bab 4

216 20 0
                                    

Cahaya mentari pagi yang datang dari bukaaan langsir mencucuk tepat ke kelopak mataku membuatkan aku mula terjaga daripada mimpi indahku. Kelopak mataku dibuka perlahan - lahan melihat sekeliling.

"Kenapa awak tak kejutkan saya tadi?" Tanyaku kepada isteriku, Hana apabila aku menyedari dirinya sudah berpakaian lain sedang mengeringkan rambutnya. Dia berpaling ke arahku dengan riak bersalah.

"Awak nampak penat sangat sebab tu lah saya tak kejutkan awak. Awak marah ke?" Tanya dia dengan nada risau. Dia kini melangkah ke arahku sebelum duduk di atas katil sebelahku. Aku menukar posisi aku kepada duduk lantas menggeleng.

"Tak marah melainkan awak panggil saya sayang." Kataku sebelum tersengih macam kerang busuk. Aku boleh nampak sekarang pipinya memerah.

"Mengada." Balasnya dengan perlahan. Tapi cukup cukup jelas untuk aku dengar dari sini. Dan cukup buat aku tergelak kecil.

Aku mula bangkit dari tempat tidurku sebelum mengambil tuala. Niatku mahu ke bilik air membersihkan badan tergendala apabila aku teringatkan sesuatu. Segera ku toleh ke arah Hana.

"Hana. Lepas sarapan ni kita bersiap eh. Kita nak pergi rumah Aunty Min." Pesanku. Dia tak banyak membantah hanya mengangguk faham.

~~~

"Aunty nak cakap sikit, Jimin." Kata Aunty Min apabila mendapati Hana ke tandas sebentar. Aku memalingkan wajahku ke arahnya. Kedengaran macam serius sahaja.

"Ada apa Aunty?" Badanku dialihkan menghadapnya. Cuba untuk fokuskan apa yang dia mahu katakan.

"Aunty rasa tiba masanya kamu kena ambil alih tempat Aunty walau macam mana pon. Kamu dah ada isteri, Jimin. Aunty tak rasa business online kau dapat menampung kehidupan kamu sekeluarga nanti." Kata Aunty Min dengan nada memujuk. Aku dah dapat agak Aunty akan bincang pasal ni.

"Tapi Aunty...."

"Tak apa Aunty faham kalau kamu tak nak. Lagipun Aunty tak paksa kamu ambil alih syarikat mendiang appa kamu. Aunty faham." Balas Aunty Min. Dia mengeluh sedikit. Mungkin dia juga tahu yang aku tak mungkin aku akan menerima pujukkannya dengan mudah.

Aku berfikir sejenak. Sedar tak sedar sebaris senyuman mula diukir dibibirku. Ada sesuatu yang bermain difikiranku.

"Jimin setuju."

~~~

Aku duduk di sebelah Jimin. Aku nampak dia termenung memandang bintang yang berteraburan di langit atas sana. Hot chocolate yang tersedia panas di dalam mug ku letakkan di atas meja. Pandangan ku dialihkan ke arahnya.

"Sayang okay?" Kataku cuba mengawal nada gemuruhku dari terkeluar. Pertama kali aku memanggilnya dengan panggilan begini. Dia memalingkan pandangannya ke arah ku sebelum tersenyum.

"Saya okay. Cuma saja nak tengok bintang." Aku mengangguk faham. Dia kembali merenung bintang. Aku batalkan niat aku mahu memberitahu hasratku kepadanya. Aku tak mahu menganggunya. Jadi aku mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan diri. Melihat bintang dan bulan bersama.

"Kenapa ni? Hmm... ada sesuatu nak cakap ke?" Tanya Jimin apabila mendapati aku hanya mendiamkan diri. Pandangannya dialihkan menghadapku.

"Tak apa lah... mungkin... nanti jelah." Kataku mahu membatalkan sahaja hasratku namun dia menggeleng.

"Cakap je. Saya tak kesah." Aku memandangnya meminta kepastian. Dia mengangguk.

"Boleh tak kita duduk dekat sini sebulan? Bukan apa Hana masih belajar memasak dengan mama. Lagipun tempat kerja Hana dengan rumah mama dekat. Jadi... boleh tak?" Pintaku walaupun aku tahu yang last tu agak tak logik sebab rumah Jimin rasanya lebih dekat dengan tempat kerjaku. Tapi yang tu yang aku nak. Aku kalau boleh mahu luangkan masa lebih sedikit sebelum aku berpindah dari sini.

Aku pandang Jimin. Takut - takut dia marah atas permintaan tak logik aku ni. Yelah aku bukannya tahu dia macam mana lagi. Kami baru berkenalan. Entah silap aku nanti dimarahi pula.

Namun dia hanya tersenyum. Lebar. Jantungku yang berombak kencang tadi mulai reda.

"Boleh. Apa salahnya." Balasnya dengan nada senang. Membuatkan aku serta - merta tersenyum.

Aku tersenyum lega. Sekurang - kurangnya dapat melepaskan rinduku pada Minho Oppa.

"Thanks sayang."

"You too, Hana." Jimin tersenyum.

Tanpa disedari, seseorang yang mendengar perbualan itu turut tersenyum. Nampaknya rancangannya bakal berjalan lebih lancar.

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now