ㅡ XIS YTNEWT

2.9K 585 460
                                    

[Maaf perenggan macam cakar ayam urgh entah kenapa wattpad ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[Maaf perenggan macam cakar ayam urgh entah kenapa wattpad ni.. orang dah save dengan perenggan yang kemas lepastu bila buka balik chap ni, dia jadi rapat tanpa jarak duhh.. rasa nak baling Oli je !]

_______

Remember Only Me

_______

"Eh.. serieslah nak balik esok ? Kita baru sampai pantai ni harini.."

"Iya.. esok kita baliklah. Buat apa datang sini kalau orang tu pun takut air laut kan ?"

Deo mengerutkan dahi apabila mendengar nada Aryn itu. Dia menghampiri Aryn yang sedang meletakkan beg pakaian ditepi almari, mengeluarkan beberapa helai baju dan tuala.

"T..Tapi Aryn kan boleh mandi.. Aryn kata Aryn suka laut.. sebab tu Deo bawa Aryn ke sini.." ujar Deo dengan nada lirih.

Aryn mengerling kearah Deo, melihat lelaki itu sudah menundukkan kepala namun jelas kelihatan bibir tembam Deo sudah tercebik, merajuk mungkin.

"Iya, memang Aryn suka laut.. Tapi Deo perasan tak ? Macam ada benda yang tak kena sejak mula kita jejakkan kaki dekat sini lagi. Hampir kemalangan, jumpa budak entah anak siapa, hampir lemas. Entahlah, rasa macam ada yang tak kena."

Aryn mengelengkan kepala, mengeluh. Lalu dia kembali mengeluarkan barang dari begnya, langsung tidak sedar akan perubahan wajah Deo.

"Aryn ni boleh berenang tau. Tapi entahlah.. masa dalam laut tadi rasa macam ada benda tarik kaki Aryn dan.. macam ada sesuatu yang berbisik tapi lupa lah pula ayat dia macam mana."

Rahang Deo mengeras namun lelaki itu langsung tidak menunjukkan perubahan itu dihadapan Aryn.

"Ada.. benda tarik ? Benda apa ?"

Aryn menaikkan bahu, petanda dia sendiri pun tidak tahu apakah makhluk itu. Mungkin binatang, mungkin jin.

"Tak apalah. Tapi esok kita balik. Aryn tak mahu duduk sini lama - lama."

"Hm, iyalah."

Aryn memusingkan menghadap Deo, dapat dia lihat lelaki itu menatap ke arah lain, seperti sedang berfikir. Adakah lelaki itu kecewa sebab Aryn tidak mahu meluangkan banyak masa bercuti dengannya ?

Aryn tanpa sedar mengusap rahang Deo, buat lelaki itu terus menoleh ke arahnya. Gadis itu tersenyum dan menepuk lembut pipi Deo.

"Lain kali okay ? Jangan sedih - sedih."

Deo menaikkan jemarinya, mengenggam lembut pergelangan tangan Aryn. Tanpa dapat ditahan tersenyum melihat perlakuan tiba - tiba itu.

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now