bab 5

184 17 0
                                    

Hari ini hari pertama aku memulakan kerjaku sebagai CEO di syarikat peninggalan mendiang appaku. Nampak gayanya tidaklah sebosan yang aku gambarkan selama ini.

Mungkin perasaan benciku sahaja selama ini menutup mataku daripada melihat dunia sebenar. Namun ini bukanlah membuatku mula menyukai pekerjaan baruku. Walau apa sekalipun aku tetap sukakan pekerjaanku yang asal. Ianya sebati dengan diriku.

Badanku yang agak letih dilemparkan ke dalam perut katil. Letih. Angin aircond menampar - nampar kulit mukaku membuatkan aku mahu sahaja melelapkan mata dibuai mimpi. Namun baru sahaja mataku mahu layu, seseorang mula menepuk bahuku lembut.

"Awak, salin lah baju tu dulu ataupun pergi mandi ke dulu eh. Kotorlah macam ni." Kali ini lenganku pula ditepuk lembut olehnya. Aku membuka mata sebelum tersenyum. Alahai baru sahaja nak golek - golek...

Lantas aku pun bangun dengan tak bertenaga sahaja.

"Baiklah sayang... saya menurut perintah." Kataku dengan nada manja sebelum aku dengar dia ketawa.

"Eh siapa yang sayang sekarang ni?" Aku mengangkat bahu.

"Mungkin maid rumah awak?" Kataku sebelum sengaja ketawa jahat kepadanya. Segera dia mahu mengejarku namun aku lebih pantas, sepantas kilat aku lompat masuk ke dalam bilik air.

~~~

Gelap. Kebanyakkan lampu di dalam rumah ini akan dihadkan pada waktu malam menjadikan hampir sebahagian rumah ini gelap gelita. Papa yang sedang minum kopi di halaman rumah aku dekati perlahan - lahan tanpa sebarang bunyi. Aku pandang sekeliling. Aku mencari mama namun hampa. Mungkin mama sudah tidur ataupun di dalam bilik. Nampaknya plan aku berjalan lancar.

Perlahan - lahan ku menapak. Sungguh perlahan...

"Baaarrhhh!" Terkejut beruk papa aku dibuatnya. Nasib baik tak terjatuh tergolek ataupun paling malang tersembur ke arahku sahaja. Papa memandang aku tidak puas hati.

"Kamu ni Hana buat papa terkejut je lah." Kata papa lalu memucungkan bibirnya sedepa. Aku hanya ketawa.

"Hehehe alahai papa ni saja je. Janganlah marah..." alahai muncungnya bibir tu. Gunting kang.

"Kalau papa sakit jantung meninggal terus macam mana?" Aku menampar lembut bahu papa. Kepalaku digelengkan berkali - kali.

"Papa... please jangan cakap macam ni." Kataku dengan nada merayu. Hari ini sahaja hampir dua kali papaku bercakap benda yang sama. Aku risau. Bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Naluri aku berkatakan begitu.

"Semua yang hidup akan mati, Hana. Begitu juga dengan papa, kamu dan kita semua, Hana." Ujar papa dengan nada tenang. Aku menggeleng laju. Tempat kosong disebelahnya ku duduk.

"Tapi Hana nak bersama dengan papa, mama, Minho Oppa lagi. Hana nak luangkan masa kita bersama. Hana nak luangkan sebanyak mana masa yang Hana ada sepanjang hidup Hana untuk kita, papa." Papa tersenyum. Kedua - dua belah tanganku dicapai sebelum dipegangnya erat. Air mataku mulai mengalir. Aku tak sanggup melihat papa serta seluruh keluargaku pergi dahulu sebelumku. Sungguh hanya tuhan sahaja tahu betapa sayangnya aku kepada mereka.

"Papa sayangkan kamu, Minho dan mama. Sangat - sangat. Tapi jikalau ditakdirkan papa pergi dahulu, tolong papa. Tolong jaga mama untuk papa. Tolong sayang Jimin macam mana kamu sayangkan oppa kamu." Air mataku mengalir makin lebat. Beberapa kali ku geleng menafikan semua ini. Namun aku tak mampu berbuat apa - apa. Aku bukannya tuhan yang mampu menghalang semua itu.

Papa menarik aku ke dalam pelukkannya. Kepalaku disuap lembut. Aku terus menangis. Kalau boleh aku nak terus dipeluk begini. Aku rindukan akan rindu semua ini.

"Shhuutt... jangan macam ni. Hana masih ada Jimin. Jangan menangis."

~~~

Aku memandang Hana yang sudahpun tertidur. Nampak nyenyak sahaja. Aku sahaja masih disini walaupun dah lewat malam. Mataku masih tidak mahu dipinta untuk ditutup.

Laptop yang aku ambil dari rumahku tadi selepas menghantar Hana pulang ke rumah daripada berkunjung rumah Aunty Min ku tatap lama. Niatku hanya mahu bermain game yang sudah aku download tergendala.

Beberapa fail pada destop laptopku menjadi perhatianku. Beberapa fail yang merupakan fail penting buat ku bermain difikiranku.

Nampak gayanya ada tugasan yang perlu dia selesaikan malam ni.


Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now