"Awak buat apa dekat sini?" Kata - kata Jimin membuatkan badanku sedikit terhincut akibat terkejut. Badannya membelakangiku aku tenung lama dari belakang sebelum mula menapak mendekatinya.
"Lapar." Jawabku ringkas. Dia hanya diam.
Aku lihat dia masih mengasah pisau pemotong sayur sama rentak seperti tadi, masih membelakangiku.
"Awak buat apa malam - malam dekat sini?" Tanyaku dengan berhati - hati. Dia hanya diam. Masih memandang pisau yang diasahnya sambil mengasahnya dengan perlahan - lahan. Bulu roma aku mula menaik. Gerun melihat pisau yang tajam itu ditanganya lama - lama di waktu malam ini. Bunyi geseran pisau dengan tempat pengasah seakan muzik di situ. Pelbagai syak sangka mula bermain di mindaku.
Apa yang dia lakukan di sini dengan mengasah pisau pada waktu ini? Apa yang dia mahu lakukan?
"Apa awak nak buat dengan... pisau tu?" Tanyaku lagi dengan nada yang teragak - agak. Dia mengalihkan pandangnya ke arahku sebelum tersenyum sinis. Dirinya mula menghampiri diriku yang terkaku di sini bagaikan sudah digam sambil memegang pisau tang diasahnya tadi ke bawah.
"Apa aw-wak nak bb-buat ni?" Tanya dengan nada tersekat - sekat. Cuba mengawal gugupku yang semakin memuncak. Dia memandangku sambil bibirnya masih tersenyum sinis. Dia hanya diam. Memegang pisaunya dengan erat disertakan dengan senyuman sinisnya membuatkan aku makin takut.
"Kita berdua sahajakan dekat rumah ni?" Tanya dia dengan suara datar. Aku mengangguk dengan teragak - agak.
"Ya kot. Kenapa?" Dia menghampiriku semakin dekat dan dekat. Mahu sahaja aku menjerit ketakutan apabila dia mengangkat pisau tadi ke atas sambil memandangnya kemudian memandang diriku semula namun terhenti terus niatku apabila dia meletakkan pisau tadi di atas kaunter dapur.
Ekspresinya tadi terus hilang hanya sebaris senyuman mengukiri bibirnya serta wajahnya yang tampak kosong.
"Baguslah kalau macam tu. Lagipun saya tengok daging salai yang awak belikan tadi hanya cukup untuk kita berdua." Katanya dengan nada yang datar. Kemudian aku pandang pisau yang di letakkan tadi di atas kaunter dapur tadi dan memandangnya semula. Dia menarik tanganku sebelum menyuruhku duduk di atas kerusi yang terdapat di hadapan kaunter dapur tersebut.
"Awak duduklah dulu saya nak potongkan daging ni untuk awak. Nanti kita makan sama - sama, ya. Pisau ni tumpul sangat." Katanya sebelum dia kembali ke arah kaunter dapur dan mengambil pisau tadi. Di basuhnya sebelum memotong daging yang aku beli tadi di atas dulang pemotong.
Aku tergelak sendiri. Kelakar ke fikir suami sendiri mahu membunuh isterinya sendiri? Huh. Bodoh aku berfikir yang bukan - bukan.
Aku nampak Jimin membawa daging yang dia potong tadi di dalam pinggan sebelum membawa makanan yang lain kepadaku. Kemudian dia duduk dihadapanku sebelum tersenyum.
"Makanlah." Aku pun turut tersenyum sebelum mengambil chopstick untuk makan. Namun aku melihat ke arahnya kembali yang sudahpun menjamu selera. Rasa serba salah. Mungkin aku lebih pentingkan diri aku sendiri sampaikan aku langsung tidak memperdulikan dia langsung.
"Sorry sebab saya langsung tak perdulikan awak. Saya tak tahu pulak awak lapar. Kalau saya tahu-"
"It's okay. Awak tak salah, saya faham perasaan awak. Lagipun saya tak kisah, best jugak dapat makan tengah - tengah malam berdua. Kan?" Katanya sebelum tersenyum. Aku tersengih sebelum mengangguk setuju. Aku bermain dengan chopstick sebelum memandang ke arahnya semula sebelum kami berdua tergelak. Comel.
Gelakkan kami terhenti apabila telefonku berdering. Aku mengerling sedikit melihat telefonku yang sudah menyala. Ada satu panggilan tidak diketahui masuk.
Gegendang telingaku terus disapa suara seorang perempuan apabila aku menjawab panggilan tidak diketahui tadi.
"Boleh saya bercakap dengan Cik Choi Hana, adik kepada Encik Choi Minho?" Tanya perempuan itu di talian.
"Ya, saya Choi Hana. Ada apa dengan oppa saya ya?" Tanyaku dengan tanda tanya. Hatiku mula rasa kurang sedap.
"Cik diminta untuk ke Hospital Seoul sekarang, Encik Choi Minho telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya." Hampir terjatuh telefon aku mendengarnya. Luluh hati aku mahu menerima semua ini dalam masa yang begitu pantas.
"Cik? Cik?" Panggilan perempuan tadi tidak ku layan lagi. Air mataku mengalir pantas. Tanganku menggenggam bucu hujung kaunter dapur tersebut. Aku tidak kuat.
"Hana. Hana kenapa ni? Siapa call tadi?" Aku hanya menggeleng. Air mataku mengalir dengan lebat. Jimin yang dipandangku kabur. Aku memengang lengannya sebelum dia menarik aku ke dalam pelukkannya.
Aku menapak masuk ke dalam perkarangan hospital. Mencari kaunter pertanyaan sebelum aku melangkah ke bilik pembedahan yang dikatakan oleh jururawat di kaunter pertanyaan tadi.
"Hana... sabarlah. Semuanya akan okay, jangan risau." Jimin cuba memujukku. Badanku dipeluknya sejurus sahaja aku duduk di kerusi yang ada di depan bilik pembedahan. Aku menangis teresak - esak. Tak sangka semua ini akan berlaku.
Jimin disebelah aku tak habis - habis memberitahuku segalanya akan okay walaupun dia juga aku tahu kurang pasti dengan kata - katanya itu. Dia mengusap belakangku dengan lembut hinggakan aku mulai terlelap dalam mimpi.
Bunyi pintu dibuka membuatkan aku terjaga daripada tidur. Terus secara refleksnya aku bangun daripada baringanku di atas riba Jimin sebelum menuju ke arah doktor yang baru keluar daripada bilik pembedahan tersebut.
"Doktor, macam mana dengan oppa saya? Dia okay kan?" Kataku cuba menyakinkan kebenaran yang bakal aku terima. Jimin disebelahku sudahpun memeluk bahuku erat. Doktor tadi memandang kami berdua sebelum tersenyum nipis. Hatiku mula rasa kurang enak.
"Kami telah mencuba sedaya upaya yang mampu, namun Tuhan lebih sayangkan dia. Saya minta diri dulu." Serta merta lututku menjadi longlai. Seakan tiada tulang mampu menyokong kakiku lagi membuatkan aku jatuh tak berdaya. Jimin yang berada disebelahku memelukku erat sehinggakan air mataku mulai membasahi bajunya.
Kini tangisanku sahajalah yang menggemakan ruangan hospital yang agak lengang dan kosong ini pada malam ini.
Pemergian kedua - dua orang yang paling berharga bagiku dalam masa yang singkat ini sungguh membuat diriku makin lemah. Lemah terkulai keseorangan disini. Badanku terasa makin parah dan lemah bagaikan tidak mampu hidup lagi.
Air mataku makin lebat mengalir. Sehinggakan badanku mulai terasa lemah dan pandanganku mulai kabur.
Mama, oppa jangan tinggalkan Hana macam ni...
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Mystery / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...