Kaki Jimin melangkah dengan perlahan menuju ke arah lif rumahnya. Kepalanya terasa masih berpijar. Walaupun tidak sehebat semalam namun ianya memaksa dirinya untuk turun ke bawah mengambil ubat.
Langkahnya terhenti apabila terdengar suara Minho. Dia mendekati pintu sliding yang terbuka luas menuju ke laman belakang rumahnya sebelum melulu ke arah Minho yang sedang terduduk kaku di sebelah sebujur jasad. Jimin memandangnya dengan riak terkejut. Ruangan itu dipenuhi dengan darah.
"Kenapa dengan mama, Minho?" Tanya Jimin dengan cemas. Dia hanya diam. Hanya air matanya sahaja berbicara. Bahunya diusap Jimin lembut sebelum mula memeluknya dari belakang. Badannya teresak - esak menahan tangisan.
Bunyi ambulans mula kedengaran bergema di seluruh perkarangan rumah. Jimin memeluk erat Hana yang berada disisinya. Hana masih terkejut dengan berita yang baru didengarinya itu. Baginya dia tidak menyangka makan malam semalam merupakan kali terakhirnya bersama mama. Badannya terhinjut - hinjut menahan tangisannya.
"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut akibat terdapat kesan pergelutan pada tangan mangsa. Mangsa meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak pada bahagian kepala..."
Orang ramai yang berkunjung ke majlis pengkebumian itu sudahpun beransur pulang. Keadaan disini menjadi pilu dengan kematian mengejut tersebut.
"Aunty harap Hana tabah dalam menghadapi segala dugaan ni. Hana sabar eh. Aunty balik dulu Jimin, Hana." Kata Aunty Min sebelum memeluk Hana. Belakang perempuan itu diusap lembut oleh wanita tersebut sebelum melepaskannya. Dirinya mula melangkah pergi dari situ. Hana memandang Aunty Min dari jauh. Alangkah itu mama...
Hana memandang oppanya yang masih terduduk kaku di hadapan pusara ommanya itu disebalik linangan air matanya. Sejak pagi tadi lagi oppanya tidak berkata apa - apa. Hanya air matanya sahaja yang berbicara.
Jimin membawa dirinya keluar daripada kelompok manusia yang menghadiri majlis pengkebumian tersebut. Dirinya dilanda sebak dan pilu. Kejadian ini mengingatkannya tentang kematian ommanya. Air matanya ditahan untuk mengalir. Dia sudah berjanji agar dirinya kuat. Dia rindu akan ommanya. Cermin matanya hitam miliknya dipakai semula.
Kakinya mahu melangkah kembali mendapatkan Hana terhenti apabila dia menyedari seseorang memerhatikannya dari jauh.
Betul firasatnya, sebuah kereta mewah berwarna hitam membuka cermin keretanya sedikit sebelum kelihatan seseorang memerhatikannya dari jauh sambil tersenyum sinis.
Kakinya terus sahaja melangkah jauh meninggalkan tempat tersebut.
Ah, ini susah gila!
"Hana, aku harap kau kuat. Aku tahu kau kuat. Kau boleh harungi semua ni." Kata Taehyung kepada Hana. Hana mengangguk. Air matanya masih mengalir. Dia menunduk ke bawah. Tidak mampu menujukkan kepada lelaki itu dia terlampau lemah walaupun hakikatnya begitu. Dia rasa kesal, kesal kerana tidak mampu menjaga mama dengan baik seperti apa yang dia janjikan kepada mendiang papanya.
"Aku tak tunaikan janji aku pada papa, Taehyung. Aku gagal, Taehyung. Aku..." dia kehilangan kata - kata. Pelbagai perasaan yang menusuk hatinya. Dia sedih, terkilan, kecewa semua ada.
Jari Taehyung diangkat sebelum menyeka air matanya yang masih turun. Taehyung tersenyum, cuba memberikan semangat kepada kawan baik yang paling disayanginya itu.
"Kalau aku tak ambil jawatan tu, mungkin mama takkan mati. Mama takkan macam ni, Taehyung." Kata Hana sekali lagi cuba menyalahkan dirinya. Taehyung menggeleng laju.
"Mama meninggal sebab takdir, Hana. Lagipun itu kemalangan. Mama terjatuh kan? Dan bukannya tak salah kau, Hana." Jelas Taehyung cuba menenangkan Hana daripada menyalahkan dirinya sendiri. Tangannya mencapai tangan Hana sebelum diusapnya perlahan. Hana memandang Taehyung sebelum menggeleng.
"Habis tu kau nak kata apa? Ada orang bunuh mama? Kau bunuh mama? Macam tu?" Tanya Taehyung cuba menguji Hana yang sudahpun berfikir bukan - bukan. Hana terdiam. Dia tidak mahu memikirkan yang bukan - bukan lagi. Mungkin dia terlampau penat.
"Dah lah kau tak payah fikir sangat pasal tu. Aku ada, Hana. Jangan sedih - sedih. Nanti kau tak sihat pulak." Pujuk Taehyung. Hana tersenyum. Hatinya gembira sebentar kerana masih ada kawan yang prihatin terhadapnya.
"Kau tak payahlah ambil berat sangat pasal aku ni, lebih baik kau pergi cari teman wanita lebih bagus. Lagipun aku ni dah bersuami, mana dah penting untuk kau." Kata Hana. Taehyung menggeleng.
"Walau kau dah kahwin sekali pun, kau tetap penting bagi aku. Sebab aku lebih tahu segalanya tentang kau berbanding orang lain, sebab selama ni kau dengan aku, dan bukannya suami kau. Kau pon tahu kan?" Kata Taehyung dengan maksud yang mendalam. Dia kemudian pergi meninggalkan Hana keseorangan di situ.
"Kau tahu Hana, hati aku tak pernah lari daripada mencintai kau, sejak dari dulu lagi. Tetapi kenapa lelaki tu yang dapat?" Hatinya kesal. Kesal setelah apa yang dia usaha selama ini seakan sia - sia sahaja. Hana, tak pernah melihatnya.
Manakala Jimin yang sudah sampai di situ sejak awal tadi lagi mengundur dirinya ke belakang. Mungkin dia sememangnya tidak layak dengan Hana.
YOU ARE READING
Pembunuh Upahan - pjm
Misteri / Thriller"Polis masih menyiasat motif kejadian serta suspek yang terbabit dalam kes kematian tersebut..." Kematian misteri seorang demi seorang ahli keluarganya menjadi teka- teki. Tapi tidak pada si 'dia'. Park Jimin (Short Story) [WARNING!!!] Dont copy & p...