"Macam mana dengan isteri saya doktor? Dia sakit apa doktor? Tanyaku kepada Dr. Kim dengan nada yang risau. Dr. Kim memandangku dengan wajah yang mendung. Hana yang duduk disebelah memandangku dengan perasaan yang risau.
"Isteri awak ada tempoh 9 bulan sahaja lagi." Aku dan Hana saling berpasangan. Masing - masing risau sudah bertandang di dalam hati. Kami memandang Dr. Kim semula.
"9 bulan? Kenapa? Isteri saya sakit apa?" Tanyaku dengan risau. Ekspresinya mula bertukar menjadi sinis sebelum tersenyum.
"Tahniah, Encik bakal menjadi papa tak lama lagi!" Ucap doktor tadi sebelum bersalaman denganku tanda gembira. Aku tersenyum gembira sebelum memandamg ke arah Hana disebelahku. Dia juga tampak gembira namun terselit sedikit diwajahnya perasaan sedih yang cuba disoroknya. Aku tahu dia masih sedih terhadap kematian serentak kedua - dua orang yang paling berharga buatnya. Mungkin bukan hari ini untuk aku gembira.
Hana hanya diam membuatkan aku tidak mahu berkata apa - apa mahupun memberikan sebarang reaksi. Aku tahu hatinya masih disimbah rasa sedih yang kuat menimpanya. Jujur hatiku juga agak terkesan. Dan aku amat faham akan perasaannya.
Pusara mama Hana ditenung lama olehku. Pusaranya kini sudah berteman, bersebelahan dengan pusara Minho hyung. Hatiku rasa sakit sangat. Pedih. Ditambahkan lagi apabila melihat keadaan Hana sekarang sungguh membuatkan hatiku bagaikan ditiokam berkali - kali tanpa ada peluang sedikit pun untuk sembuh.
"Oppa, maafkan Hana. Hana tahu selama ni Hana banyak sakitkan hati oppa. Selalu buat oppa kecewa. Hana minta maaf. Oppa lah abang yang paling terbaik di dunia." Kata Hana disebelahku sebelum kembali menyeka air matanya yang semakin lebat mengalir.
"Tak lama lagi oppa akan jadi ahjussi. Oppa mesti suka kan?" Aku nampak dia kemudiannya tersenyum gembira memandang tepat pusara abangnya itu. Bagaikan lelaki itu berada tepat dihadapannya.
"Tapi kenapa oppa pergi dahulu? Oppa dah janji kan nak jaga Hana?" Kata Hana lagi sebelum dia kembali menangis. Kali ini lebih teruk membuatkan aku kembali memeluknya, cuba menenangkannya.
"Shuutt dah dah Hana, jangan menangis. Jangan macam ni..." pujukku namun dia masih menangis, masih seperti tadi.
"Tapi kalau tak disebabkan Hana yang tuduh oppa bukan - bukan, oppa tak akan kemalangan. Oppa tak akan mati macam ni, awak. Oppa takkan mabuk. Dia takkan kemalangan, awak. Ni semua sebab saya. Sebab saya tuduh dia. Dia mati sebab kecewa dengan saya. Saya yang bersalah." Kata Hana cuba menyalahkan dirinya sendiri bertalu - talu. Segera ku mendalamkan pelukkanku dengannya sebelum mengusapnya perlahan dan ku geleng berkali - kali. Hatiku sakit, pedih melihatnya begini. Sakit sangat.
"Sayang... Awak tak salah. Tak pernah salah. Jangan macam ni. Oppa awak nampak tu tentu dia sedih macam ni. Jangan sedih sedih." Pujukku lagi. Dia hanya diam tanpa suara. Namun aku tahu dia masih menangis, bajuku terasa makin basah.
"Sekurang - kurangnya awak masih ada saya, oppa awak." Kataku sebelum tersenyum sendiri walaupun aku tahu dia tak nampak aku tersenyum.
"Tapi awak tetap bukan oppa saya." Kata - kata Hana membuatkan senyumanku tadi makin mengendur. Aku agak terasa dengan kata - katanya tadi. Aku tahu aku bukannya terbaik baginya.
~~~
Pintu bilik Minho oppa yang sememangnya sejak azali lagi hanya berhadapan dengan bilikku dibuka sedikit olehku sebelum melangkah perlahan masuk ke dalam. Langsir yang menutup pintu sliding ke balkoni bilik ku buka luas memberikan ruang kepada cahaya mentari pagi memenuhi ruangan bilik tersebut.
Frame milik oppa ku ambil dan duduk di atas katilnya sebelum ku tenung lama frame itu. Di dalamnya ada aku dan oppa sedang bermain istana pasir bersama - sama pada waktu kecil dahulu. Terbayang lagi betapa indahnya ketika dahulu selalu bermain bersamanya, bergurau bersama, berlari bersama - sama. Namun mungkin silap aku, sebaik sahaja aku meningkat remaja aku mulai sibuk belajar sehinggalah bekerja. Masa kami bersama sudah tiada bagiku. Aku rindukan segalanya.
Tanpa ku sedari air mataku mulai mengalir lebat, mula menitis dan membasahi frame yang aku pegang itu. Segala kenangan indahku bersamanya berputar dan kembali berputar bagaikan kaset rosak.
"Oppa... Hana rindukan oppa..." aduku keseorangan walaupun aku tahu ianya takkan membuahkan sebarang jawapan mahupun hasil namun aku tetap mahu katakan. Aku rindukan Minho oppa.
"Oppa, tengok ni. Anak Hana. Oppa mesti gembira kan sebab tak lama lagi oppa akan jadi, ahjussi!" Kataku sambil menghalakan frame gambar Minho oppa seorang diri ke arah perutku yang masih kempis. Baru 2 minggu. Kemudian aku kembali diam, menenung gambar itu lama. Air mataku dibiarkan sahaja terus mengalir.
Kalau tak disebabkan Hana tuduh oppa, sudah tentu oppa masih ada disini kan?
"Oppa, maafkan Hana. Jaga diri dekat sana. Jangan sedih sedih. Tunggu Hana di sana." Ucapku perlahan. Mengusap perlahan gambar milik Minho oppa perlahan sebelum tersenyum.
Tapak kaki yang makin kuat kedengaran ku biarkan sahaja mendekati diriku sebelum memeluk diriku dari belakang. Bauan mandiannya melekat pada tubuh badanku membuatkan aku tersenyum sedikit.
"Sayang dekat sini pon kena jaga diri. Jangan sedih sedih. Nanti baby dalam perut ni muka hodoh macam muka mama dia sekarang ni macam mana? Papa dia juga yang susah." Kata - kata Jimin itu membuatkan aku tergelak kecil. Terus sahaja wajah tanpa celanya ku pandang sebelum tersenyum.
"Jom kita turun, kita makan sama - sama." Ajak dia sebelum tangannya menarik tanganku untuk bangun. Dalam sekelip mata sahaja aku sudah bangkit dari katil Minho oppa itu.
"Awak masak ke?" Tanyaku kepadanya. Dia hanya tersenyum sebelum menggeleng.
"Delivery." Aku tergelak. Dia menarik tanganku keluar daripada bilik oppa. Pintu biliknya ditutup rapat olehku.
Tiba - tiba telefonku mula bergetar di dalam poket seluarku membuatkan aku terhenti daripada terus melangkah ke bawah. Aku merenung panggilan itu lama.
"Awak turun dulu ya, saya nak jawab panggilan sekejap." Kataku kepada Jimin sebelum dia hanya senyum dan melepaskan tanganku yang dipegangnya tadi. Kakinya mula melangkah mendekati lif rumahku sebelum turun ke bawah. Aku lihat telefon aku berdering sekali lagi.
Lee Taemin is calling...
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Mystery / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...