"Kau pasti?"
Suara Jimin mengejutkan aku. Secara drastiknya aku memandang ke arahnya, begitu juga Taehyung. Namun Jimin hanya memandang ke arahku, tepat dengan pandangan dinginnya sebelum mengalihkan pandangannya kepada Taehyung disebelahku. Taehyung terus terbangun dari tempat duduknya.
"Dan kau pasti dapat bahagiakan Hana? Kau juga tak pasti kan?" Kata Taehyung kembali cuba membidas pertanyaan sinis Jimin tadi. Aku memandang Jimin dengan perasaan risau. Aku risau dia akan berfikir bukan - bukan tentang aku dan Taehyung.
"Sekurang - kurangnya dia milik aku dan bukannya milik kau kan?" Bidas Jimin kembali sebelum masing - masing tersenyum sinis. Taehyung memandangnya dengan riak tidak puas hati.
"Cuma nak pesan, bukan senang Hana nak jatuh hati dengan orang baru." Kata Taehyung pula sebelum gilirannya pula tergelak sinis kepada Jimin sebelum memandangku.
"Saya pergi dulu, Hana." Kata Taehyung lagi sebelum mula melangkah pergi meninggalkan Jimin yang sudahpun aku rasa terbakar disini.
Aku pandang Jimin. Dia hanya diam selepas kejadian tadi. Hanya keluar dari Mall dan berdiam diri. Hanya memandang ke hadapan sebelum dia mencapai barangan yang aku letakkan di atas kerusi tadi ke dalam pegangannya sebelum melangkah pergi meninggalkanku tanpa sebarang kata.
Jalan raya yang sesak dihadapan dipinjam untuk menjadi tatapan ku lama. Mahu sahaja ku tenung jalan raya ini sampai tembus namun aku gagal. Diri aku dari tadi macam cacing kepanasan sahaja di sini. Sekejap pandanganku dikalihkan mengadapnya sekejap lagi dikalihkan ke arah lain. Hatiku gelisah ditambahkan pula sejak tadi lagi dia hanya mendiamkan diri.
Aku memandang ke arahnya. Masih memfokuskan pandanganya ke hadapan melihat jalan raya yang sesak itu tanpa sebarang riak. Teragak - agak bibirku mahu menuturkan kata - kata.
"Awak... marahkan saya ke?" Tanyaku kepada dengan teragak - agak. Mahu sahaja aku tarik balik kata - kata aku tadi namun ianya sudah terlepas. Dia hanya diam tanpa sebarang reaksi. Mungkin dia marah akan aku.
Lama juga aku menanti jawapan daripadanya namun hampa. Soalanku bagaikan hilang ditiup angin pergi begitu sahaja. Hatiku kuat mengatakan yang dia agak marah denganku sejak kejadian tadi.
"Sungguh saya tak pernah sangka pula yang dia anggap saya lebih daripada kawan baik selama ni. Tak sangka pula sampai macam ni sekali." Jelasku lagi tanpa dipintanya. Namun dia masih mendiamkan diri seperti tadi, masih berdingin.
Lampu isyarat dihadapan sudah bertukar kepada warna hijau. Kereta di belokkan ke kanan sebelum dipandunya agak laju berbanding kelajuan tadi.
"Taehyung tu saya anggap sebagai kawan baik saya saja selama ni. Ya, memang dulu kami hampir dijodohkan tapi saya tak pernah ada perasaan lebih daripada seorang kawan terhadap dia." Jelasku lagi. Jimin yang sedang memandu terus mengalihkan pandangan dinginnya kepadaku.
"Awak tahu kan yang hati saya dah berpunya? Jadi jangan berharap apa - apa..." kata - katanya tergantung seketika sebelum dia menyambung kembali kata - kata.
"....khususnya daripada orang lain. Sebab saya dah mula cintakan awak." Ucapnya dengan tiba - tiba sungguh membuatkan jantungku bagaikan terhenti bedegup sebelum berdegup kencang kembali. Entah kenapa terselit di dalam kata - katanya sebuah keikhlasan yang selama ini aku tunggu. Serta merta bibirnya mengukapkan senyuman manis kepadaku membuat jantungku bagaikan mahu saja luruh daripada badanku. Serta merta pipiku mula membahang menyebabkan aku mengalihkan pandanganku ke arah lain.
Ada sesiapa yang membuka lagu romantik serta menaburkan bunga ke arahku ke aku sudahpun angau cintanya?
Ah, ini lagi gila daripada sebelum ini!
~~~
Longgokan pinggan serta mangkuk ku ambil sebelum dimasukkan ke dalam sinki satu per satu. Air paip yang mengalir menyucikan pinggan dan mangkuk yang ku basuh. Sedang kusyuk mencuci, sepasang tangan melingkari pinggangku secara refleksnya membuatkan aku tertoleh ke belakang.
"Jimin... awak nak apa - apa ke saya boleh buatkan." Kataku memandangnya yang masih erat memelukku. Dia menggeleng sambil tersenyum.
"Tak. Saya nak awak je hehe." Balasnya dengan nada nakal. Aku tersengih malu. Sejak dia menyatakan isi hatinya petang tadi, makin galak dia dibuatnya. Nakal.
"Nakal eh awak. Tak adanya saya nak basuh pinggan ni, lepaskan saya nanti baby lemas macam mana?" Kataku cuba mencari alasan. Serta merta pelukkannya melonggar. Dia mendekati perutku yang madih kempis sebelum duduk bercangkung di atas lantai sambil mengusap perutku dengan lembut.
"Baby tak lemas kan? Baby suka papa." Katanya dengan nada riang sambil mengusap perutku. Aku tersenyum. Gembira. Tak sangka aku akhirnya dapat juga rasakan apa itu cinta yang sebenar. Aku benar - benar sayangkan dia.
"No no no. Baby tak suka." Kataku lagi bagaikan aku pula bayi di dalam perut mahu membalas kata - katanya. Jimin memandang aku dengan wajah sedih.
"Alooo... habis tu apa baby suka?" Jimin bertanya dengan nada kanak - kanak yang mahu memujuk ibu bapanya. Aku tersenyum sinis.
"Baby suka kalau papa dia tak kacau mama dia cuci pinggan mangkuk. Baby nak papa duduk sana, boleh?" Dia mengangguk lemah. Wajahnya masih sedih mungkin tak dapat mengada lagi.
"Tak nak. Mama kena buatkan coffee dulu baru papa setuju." Katanya dengan nada mengada. Aku hanya mengangguk sebelum tersenyum.
"Jangan lupa hantarkan dekat bilik. Saya dekat sana nak buat kerja sikit." Sempat lagi dia berpesan sebelum dia melangkah pergi meninggalkan aku keseorangan di sini. Tanpa aku sedar, aku mulai tersenyum sendiri.
Aku menapak melangkah dengan perlahan menuju ke bilikku membawa coffee yang dipinta Jimin dengan berhati - hati. Sedaya upaya ku berhati - hati untuk mengelakkan daripada coffee miliknya tumpah.
Baru sahaja aku menolak pintu sedikit, aku terdengar sesuatu. Seperti Jimin berbual dengan seseorang.
"Aku nak hentikan semua ni aku tak kira! Aku akan pulangkan semuanya and please forget about that." Aku mengerutkan dahiku.
Pulangkan semuanya? Apa ni? Dia ada rahsiakan sesuatu pada aku ke?
Tiba - tiba telefon di dalam poket seluarku berdering membuatkan aku terhenti dari terus mengintai. Aku mengambil telegonku sebelum menjawab.
"Hana, kau dekat mana sekarang?"
A/N: dapat hidu tak ada aura negatif di sini? Hehe.
Siapakah yang menelefon Hana?
Apakah maksud Jimin? Apakah yang dirahsiakannya?
Stay tune and vomment ♡
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Mystery / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...