« Dark Purple Eyes »
°'°'°'°'°'°
"Weh aku tahu lah kau seksi, tapi jalan tu boleh tak jangan nampak sependa ?"
Iris coklat gelap itu menatap rakan yang menegurnya tadi itu atas bawah. Lantas dia menghentikan langkah yang penuh gelekan budak tiktok itu dan menarik lengan rakannya itu lalu berbisik,
"Shh, kau tak nampak ada Sehun tengah perhatikan aku dekat pintu kelas tu.. Aku saja je gelek biar dia sedar yang girlfriend muka pecah dia tu tak ada apa jika nak dibandingkan dengan aku."
Gadis itu tersenyum dan terkekeh puas hati bila dia dapat lihat Sehun menutup kedua matanya dan menghelakan nafas lalu tergesa - gesa menuju ke tandas lelaki.
"Kau ni tak baik tau, Aryn... Jangan salahkan aku kalau silap haribulan kau kena rogol sebab perangai suka menyakat lelaki kau ni.."
PUK !
"Ish apa mulut kau ni ? Baru lepas makan ikan keli dari longkang eh ?" Gadis itu melepuk bibir rakannya itu, memberikan jelingan maut.
"Aku cakap saja kan.. sebab kau ni kalau boleh dengan pakcik cleaner sekali kau nak gelek ! Kau makan apa masa kecil ha ? Ulat bulu eh ?"
Aryn memutarkan matanya apabila sahabat baiknya itu mulai berceramah, kalah atuknya.
"Jangan risau. Aku tahu kau cemburu kan bila aku asyik sakat lelaki je ? Ha kalau macamtu..."
Aryn tersenyum jahat dan terus mencuit dada rakannya buat rakannya itu tanpa dapat ditahan menjerit. Kakinya terus melangkah melarikan diri apabila namanya dilaungkan hingga bergema satu koridor sekolah.
"PERANGAI KALAH SYAITONIROJIM KAU NI, ROSIE ARLYN !"
Tawa gadis itu makin kuat apabila melihat rakannya itu dimarahi oleh guru besar yang kebetulan lalu dikoridor itu. Dapat dia lihat Asha, rakannya itu mencerlungkan mata ke arahnya dan buat gerakan tebas leher ke arahnya tapi dimarahi oleh guru besar yang sedang menasihatinya.
"Asha, Asha.. ucik dada iket un tak oleeh--"
BRUKK !
Aryn yang mahu membelok ke kiri menuju ke kelasnya itu jatuh terduduk sebaik saja wajahnya merempuh sesuatu yang keras, nyaris hidungnya remuk.
"Aduuh ! Penyek sudah buntut dan hidung seksi aku !" rungut Aryn, tapak tangan mengusap lembut permukaan punggungnya.
"Eh ?! Maaf, tak nampak pula ada orang nak lalu !"
Aryn dibantu untuk bangkit oleh orang itu. Baru Aryn tahu benda keras tadi itu merupakan dada bidang seorang lelaki. Ffuh, kerasnya lebih keras dari usaha kita untuk dapat straight A SPM !
"Eh awak okay ke, Aryn ? Sakit mana - mana ?"
Aryn mengelengkan kepalanya apabila memdengar soalan bernada penuh kerisauan itu namun seakan semak hingga buat kepalanya pening itu.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...