bab 22

105 10 0
                                    

Gumpalan awan di langit atas sana ku tenung lama. Kadang - kala ianya bertukar bentuk menjadi seekor biri - biri tapi apabila dilihat lama - lama ianya bertukar menjadi menjadi secawan muffin yang amat gebu. Semuanya berada di atas sana berseri bersama langit yang membiru.

Aku mengambil secawan hot chocolate yang ku bancuh tadi dan diteguknya sekali lagi. Habis lincin tanpa setitik pun ku teguk. Sedap. Buaian yang aku duduk ini ku buainya supaya laju kembali. Aku lihat sekeliling laman hijau rumahku ini sebelum melihat langit itu semula. Terpapar wajah papa, mama serta Minho oppa di atas sana membuatkan aku mengukir senyuman tanpa ku sedari.

"Tengok apa tu? Senyum - senyum je nampak?" Jimin datang menfhampiriku sebelum tersenyum. Lehernya dipanjangkan melihat apa yang aku lihat tadi membuatkan aku tergelak dengan kelakuannya. Bahunya dipukul lembut olehku.

"Saja ambil angin dekat sini sambil minum sikit. Awak buat apa dekat sini?" Tanyaku kepadanya. Dia menjongketkan keningnya sebelah.

"Awak dah lupa ke sayang? Hmm?" Pertanyaannya membuatkan aku mengerutkan dahiku dengan tanda tanya. Lupa apakah pula?

"Tulah lupa lah tu yang saya nak bawak awak keluar jalan - jalan. Tau minum air coklat tu je tak muak ke?" Katanya dengan nada tidak puas hati. Aku memandang cawan hot chocolate milikku tadi sebelum memandangnya kembali. Bahuku diangkat.

"Sedap. Nak lagi." Kataku sebelum menghalakan cawanku kepadanya. Dia memutarkan bebola matanya.

"Sayang... kali ni saja dah masuk 5 kali awak minum air tu. Dah lah awak janji nak keluar sama - sama. Jomlah kita bersiap. Lama tau saya dah tunggu." Adunya dengan nada sedikit merajuk. Tapi aku tetap tidak kisah, aku teringin air ni lagi. Sejak mengandung ni, makin ketagih pula aku dengan air pelik ni. Selama ni tak pernah pula aku sentuh.

"Alah... nak air ni lagi. Buatkan lah..." kataku dengan suara yang manja namun apa yang aku dapat hanyalah gelengan daripadanya.

"No no no, kita bersiap okay. Kita keluar. Dekat sana banyak tau air macam ni." Kata Jimin membuatkan aku memandangnya dengan teruja. Bagaikan kanak - kanak yang telah dipujuk menggunakan aiskrim, cepat sahaja aku mengangguk sebelum bangun. Kakiku pantas sahaja menuju ke arah bilik untuk bersiap.

~~~

Aiskrim yang dibeli oleh Jimin ku jilat berkali - kali sambil memerhatikan sekeliling Mall manakala sebelah lagi tanganku pula yang dipegang Jimin dihayunkan bersama. Aku hanya tersenyum menikmati detik sebegini.

Kakiku terhenti apabila ternampak sebuah kedai barangan bayi yang mempamerkan baju dan pakaian bayi yang lain di hadapan kedainya. Tangan aku dengan Jimin dilepaskan sebelum aku mendekati dinding kaca milik kedai itu dan menyentuhnya. Di sebalik lapisan kaca itu terpapar pakaian bayi lelaki dan perempuan yang menarik perhatianku. Ianya amat comel!

"Sayang nak beli pakaian bayi ke?" Tanya Jimin apabila mendekati diriku yang sudah dipukau disini. Matanya juga memandang ke arah pakaian yang menjadi fokus pandanganku sebelum memandang ke arahku semula dengan wajah prihatin.

"Tak adalah... cuma comel. Tak sabar nak belikan baju tu untuk anak kita nanti." Kataku dengan teruja. Dia memandangku sebelum tersenyum. Badanku dipeluknya sekilas.

"Comel lagi awak." Katanya sebelum tersenyum nakal kepadaku. Lengannya dipukulku sebelum pipiku mula membahang. Nasib ada aiskrim ni, sejuk sikit pipi aku.

"Gedik!" Kataku dengan geram mrmbuatkan pipiku serta merta diserang olehnya.

"Saya handsome bukan gedik." Balasnya kembali dengan nada merajuk siap sambil memeluk tubuhnya lagi. Huh fikir handsome sangat ke macam tu? Aku menjelirkan lidahku kepadanya. Dia pura - pura mahu mengejarku terhenti beberapa saat kemudian ditengah jalan. Aku pandang ke belakang semula apabila menyedari dirinya tiada dibelakang. Tangannya memegang perutnya sebelum menunduk sedikit.

"Awak kenapa ni? Awak okay?" Tanyaku dengan risau. Aiskrim tadi ku makan sampai habis sambil memandang ke arahnya. Dia mengangguk perlahan. Masih memegang perutnya namun dia sudah mengangkat kepalanya memandangku.

"Saya okay cuma sakit perut sikit. Mungkin salah makan kot. Saya nak pergi tandas sekejap tau." Kata Jimin sambil menahan perutnya yang sakit.

"Saya ikut." Kataku sebelum melangkah membontotinya dari belakang menuju ke tandas.

Langkahku dilajukan mengikutinya dari belakang yang kini laju sahaja melangkah. Mungkin perutnya memang sakit dan tidak tahan lagi mahu melepaskan hajatnya. Namun semakin pantas langkahku mengikuti Jimin dihadapan, semakin aku dapat rasakan ada seseorang mengikutiku dari belakang. Aku mengerling ke belakang.

Kosong. Tiada siapa yang mencurigakan. Masing - masing melakukan hal sendiri.

Aku memandang ke hadapan semula dalam beberapa saat. Terpapar papan tanda tandas ditunjukkan hanya dihadapan sahaja. Syukur tandas dekat sahaja kalau tidak jauh lagi lah nampaknya aku hendak berlari - lari anak.

Jimun nampak tergesa - gesa mahu ke tandas cepat ku ambil barangan yang dibeli kami tadi kepadaku. Aku memandangnya. Nampak memang benar - benar dalam kecemasan benar.

"Biar saya yang jaga semua ni. Awak pergilah dulu." Kataku. Dia hanya mengangguk.

"Duduk dekat sini tau jangan ke mana - mana. Hati - hati. Saya pergi sekejap saja tau." Pesannya sebelum melangkah pergi meninggalkanku ke tandas dengan tergesa - gesa.

Aku meletakkan segala barangan yang kami beli tadi di atas bangku kayu kosong tanpa penghuni yang ada berdekatan disitu. Punggungku mula didaratkan di atas bangku tersebut.

"Ah... lenguhnya..." aduku keseorangan dengan nada yang perlahan. Penat pula berjalan sekeliling Mall ni lama - lama. Lenguh habis kaki - kaki serta tulang - menulang aku.

Aku mencapai telefonku yang berada di dalam beg tanganku sebelum dibuka. Niatku untuk membuat carian di google tentang kesihatan bayi dalam kandungan terhenti apabila nama Taemin muncul di dalam ruangan telefonku.

Aku mendekatkan telingaku dengan telefonku sebelum menjawab.

"Eo Taemin kenapa call aku ni? Ada apa - apa ke?" Tanyaku kepada Taemin yang berada di dalam talian.

"Kes mama kau... ditutup kan?" Tanya Taemin tanpa menjawab soalan aku tadi.

"Ya. Kenapa?" Tanyaku kembali.

"Aku rasa aku nak buka balik kes mama kau. Aku rasa macam ada benda yang tak kena." Kata Taemin. Aku baru mahu membalas namun aku terhenti apabila menyedari seseorang sedang memerhatikanku.

"Hana, kau dekat mana tu? Kau okay?" Tanya Taemin apabila menyedari aku terdiam. Aku memandang sekelilingku. Tiada siapa.

"Aku okay. Aku call kau balik, okay?" Kataku sebelum meletakkan panggilan tadi. Aku melihat sekeliling. Sekali lagi aku rasa ada yang memerhatikanku membuatkan bulu romaku menegak. Aku mulai takut.

"Arrhhh!!!"

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now