bab 12

123 13 0
                                    

Aku merehatkan badanku di atas sofa. Butang kemejaku dibuka sedikit dibahagian atasnya. Penat. Yeah aku penat. Penat betul melayan kerenah klien yang cerewet ditambahkan pula dengan staff yang suka makan gaji buta ni. Walaupun aku ni tidak suka akan pekerjaanku ini, sekurang - kurangnya aku cuba untuk suka. Bukannya macam mereka yang tak habis - habis mengambil kesempatan. Kalau nakkan dipecat, bagi tahu. Aku boleh menaip surat peletakkan jawatan.

Sebab itulah aku lebih suka dengan kerjaku dahulu.

Badanku dibaringkan ke atas sofa. Kalau boleh mahu sahaja aku baring di atas katil namun sudah tentu akan dimarahi oleh Hana. Jadi aku akur.

Bunyi shower sudah tidak kedengaran menandakan Hana bakal keluar sekejap sahaja lagi. Digagahkan juga badanku untuk bangun dan mengambil tuala yang tersidai disudut bilik walaupun mataku tak habis - habis menghasut otakku untuk melelapkan mata terlebih dahulu.

Tak sampai beberapa saat selepas itu, Hana keluar dengan lengkap berpakaian baju tidur. Aku mendekatinya. Wangi.

"Awak dah tak guna bilik air kan? Saya nak masuk." Tanyaku kepada Hana. Hana menggeleng. Cantik.

"Tak. Awak masuklah." Ujarnya. Aku tersenyum. Entah kenapa kakiku pada mulanya mahu melangkah ke arah bilik air ini beralih mendekati Hana.

Mataku terpaku kepada susuk badannya. Dengan rambut basahnya, baju tidur dia...

Bagaikan sudah dirasuk aku semakin menghampirinya. Menghidu segala bauan yang melekat pada tubuhnya. Sungguh ini membuatkan aku gila.

"Awak... kata nak pergi mandi tadi." Kata Hana cuba menyedarkanku daripada alam mimpiku namun aku sudahpun dijampi.

"Yelah... saya tengah mandilah ni, sayang..." kataku tanpa aku sendiri pun sedar. Pipi Hana yang dari memerah makin galak membahang. Diriku cuba mendekati Hana yang sudahpun tersandar di dinding namun gagal. Badanku terasa bagaikan tersekat dan terhenti disini.

"Awak, bilik air disana." Kali ini kata - katanya membuatkan aku mulai tersedar daripada alam realiti. Tangan Hana yang menahanku ditariknya kebelakang. Pantas sahaja tanganku yang berada dibahunya ku tarik ke belakang sebelum diriku mula ke belakang.

"Apa aku buat ni?" Jeritku di dalam hati.

Segera diriku melangkah dengan laju melangkah pergi meninggalkannya. Sempat lagi aku meletakkan telefonku di atas katil sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

Sungguh aku sudah gila!

Mahu sahaja aku tak nak berjumpa dengannya lagi.

Gila!

~~~

Pipiku yang membahang ku pegang. Bagaikan sekumpulan rama - rama berterbangan indah di dalam perutku. Diriku tatkala mula tersenyum sendirian. Diriku bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku tadi, ianya bagaikan mimpi. Jikalau itu hanyalah mimpi, aku berdoa agar ianya realiti. Kejadian tadi bermain - main difikiranku berkali - kali. Aku tersenyum sendiri.

Ah, kenapa dia membuat aku tidak tentu arah?

Perasaan ini selalu sahaja membuatkan aku gila!

Sedang aku melayan perasaanku sendiri, aku terdengar getaran telefon yang bergetar kuat. Aku melangkah ke arah meja bacaanku. Aku menjeling sedikit melihat telefonku yang berada di atas meja bacaan.

Kosong.

Ianya berbunyi lagi. Bunyinya seakan dekat denganku membuatkan aku mula melihat persekitaranku. Mataku mula tercap pada telefon Jimin yang menandakan panggilan masuk.

Aku mengambil telefonnya. Aku tidak berniat untuk mengangkatnya, aku hanya mahu mengetahui siapa gerangan yang menelefon Jimin di waktu begini.

Klien psj is calling...

"Klien? Biar benar kliennya masih berhubung dengannya di waktu begini?" Bisikku di dalam hati. Hatiku dibisik curiga dengan panggilan telefon namun ku geleng laju.

"Mungkin ada hal yang mereka perlu selesaikan. Aku rasa tak perlu kot menyibuk halnya, tak baik." Kataku di dalam hati lagi cuba menepis segala anasir luar yang cuba menghasut benak fikiran ku. Lagipun selama aku bekerja, aku selalu juga berhubung dengan staffku apabila tamat waktu bekerja. Aku tidak mahu kerjaku tertangguh dan lambat siap. Aku mahukan semuanya yang terbaik. Jadi mungkin dia juga sama.

Telefon Jimin yang kembali gelap itu ku letakkan semula di atas katil sebelum aku melangkah pergi ke arah pintu bilik.

Tak baik berburuk sangka dengan suami sendiri. Lebih baik aku turun ke bawah tolong mama siapkan makan malam.

A/N: klien psj?

Btw don't forget to vote and comment okay ♡

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now