebelum tercari - cari seseorang dibelakangku. Aku tergelak sebelum menampar bahunya lembut.
"Mana ada. Jimin tak ada lah dekat sini. Dia ada dekat dalam. Jomlah masuk kita boleh berbual panjang lagi." Kataku dengan nada teruja. Gembira pon ada. Dia terdiam. Seperti memikirkan sesuatu.
"Eh tak apa lagipun aku mahu jumpa kau sebentar sahaja. Aku ada hal sikit lepas ni." Katanya. Aku hanya mengangguk. Dia dan aku tak ubah sibuknya. Sebab itulah kami jarang berjumpa.
"So nama suami kau... Jimin?" Tanya dia. Aku hanya mengangguk sebelum tersenyum.
"Kenapa? Kau kenal ke?" Tanyaku apabila melihatnya hanya terdiam selepas bertanyakan nama suamiku tadi. Dia memandangku sebelum menggeleng.
"Eh tak. Cuma macam pernah dengar." Jawabnya membuatkan aku hanya meng'oh'kan sahaja. Tidak terniat mahu bertanya lebih lanjut.
"Dengar kata kau jadi ceo syarikat mendiang papa kau kan? Tahniah! Tapi aku juga nak ucapkan takziah atas kematian ahli keluarga kau. Aku turut bersimpati." Pertanyaannya membuatkan aku pula kali ini terdiam. Aku hanya mengangguk lemah.
"Macam mana kau tahu pasal ni?" Tanyaku kembali. Ya setahu aku, tentang jawatan aku ditukar ini hanya diketahui oleh staff serta orang tertentu sahaja kerana aku malas mahu memberitahu pihak media tentang perkara ini. Biarlah mereka sendiri tahu.
"Oppa kau, Minho." Jawapannya itu membuatkan aku secara refleks memandang ke arahnya dengan riak tidak sangka.
"Bila kau... jumpa dia?" Tanyaku.
"Dia selalu lepak dengan aku. Tapi sejak kematian papa kau... dia jarang jumpa aku. Sampailah malam kematian dia. Aku jumpa dia minum. Banyak sangat. Aku tanya dia kenapa. Dia kata dia ada masalah dengan mama dan kau. Dan... apa yang aku dapat daripada dia... surat ni, dia kata tolong bagikan surat ni kepada kau bila dia tak ada. Dan lepas tu di pergi macam tu je tinggalkan aku. Aku tak sangka pula sampai kadi begini." Jelas Taemin beremosi dengan panjang lebar.
Aku mengambil sampul surat berwarna coklat yang dihulurnya itu kepadaku. Ditenungku lama sehingga dia kembali bersuara.
"Aku tak tahu apa dia tulis, tapi aku tak pernah tengok dia minum sebanyak tu. Kau faham kan apa aku maksudkan?" Aku hanya terdiam memandang ke bawah. Tak tahu apa yang mahu aku katakan lagi. Hati aku pedih mendengar semua ini.
"Jaga diri, Hana. Hati - hati. Aku minta diri dulu, ya. Ada apa - apa call aku okay." Kata Taemin. sebelum melambai tangannya kepadaku.
Aku memandang Taemin sudah menghilang daripada penglihatanku sebelum pandangan ku dialihkan kepada sampul surat tadi. Lama.
~~~
Sampul surat berwarna coklat yang aku pegang erat sebelum punggungku mula ku daratkan di atas buaian milik oppa. Bilik Minho oppa ku perhatikan segenap penjurunya sekilas sebelum mataku mula difokuskan kembali ke arah sampul surat yang aku pegang kini.
Angin meniup kencang memasuki ruangan balkoni bilik ini menenangkan diriku disini. Meskipun aku tahu fikiranku agak tidak tenang selagi sampul ini tidak dibuka dan dibaca.
Aku merenung kembali sampul itu. Kenanganku bersama Minho oppa berputar kembali. Air mataku seakan sahaja mengalir namun ku tahan.
Sampul berwarna coklat itu ku buka penuh emosi. Sedikit demi sedikit memori berputar kembali serentak dengan bukaan sampul tersebut. Beberapa surat yang mempunyai kesan gumpalan serta tompokkan air itu dibuka daripada lipatannya sebelum ku baca.
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Misteri / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...