ㅡ XIS

5.5K 820 352
                                    

« Crush On You »

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

« Crush On You »

°'°'°'°'°'°




 

    "Babai, Ashaiton.. Aku rasa aku akan bertukar jadi mermaid lah lepasni. Jangan panggil aku Aryn, panggil aku Ariel si duyung berekor merah jambu. Hiks, dah seminggu aku asyik mimpi aku dekat dalam laut je.."

      Aryn mengesat air mata palsunya dengan gerakan terlampau drama, buat Asha mengenyitkan dahi, jijik.

      "Duyung ke dugong ? Tak apalah. Kalau kau dah jadi buih nanti, lega sikit aku. Tak adalah makhluk yang sidai sependa dekat atas TV lagi lepasni."

       "Aku harap kau kena langgar dengan beca balik sekolah ni." ujar Aryn berdengus.

       "Aku harap kau pun kena langgar dengan motor dan pemandu motor tu Oli biar padan muka kau tengah nyawa - nyawa ikan dapat keberkatan tengok muka peminat kau tu." balas Asha selamba.

      Baru saja Aryn mahu membalas, matanya melihat kelibat sang jejaka pujaan hati, jejaka yang paling tampan, panas dan seksi didunia ini bagi Aryn.

      "EH KIM TAEHYUNG AKA KYRIL LEO !!!!!! TAK BOLEH KE KALAU TAK HENSEM SESAAT JE ? TIAP HARI HENSEM NAK KEMANA ? TAK PENAT KE BUAT AKU MELELEH AIR LIUR-- EMH!"

       Asha dengan pantas menekup mulut Aryn dengan tapak tangannya, hampir menepuk dahi apabila jeritan Aryn itu buat semua pasang mata dikoridor itu menoleh ke arah mereka.

       Termasuk orang tak bersalab yang ditengking Aryn tadi, Kim Taehyung.

        "Kau bunuh je lah aku, Asha. Aku tak tahu kenapa aku jadi macamni, hiks. Bila tatap muka dia tu pergh, apa yang ada dalam hati ni terluah macamtu saja huwaaa apa aku nak buat ni weh-- WEH DIA DATANG SINI WEH MATILAH AKU!"

       Asha cuba menenangkan Aryn yang sudah bersembunyi dicelah ketiaknya, cuba menyembunyikan wajahnya apabila melihat sang senior melangkah mendekati tempat duduk mereka berdua.

      "Eh, Rosie? Awak panggil saya ke tadi? Kenapa awak sorok muka awak macamtu?" soal Taehyung hampir tergelak bila melihat gelagat luar alam Aryn itu.

       "Weh, kau dengar tak tu? Suara malaikat panggil nama aku.. Rosie Rosie~ Ya Tuhan.. aku dari tak suka nama tu terus jatuh cinta dengan nama Rosie tu.." bisik Aryn pada Asha.

      
        "Apa kau ni? Woi, Taehyung sunbae tanya tu, jawablah." arah Asha sambil cuba mengeluarkan rakannya itu dari celah kot uniform sekolahnya.

       Aryn menyembulkan kepala dari balik kot Asha dan ternganga apabila melihat wajah tampan Taehyung yang sedang tersenyum kecil. Ah, senyuman dan iris emerald itu huwaa!

 Ah, senyuman dan iris emerald itu huwaa!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now