bab 8

160 14 0
                                    

Perutku sudah berbunyi minta diisi memaksaku mencari makanan dijadikan alas perut. Kakiku dilangkah perlahan ke dapur untuk bersarapan.

Namun belum sempat aku mahu ke ruang dapur, mataku mula terpaku ke arah Hana yang sudahpun membatu menyepi diruang makan. Wajahnya memandang ke hadapan. Ya, betul - betul ke arahku yang sudahpun terhenti langkahku disini. Tapi aku tahu, fikirannya hanya melayang tinggi di awan sana. Bukan senang baginya mahu melupakan orang yang kau sayangi. Aku faham dan sudah memahami.

Bahuku ditepuk perlahan membuatkan badanku sedikit terhinjut. Aku memandang Minho yang sudah berada disebelahku sebelum dia dekatkan dirinya denganku sedikit.

"Berikan dia sedikit masa." Bisik Minho perlahan sebelum menepukku lagi cuba menyalurkan semangat buatku sebelum berlalu pergi ke ruangan dapur. Melihat Hana sedemikan juga membuatkan aku terasa agak lemah. Kesedihannya membuatkan aku tidak kuat.

Aku tidak tahu mengapa, tetapi persaan ini tak pernah aku rasai sebelum ini.

Keadaan ruang makan pada pagi itu agak sunyi daripada biasa. Dengan tidak kehadiran kami bertiga sahaja masing - masing melayan emosi. Seorang pun tidak mengeluarkan sebarang kata - kata mahupun bunyi. Hanya bunyi sudu garfu bergesel pada pinggan kaca mengetuk gegendang telinga kami. Manakala aku dan Minho hanya berbalas pandangan. Namun tidak bagi Hana. Dia hanya menguis - guis makanannya dengan menggunakan sudu dan garfu.

Selesai sahaja Minho menjamu selera, dirinya mula bangun sebelum membawa dirinya serta pinggan miliknya ke dapur sebelum mula diikuti oleh aku. Kami mulai membasuh tangan sebelum ke ruang makan itu semula. Aku memandang sekeliling.

"Nampak Hana tak hyung?" Tanyaku apabila melihat pinggan milik Hana tadi serta dua orang pembantu rumah sahaja diruang makan tersebut. Minho mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia juga tidak nampak kemana adiknya itu sudah menghilang.

"Entah tadi rasanya ada lagi disini sebelum kita ke dapur." Katanya. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Kakiku mahu sahaja melangkah mencari Hana namun tergendala apabila Minho memegang bahuku. Aku mengalihkan pandanganku ke arahnya.

"Jangan desak dia. Dia perlukan masa untuk mencerna semua ni, Jimin." Pesan Minho dengab nada yang lembut. Aku mengangguk.

"Jangan risau, Jimin takkan paksa kalau itu yang terbaik buatnya." Dia tersenyum.

"Hana rapat dengan papa. Dia rajin bekerja dan sebab itulah banyak masa dia luangkan dengan papa. Kehilangan papa banyak memberi kesan kepadanya. Berikan dia masa. Hyung pasti dia akan ok. Dia kuat. Gembirakan dia." Pesan Minho lagi. Aku mengangguk faham. Sekarang aku lebih faham. Aku menepuk kembali bahunya sebelum sebaris senyuman diberikan kepadanya.

Kaki mahu melangkah ke bilik untuk merehatkan minda aku dan juga badan aku selepas melantak banyak sarapan tadi. Ceh, kata mahu alas perut sahaja. Namun kakiku berhenti melangkah apabila aku terlihat bilik bacaan papa Hana terbuka sedikit. Aku terdengar sesuatu dari dalam bilik itu.

"Hana rindukan papa..."

Aku menolak pintu dengan perlahan sebelum langkahku mula disusun melangkah ke dalam. Hana yang sedang menatap frame gambar terus terpandang ke arahku. Gambar papa.

Aku mendekatinya yang masih membatu disitu. Hanya pandangan redup dilekatkan pada wajahnya. Menggunakan ibu jariku, air mata yang mengalir lebat dipipinya berjaya diseka olehku.

"Dekat sini awak rupanya, Hana. Merata saya cari awak tau." Kataku dengan nada yang cukup lembut dan cukup perlahan. Mataku masih memfokuskan pada kelopak matanya yang seakan mahu mengalirkan air mata lagi. Dia hanya mendiam. Melemparkan pandangannya ke bawah.

"Hana... saya tahu awak sedih. Tapi awak masih ada mama, Minho hyung dan saya. Kita buka buku baru eh, kita bahagia sama - sama. Papa tentu gembira bila Hana gembira." Kataku sebelum dia memandangku dengan pandangan redupnya.

"Hana cuma... terkejut... terkilan kenapa cepat sangat papa pergi... Hana rindukan papa..." Air matanya mengalir lagi. Kali ini lebih teruk daripada tadi. Badannya terhinjut - hinjut menahan esakkan itu segera dipelukku. Erat.

~~~

Habis basah bahagian dada bajunya dengan air mataku. Aku melepaskan pelukkannya sebelum tersenyum nipis.

"Thanks sebab ada untuk saya. Sorry sebab terbasahkan baju awak..." kata - kataku dibalas dengan seukir senyuman olehnya. Tangannya menarik kedua - dua belah tanganku sebelum dipegangnya lembut.

"Apa kata kita pergi... jalan - jalan. Nak?" Ajaknya sambil menghayun - hanyun kedua - dua belah tanganku. Aku tersenyum sedikit sebelum mengangguk perlahan. Dia tersenyum gembira.

"Jom." Tanganku ditarik lembut olehnya. Aku menjongketkan keningku.

"Jomlah bersiap. Tak nak bersiap?" Balasnya sambil memandang aku atas bawah. Aku segera mengangguk tanda mahu. Huh, gila ke apa pakai baju tidur pergi jalan - jalan.

"Kalau macam jom!" Katanya sebelum menarik aku melangkah keluar dari situ dengan bersemangat macam kanak - kanak dibawa ke taman permainan membuatkan aku tersenyum.

Selalunya papa yang akan temankan dan bawa aku jalan - jalan.

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now