bab 29

116 8 0
                                    

Tiada siapa yang tahu pada mulanya bagaimana. Tiada siapa juga yang dapat mengetahui apa yang berlaku di masa akan datang. Kerana kita bukannya Tuhan yang mengetahui segala - galanya yang dapat menjadikan apa - apa sahaja. Sebab kita hanya boleh meneka, merancang kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Pada mulanya Jimin menganggap segalanya mudah baginya apabila dibetikan tugasan yang sudah menjadi kebiasaan baginya sejak dia membunuh appanya. Ya, dia membunuh sejak umurnya masih muda, 9 tahun kerana appanya membunuh ommanya. Jadi dia sudah biasa. Malah kerjanya itu amat menguntungkan dan memberikan keseronokkan padanya apabila melihat semua mangsanya seperti wajah appanya. Dirinya bagaikan merasakan membunuh appanya yang tak guna itu.

Kejadian pada usianya yang masih mentah itu sungguh membuatkan dirinya dihurung rasa keseorangan, kesepian serta serba salah yang mendalam. Sejak daripada kejadian itu, dia makin tidak menentu. Hidupnya makin kusut. Dirinya khayal di dalam dunianya tersendiri sehinggakan dia terpaksa dihantar hospital mental. Ya, dia kemurungan. Dia menyalahkan dirinya merupakan penyebab ommanya meninggalkannya. Dia benci dirinya sendiri.

Namun 10 tahun kemudian hidupnya menjadi tenteram kembali. Kehadiran Aunty Min dan Uncle Min sungguh menceriakannya. Namun kebahagian yang tidak lama itu sekali lagi diragut. Kematian ngeri Unclenya itu diragut dihadapannya apabila rumah yang mereka duduki dirompak. Hidupnya mulai tidak seperti dahulu. Dirinya makin meliar. Dia selalu ternampak akan bayang - bayang appanya membunuh semua orang yang dia sayangi termasuklah Uncle Min kesayangannya. Sejak itulah, semua mangsanya kelihatan appanya itu membuatkan dia sedikit pun tidak pernah berasa kasihan malah dendamnya makin mencengkam. Bayangan appanya di mana - mana sahaja.

Sudah tentu tidak susah baginya untuk mengendalikan kerjanya kali ini. Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal, kerjanya makin mudah. Dia cepat sahaja menyelinap masuk ke dalam rumah magsanya, keluarga Choi dengan mudah. Rancangannya berjalan dengan lancar sekali. Namun dia langsung tidak mengetahui malah tidak menjangkakan perkara sebaliknya. Dia tersilap. Dirinya hanya mahu berpura - pura memiliki cinta terhadap mangsanya sehinggalah mangsanya ke alam kematian namun rancangannya gagal. Dia sudah memerangkap dirinya di dalam lembah bahaya. Bahayanya apabila dia sudah terjatuh. Cinta.

Rancangannya berjalan dengan jayanya tanpa dicurigai oleh sesiapa pun. Kematian mangsanya secara kebetulan sememangnya memudahkan kerjanya lagi.

"Apa kata macam ni lah. Kau mudahkan kerja aku dan aku akan mudahkan kerja kau dengan tenangnya ke alam maut. Macam mana?" Katanya dengan tenang sekali kepada mangsa pertamanya itu sebelum mula merapatkan tubuhnya dengan mangsanya tersebut.

Mug yang erat di dalam pegangannya terlucut mula menyembah lantai membuatkan dirinya hampir sahaja terjerit disitu. Fuh, nasib kakinya tidak dihempas mug tersebut.

"K..kau?" Belum sempat si mangsa menyebut namanya, pisau ditangannya sudah diangkat tinggi.

"Say bye..." ucapku sebelum si mangsaku mula rebah di atas lantai. Aku melihat pisau yang berada ditanganku tadi. Suci bersih lagi.

"Eh belum lagi nak kena bunuh dah mati? Pelik pelik je huh!" Katanya sendirian sambil melihat si mangsanya sudah terbaring di atas lantai dapur tidak sedarkan diri tanpa sebarang kesan. Macam mana tak ada kesannya, belum dirinya mahu membuat apa - apa lelaki tua itu sudahpun tidak sedarkan diri.

Memang betul kata orang, penangan cinta sememangnya dapat mengubah seseorang menjadikan diri orang lain. Rancangannya mulai goyah. Dirinya mula dirasuk cinta dan belas kasihan. Namun, disebabkan kecuaian dirinya juga, rahsianya hampir bocor.

"Haih penatlah aku dengan orang tua gila ni!" Katanya sambil melihat panggilan tak henti - henti masuk di dalam telefon. Dia berjalan menuju ke laman belakang. Pintu sliding yang memisahkan kawasan tersebut dibuka.

Psj is calling...

"Haish dah kenapa dia call aku lagi?! Aku dah kata kan aku tak nak buat kerja tu lagi!" Semburnya terus apabila talian sudahpun disambungkan.

"Aku tak kira, kau kena juga teruskan. Lagipun kau dah mulakan baik kau habiskan saja. Kau tak payah buat kerja separuh jalan boleh tak?!" Kata Park Seojun, klien terakhirnya dalam pekerjaannya itu.

"Bukan aku yang bunuh dia kan aku kata! Kau jugak yang dengar dalam berita kan dia kena serangan jantung bukannya aku yang bunuh dia! Kenapa susah sangat kau nak percaya yang bukan aku buat semua tu?" Katanya dengan perasaan yang geram. Yelah dah memang bukan dia yang buat tetapi orang tua itu juga yang tidak percaya.

"Dendam tetap dendam. Aku tak kira! Mereka semua mesti mati! Keluarga pembunuh tu mesti mampu! Lagipun aku dah upah kau kan?!" Kata kliennya itu di dalam talian dengan marah. Baginya selagi semua ini tidak menjadi realiti, dendamnya masih membara. Dia mesti membalas dendam atas kematian tunangnya.

"Aku tetap dengan keputusan aku. Aku tak nak buat semua ni!" Katanya dengan tegas. Sungguh hatinya sudah tidak tahan lagi di desak melakukan kerja lamanya itu, tambah lagi melakukannya pada keluarga isteri yang disayanginya.

"Okay macam ni lah... aku tambah lagi dua ratus ribu untuk kau. Janji kau buat semua kerja yang aku suruh. Lepas habis aku akan bagi bonus. Amacam?!" Umpan lelaki itu di hujung talian.

"Aku tetap tak mahu. Okay macam ni lah, aku pulangkan semua duit yang kau bagi dekat aku dan kerja aku dah selesai. Aku dah tak nak buat semua ni! Kau faham sangat ke?! Lagipun aku tak bunuh dia!" Marahnya di dalam talian sebelum dia menyedari sesuatu. Seperti seseorang berada di belakangnya.

"Jimin! Apa kamu buat ni?! Kamu yang bunuh papa?!" Kata wanita tersebut dengan perasaan yang marah. Terkejut.

"Let me explain, mama... please..." katanya sebelum menarik lengan wanita itu memintanya mendengar segala penjelasan daripadanya namun gagal. Direntap lengannya kuat sehingga lengan bajunya menjerut lengannya.

"Selama ni mama dan papa percayakan Jimin, tapi sampai hati kamu bunuh papa?! Kamu ni memang tak gunalah!" Kata mama sebelum dia mahu melangkah namun dihalang oleh Jimin.

"Mama dengar dulu please..." rayu Jimin lagi. Hati mama sudah sakit mengetahui kebenaran. Dia tidak mahu lagi mendengar apa - apa.

"Mama dah tak mahu dengar apa - apa daripada mulut Jimin! Jimin ceraikan Hana dan keluar dari sini sekarang jugak!" Mungkin dia juga tersalah langkah, berlakunya pergelutan yang berakhir apabila mama sendiri tergelincir jatuh menghempaskan kepalanya di kaca yang terdapat di kerusi kayu di laman itu.

Dirinya mula gelisah tak tentu pasal. Suara halus yang di dengarinya tadi makin kuat dan jelas membisik. Dia memandang sekeliling. Dirinya dibisik rasa ketakutan melampau. Suara itu mengganggunya lagi. Segera sahaja dia panjat anak tangga sebelum mendapatkan ubatnya untuk menenangkan otaknya.

Namun selepas itu hatinya mulai terasa pedih. Hatinya tidak sanggup melihat orang yang kini dia sayangi dalam kesedihan. Hatinya di landa rasa serba salah. Dalam masa yang sama, hatinya berasa kurang senang. Dirinya berkali - kali di desak melakukan pekerjaan lamanya.

Sekali lagi dirinya didesak. Hatinya makin kuat mahu berterus terang sebelum ianya terlambat.

Abang dia aku dah jadi korban. Kini giliran kau pulak. Nak aku sendiri yang korbankan isteri tercinta dengan anak kau sekali ke kau yang selesaikan? Cepat sebelum kau juga dijadikan korban aku. Hahahaha.

Dia perlu selamatkan isterinya dan anaknya!

A/N: stay vote and comment guys! Cerita ni bakal ke penghujung yang gempak hahahhahahaha. Grab your popcorn please :")

Pembunuh Upahan - pjmWhere stories live. Discover now