bab 9

149 11 0
                                    

Kakiku melangkah masuk ke dalam Mall. Masuk sahaja ke dalam perut Mall, puluhan lampu mula menyilaukan mataku. Hana yang berada diselahku hanya mendiamkan diri. Aku pandang ke arahnya. Wajahnya seakan memaparkan perasaan teruja. Eh takkan pergi Mall pon teruja?

"Selalu datang sini?" Tanyaku apabila melihat dia hanya diam berjalan beriringan denganku. Dia menggelang. Matanya memandang satu persatu deretan kedai yang kami lalui sebelum dia memandang ke arahku apabila menyedari aku memandangnya lama.

"Tak pernah. Saya jarang pergi shopping. Kalau lunch pon saya akan makan di restaurant berdekatan dengan office saja." Jelasnya. Aku mengangguk faham.

"So... this your first time?" Dia mengangguk sambil tersenyum kepadaku membuatkan juga turut tersenyum.

"Then, this is will be special." Kami tersenyum sebelum tangan kami bercantum. Memegang erat antara satu sama lain.

"Jom kita pergi ke sana, sayang." Ajakku. Dia memandangku sebelum menghadiahkan senyuman manisnya kepadaku. Tangan kami yang masih bercantum dihayunkan mengikut rentak langkahku.

Aku memegang dadaku. Jantungku... mengepam laju. Huh, tak mungkin.

~~~

Aku memakai dress paras lutut yang dipilih oleh Jimin tadi. Dikemaskan dibadanku supaya ianya tampak lebih kemas. Aku menilik diriku beberapa kali di hadapan cermin. Aku tersenyum sendiri. Cantik!

Pintu fitting room tadi dibuka olehku menampakkan Jimin sedang duduk dihadapan bilik ini mengangkat wajahnya sebelum tersenyum.

"Wah...Cantiklah!" Pujiannya yang melambung membuatkan aku mengembang setalam. Belum cukup aku mengembang dengan pujiannya, dia menghulurkan sejenis blouse berfesyen kepadaku pula. Again after about more than ten clothes I tried? Aku mengeluh perlahan.

"Alah... lagi?" Dia mengangguk. Blouse dihulurnya ku ambil sebelum aku masuk ke dalam semula.

Aku berjalan beriringan dengannya. Katanya ada restaurant makanan barat yang sedap tidak jauh daripada deretan butik yang aku pergi tadi. Aku pandangnya disebelah. Bersemangat betul!

Bunyi deringan telefon menghentikan langkah kami berdua. Aku sangkakan itu deringan milik telefonku namun ianya meleset sama sekali. Jimin mengambil telefonnya yang masih berdering itu sebelum menenungnya beberapa saat. Mukanya tampak resah.

"Hana, tolong pegangkan jap. Pergilah dulu. Nanti saya datang." Katanya sebelum menghulurkan beg kertas pakaianku yang dia sukarela mahu bawakan itu kepadaku sebelum melangkah laju meninggalkanku disini.

Aku masih terpinga - pinga dengan apa yang berlaku namun terus melangkah pergi ke destinasi yang ku tuju. Mungkin panggilan penting daripada kliennya yang perlu diselesaikan.

Aku memesan makananku dahulu sementara menunggu kehadiran Jimin yang masih menghilangkan diri.

"Kalau papa sakit jantung meninggal terus macam mana?"

"Semua yang hidup akan mati, Hana..."

"Tapi jikalau ditakdirkan papa pergi dahulu, tolong papa. Tolong jaga mama untuk papa. Tolong sayang Jimin macam mana kamu sayangkan oppa kamu..."

Masih teriang - iang segala kata - kata terakhir papa sebelum dia meninggalkan kami buat kali terakhir. Mungkin... betul kata papa, sekurang - kurangnya aku masih ada Jimin, suami aku.

Makanan yang aku pesan tadi sudah sampai. Hampir pecah liur aku dibuatnya. Namun aku masih menanti Jimin. Hampir 30 minit dia menghilang.

Baru sahaja aku berniat mahu menjamu selera terlebih dahulu, Jimin sudahpun menarik kerusi dihadapanku untuk duduk. Mukanya yang tampak sedikit tertekan menjadi tatapanku.

"Awak... okay? Siapa call?" Tanya ku dengan sedikit teragak - agak. Dia mengangkat mukanya sebelum cuba tersenyum kepadaku.

"Saya okay, staff saya tadi." Balasnya ringkas. Seakan tidak mahu membincangkan hal itu lagi. Aku bersangka baik. Mungkin dia ada masalah peribadi.

"Awak dah pesan makanan eh?" Tanya Jimin apabila melihat air lemon madu serta makaroni cheese dipesanku. Aku tersengih.

"Awak kata nak cari kemeja dengan kot untuk dipakai ke pejabat." Kataku apabila menyedari Jimin sudahpun melangkah mahu ke pintu hadapan Mall. Kemudiannya dia berpatah balik sebelum memasuki sebuah butik pakaian lelaki.

Dia hanya diam sahaja, memilih beberapa kemeja tanpa riak. Hanya mengangguk sahaja yang dibalasnya.

"Yang belang biru ni lawalah. Awak cubalah," cadangku. Kemudian kemeja yang dipegangku diambilnya dan ditekapkan dibadannya. Tampak cantik dan sesuai dengannya!

"Cantik!" Pujiku. Dia memandangku sebelum memberikan sebaris senyuman. Daripada senyumannya serta reaksinya bagaikan sesuatu menggangu fikirannya. Mungkin aku tak perlu menyibuk halnya.

Aku menuju ke bahagian tali leher yang kebetulan bersebelahan dengan bahagian kemeja tadi. Mataku tercap kepada sehelai tali leher biru berbelang hitam. Cantik! Sesuai dengan kemeja yang ku pilih tadi.

Aku meminta pekerja butik itu mengeluarkan tali leher limited edition itu disebalik almari kaca sebelum memberikannya kepadaku.

"Awak... cubalah tali leher ni. Cantik!" Kataku dengan penuh bersemangat. Jimin mengambil tali leher itu sebelum ditekapkan kepadanya.

"Haah." Akurnya perlahan dengan semangat yang mengurang. Aku memandang dirinya yang tidak bersemangat itu sebelum mengambil tali leher ditangannya.

Dengan rasa yang sedikit gemuruh, aku mula mendekatinya sebelum memakaikannya tali leher tersebut. Terlampau rapat dengannya membuatkan lutut aku seakan mahu tercabut sahaja menahan gementar.

"Kalau awak ada masalah, bagitahulah..." kata dengan nada perlahan kepadanya. Tanganku masih dikawal daripada melakukan tindak balas yang luar biasa. Tali leher itu ku kemaskan dengan kemasan yang terakhir.

"Hmm kan handsome..." pujiku tetapi dalam nada yang perlahan. Aku mula mengundurkan badanku ke belakang sambil tersenyum. Namun senyumanku terus mati apabila mata kami bertembung. Aku terkaku.

"Ermm awak tengok - tengoklah dahulu saya tunggu dekat depan eh." Kataku sebelummahu melangkah pergi dari situ namun gagal. Tangannya sudah memegang tanganku erat dari terus pergi dari situ. Dadaku mula memaikan rentaknya.

Mata kami bertembung lagi sebelum mataku pergi ke pada bibirnya pula. Dia tersenyum.

"Thanks atas pujian tu." Ujarnya sebelum mukaku mula memerah. Alamak dia dengar?! Malunya! Hampir meletus jantungku berdegup kencang. Senyumannya kini bertukar nakal. Sebelum aku diapa - apakan aku terus melarikan diri.

Perasaan ini, sukar betul dikawal.

Namun tanpa Hana sendiri ketahui, Jimin juga merasai perasaan yang sama. Dia memegang dadanya sebelum tersenyum tanpa dia sendiri sedar.

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now