_____
Dan memang apa yang dikatakan Deo semalam itu, dia benar - benar melaksanakan semuanya sekarang. Asha menganga apabila sekumpulan lelaki menyerbu masuk ke dalam rumahnya tanpa kebenaran.
Dan Deo hanya tersengih , langsung tidak rasa bersalah membuat keriuhan dirumah orang pada pagi sabtu yang indah itu. Asha yang baru mahu menikmati tidurnya hingga pukul 12 tengah hari harus rela terjaga apabila Deo muncul dihadapan pintu rumahnya tepat pukul 8 pagi.
"Hai, Asha. Nak ambil barang - barang Aryn. Aryn tak bangun lagi ya ?"
Asha yang rambut sudah seperti sarang tebuan dengan taik mata yang masih tidak sempat dia buang kerana terjaga dari lena secara tiba - tiba menatap Deo tajam.
"Ambil barang Aryn pepagi buta ni ? Kau nak buat apa barang Aryn ? Ya, Aryn tengah tidur sekarang ni dan dia baru dapat tidur tepat pukul 4 pagi tadi jadi jangan memandai nak kejut dia kalau tak nak aku hiyarkk muka seksi kau ni."
Deo berundur selangkah apabila Asha membuka silatnya. Sedikit ngeri kerana gadis dihadapannya ini sudah seperti orang tak betul. Agaknya inilah yang terjadi bila kau kejut perempuan awal pagi.
"Kau lupa ke semalam kan kita dah bincang yang Aryn akan duduk dengan aku. Aku tak nak dengan keadaan dia sekarang, kau kena kelam - kabut jaga dia padahal kau kena kejar peperiksaan penting hujung tahun ni kan ? Aryn akan duduk dengan aku dan homeschool. Aku akan jaga dia dan kau tak payah risau. Kalau kau nak jenguk dia setiap hujung minggu, silakan."
Asha terdiam. Terus tidak jadi bersilat apabila teringat perbincangan mereka semalam. Asha hampir menyerbu rumah Kyril dan menyiat kulit lelaki itu sebaik saja tahu Aryn hampir membunuh diri kerana kata - kata kasar Kyril.
"A..Aku.. macam mana kalau aku rindu Aryn.. Aku dah hidup dengan dia nyaris sepanjang hidup aku.. dan kalau tak ada dia, tak dengar suara dia.. tak boleh gaduh - gaduh dengan dia lagi.."
Deo tersenyum, maklum dengan perasaan Asha. Dia menepuk bahu Asha, memberi semangat pada gadis yang bakal dijauhkan dari sahabat karib bak adik beradik kandung itu.
"Kau tahu kan semua ni demi kebaikan Aryn ? Kalau dia sekolah, dia akan makin tertekan sebab nampak Kyril dan bahkan dengan keadaan seluruh warga sekolah benci dekat dia, kau rasa dia nak belajar macam mana ?"
Asha menghelakan nafas lalu memusingkan tubuh. Deo mengikut langkah Asha yang menghala ke bilik Aryn. Apabila pintu bilik itu terbuka, dapat Deo lihat Aryn yang sedang bergelung didalam selimut, sedikit gelisah dialam lenanya.
"Jangan risau, semuanya akan baik - baik saja. Bila Aryn dan pulih mentalnya, aku akan biarkan dia kembali ke rumah ni. Dan kau, jangan fikirkan pasal Aryn sangat. Mungkin kau boleh gunakan peluang ni untuk buat Yoongi berada atas katil kau. Kau suka pengetua Min tu kan ?"
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...