bab 17

104 8 0
                                    

"Don't be selfish, oppa." Dia memandangku dengan pandangan yang dingin.

"Oppa penat, Hana." Katanya dengan nada yang merendah. Aku mula memutarkan bebola mataku.

"Habis tu Hana tak penat dengan oppa?" Tanyaku sinis. Dia tidak memandangku sebaliknya mahu melangkah pergi meninggalkanku.

"Jangan ganggu oppa." Ucapnya perlahan. Meninggalkan aku keseorangan disini.

"Kenapa tak boleh ganggu oppa?" Tanyaku dengan nada yang sinis lagi sambil keningku dijongketkan sebelah. Aku memeluk tubuh memerhatikannya dari belakang. Langkahnya diberhentikan. Dia hanya diam tanpa sebarang kata.

"Apa masalah oppa hah? Apa yang oppa mahu sorokkan daripada Hana?" Kataku lagi. Kali ini dia memusingkan tubuhnya mengadapku dengann wajahnya dingin.

"Apa maksud Hana?" Tanya dia dengan nada yang dingin. Aku tergelak sinis.

"Ke... semua ni ada kena mengena dengan oppa? Sebab tu lah oppa tak nak sangat cakap dengan Hana apa - apa pun?" Aku mula mengumpan. Dia mula melangkah mendekati aku semula.

"Tak apa maksud Hana ni?" Tanya dia lagi dengan nada yang cuba dibuat tak faham. Aku memutarkan bebola mataku. Penat dengan kepuraanmu.

"Oppa fikir Hana tak perasan? Time papa meninggal oppa okay je siap boleh ajak Hana main game lagi. Tapi sekarang bila mama meninggal yang oppa diam je. Ke oppa ada sorokkan sesuatu?" Aku mula mengeluarkan segala yang dicurigai ku sejak awal lagi. Ya aku mula curiga dengannya sejak papa meninggal lagi. Dia seolah - olah tidak kisah semua itu.

"Sorokkan apa pulak ni Hana?!" Marahnya secara tiba - tiba. Aku tersenyum sinis.

"Habis tu kenapa oppa nak marah Hana?" Umpanku. Wajah bengangnya kini bertukar kepada serba salah.

"Tolong jangan reka cerita bukan - bukan macam ni boleh tak?" Katanya dengan nada yang sedikit merendah. Cuba dikawal daripada terus meletus.

"Masalahnya memang betul kan semua ni ada kena mengena dengan oppa? Papa mama semua tu ada kena mengena kan? Oppa nakkan syarikat papa kan?" Kataku lagi dengan penuh curiga. Perasaan curigaku pada oppa makin menggunung.

"Apa masalah Hana hah tiba - tiba nak tuduh oppa macam - macam?! Apa kena mengena syarikat dengan oppa?" Katanya cuba membela diri. Aku mendekatkan diriku dengannya sebelum tersenyum sinis.

"Supaya senang oppa boleh ambil alih syarikat papa? Tapi malangnya mama tak bagi dekat oppa kan? Kenapa oppa tak mintak sahaja dekat Hana? Kenapa oppa kena buat macam ni?" Tanyaku bertalu - talu. Aku nampak mukanya makin memerah menahan marah. Kenapa mahu marahkan aku yang hanya ingin mengetahui? Kan?

"Apa Hana merepek ni? Oppa langsung tak pernah terfikir untuk lakukan semua tu, Hana." Belanya dengan nada yang cuba dikawal.

"Oppa jugak selama ni kata yang papa tu dibunuh dan mama pon. Jadi betullah kata oppa kalau macam tu." Kataku lagi. Kecurigaan bagaikan sudah mengawalku. Dia menghembus nafas dengan perlahan cuba mengawal emosinya.

"Hana please... stop this." Rayunya dengan nada yang rendah. Namun aku tidak perdulikannya lagi.

"Orang pertama yang jumpa mama siapa? Oppa kan?" Tanyaku dengan sinis. Lagi.

"Hana... dah lah."

"Habis tu kenapa oppa diam? Kenapa oppa langsung tak bagitahu Hana apa yang oppa buat tengah - tengah malam sampai jumpa mama terbaring dekat situ?" Tanyaku dengan penuh curiga. Ya, soalan inilah yang aku mahu tanyakannya sejak tadi lagi. Namun dia hanya mendiam. Sekarang dia yang mendapat tuahnya. Aku lihat dia. Hanya terdiam dan memandang ke bawah.

"Oppa cuma rasa terkilan. Oppa tak sangka..." balasnya setelah beberapa puluh saat dia terdiam.

"Terkilan dan tak sangka sebab apa? Sebab bunuh mama?" Entah kenapa mungkin curigaku makin menggunung dan kemarahanku makin memuncak membuatkan ayat ini mudah sahaja terluncur daripada mulutku.

"Hana! Sejak bila oppa bunuh mama?!" Nadanya mula meninggi membuatkan aku sedikit terkejut. Namun senyuman sinis ku tidak lekang daripada bibir.

"Habis tu siapa lagi yang bunuh mama? Papa?" Dia pandang aku dengan riak tidak puas hati. Biarlah, aku juga tidak puas hati.

"Apa? Memang betul ke?" Ujiku dengan senyum sinisku. Dia memandangku dengan pandangan tidak puas hati.

"Hana... dah lah kenapa marah oppa Hana ni? Tak baiklah." Kata - kata Jimin yang tiba - tiba muncul dari belakangku membuatkan kegiatan aku terhenti. Dia datang sebelum memeluk bahuku erat.

"Oppa bunuh mama." Adu aku namun dalam nada yang perlahan. Aku nampak Jimin menggelang.

"Hana... bukan oppa. Tak baik tuduh oppa Hana sendiri macam tu." Kata Jimin dengan nada yang perlahan cuba memujukku. Aku pandangnya. Riak wajahnya tampak kosong.

"Teruskan lah dengan tuduhan kau tu, Hana. Aku malas nak layan kau. Aku tak nak kau pulak terbunuh kalau aku lama - lama dekat sini. Teruskanlah tak percayakan darah daging kau sendiri." Kata oppa kesal sebelum pergi meninggalkan kami berdua dan terus keluar dari rumah ini.

Aku memandang rumah yang ditutup oppa tadi. Fikiran aku, bercelaru.

"Dah dah Hana rehat eh. Jangan macam ni." Pujuk Jimin sebelum menarik tanganku pergi dari situ.

~~~

Mungkin silap aku juga selepas bertelingkah dengan oppa aku tadi, aku langsung tidak sebarang menjamah makanan yang aku beli menyebabkan perutku kini mulai terasa lapar.

Aku bangun daripada baringanku dengan perlahan sebelum menuju ke pintu bilik. Aku melangkah tanpa sebarang bunyi menuju ke dapur membawa perut yang berkeroncong.

Kakiku terhenti apabila aku terdengar sesuatu datang dari arah dapur. Serta merta kakiku diperlahankan langkahnya untuk melihat punca bunyi yang aku dengari tadi.

Aku nampak Jimin berada di kaunter dapur sedang mengasah pisau. Perlahan - lahan tanpa sebarang kata.

"Awak buat apa dekat sini?"

A/N: gulp Jimin?

Vote and comment:>

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now