ㅡ THGIE YTRUOF

2.6K 655 875
                                    

[Music : Butterfly by BTS ]


[ Butterfly ]

________

Setiap hari..

Aryn akan munculkan diri dirumah Deo. Lelaki itu akan membuka pintu dan terpaparlah wajah ceria seorang Rosie Arlyn.

Senyuman tanpa beban itu buat Deo merasa sangat keliru. Bagaimana seorang gadis yang sudah hancur hatinya masih boleh tersenyum seperti tiada apa dihadapan orang yang telah menghancurkannya ?

Mengapa... Aryn tidak pergi ?

Kenapa rama - rama yang sayap indahnya telah koyak ini merangkak kembali kepadanya ?

Deo hanya diam apabila perkara pertama yang akan Aryn lakukan sebelum masuk adalah memeluk tubuhnya begitu erat.

Seakan dia merindukan lelaki itu setiap saat.

Gadis itu kemudian akan menarik tangannya, mereka akan menuju ke dapur dan makan bersama. Rosie Arlyn yang tidak mahir memasak akan cuba menyediakan makan malam untuk Deo.

Walaupun jemarinya terluka, walaupun wajah itu kelihatan sangat kepenatan namun dia tetap menyediakan makanan untuk Deo.. dengan senyuman yang masih terukir begitu indah.

Dia tidak akan makan, dia hanya akan duduk dihadapan Deo, memerhatikan lelaki itu makan dalam diam.

Kemudian dia akan bangun dan membersihkan meja setelah Deo selesai makan, melayani lelaki itu bagai lelaki itu adalah suaminya.

Dan setelah itu, dia akan melaksanakan tugasnya. Memberi Deo apa yang lelaki itu inginkan..

Membenarkan lelaki itu melakukan apa saja pada tubuhnya, walau sekasar manapun lelaki itu padanya. Tapi dia tidak pernah menangis.

Malah ketika Deo akan pergi setelah melakukan itu dan lelaki itu akan melempar beberapa wang pada wajahnya lalu pergi bagai dia ini adalah seorang pelacur...

...Rosie Arlyn tetap akan muncul keesokkan harinya, dengan wajah yang ceria seperti biasa.

Namun kegigihan dan melihat betapa kuatnya gadis itu tidak dapat mencairkan hati seorang Deo Xander.

Dia tetap akan melakukan perkara yang sama berulang kali. Melayan Aryn bak patung pemuas nafsu, menyakitinya lagi, lagi dan lagi.

Dia tidak sedar gadis itu hanyalah seorang budak berumur 18 tahun.

Dia tidak sedar gadis itu berkali - kali telah ditinggalkan.. ibubapanya, Asha..

Dia tidak sedar entah berapa kali Aryn dihancurkan sepanjang dia mula bernafas didunia ini.

Ataupun dia sedar tetapi dia tetap teguh dengan pendirian dan egonya. Ego Deo Xander.

Lelaki itu tidak akan benarkan mana - mana perempuan masuk ke dalam kehidupannya, masuk ke dalam pintu hatinya.

Bagi lelaki itu, apa gunanya ? Dipengakhiran cerita semua gadis - gadis yang mencintai dirinya akan mati juga ?

Dia tidak mahu menerima Aryn.. kerana dia tidak akan sanggup melihat Aryn mati kerana dirinya.

Dia telah lepaskan Aryn, tapi kenapa gadis itu masih degil mahu berada disisinya ?

Dia telah cuba berkali - kali menyakiti perasaan Aryn, berharap gadis itu memakinya, menamparnya, atau menatapnya kecewa tapi kenapa..

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now