ㅡ EERHT YTNEWT

3K 608 658
                                    

[ Sila baca pertanyaan yang ada diakhir chapter ini dan pilih, important bussineseu 😭 ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Sila baca pertanyaan yang ada diakhir chapter ini dan pilih, important bussineseu 😭 ]

----------
What ?
----------

"Alolo !"

Dia memujuk budak kecil berumur 3 tahun yang masih setia terisak akibat terkejut itu.

Dia, Deo Xander. Bukan Rosie Arlyn yang merupakan sang penyebab budak perempuan itu ketakutan dan mulai menangis semakin teruk.

Pemandangan yang kelakar bagi orang awam yang berada disekitar. Melihat bagaimana sang lelaki lah yang akrab dengan budak kecil, bukannya perempuan yang faktanya mesti memiliki perasaan keibuan.

Aryn ? Keibuan ?

AHAHAHAHAHHA ! Jika dia memilih antara ibu dan bayi, dia rela jadi bayi saja.

Menjaga budak itu menyusahkan. Mengandung, menyusahkan, menjaga apatah lagi.

Bagi Aryn, budak - budak ialah jelmaan iblis kecil. Akan buat keadaan kelam - kabut lalu dalam diam akan tersenyum kesetanan bila perhatian teralih pada mereka. Itulah definisi budak kecil.

Baik dia jaga anak anjing. Comel pun comel. Kalau menyusahkan, tanam saja.

Sekarang ni, siapa yang setan ? Aryn ke budak ?

"Aryn, budak ni nak susu. Susukan lah dia."

Terbeliak mata Aryn bila mendengar itu. Deo mencuit lengannya sambil mengangkat kening, main - main. Malah senyuman nakal sudah tersungging dibibir lelaki itu.

"Hotak kau !"

Aryn bangkit dari duduknya, merasakan bulu romanya meremang apabila terbayangkan. Pergh, ngilu !

"Ah, takpe. Kalau tak mahu dengan budak ni, dengan Deo sajaㅡ"

"Kau teruskan cakap, aku campak kau dalam laut."

Deo tergelak puas, apabila melihat wajah putih Aryn memerah teruk, malah telingnya juga sudah memerah.

"Tengok, baby ! Mama merah - merah, malu pula dia ! Padahal dia yang paling ganas !"

Aryn menutup telinga budak yang sedang dipangku Deo itu dengan pantas. Matanya menusuk wajah Deo tajam.

"Demi Tuhan, dia budak lah ! Dasar terung !"

Walaupun Aryn benci budak kecil, tapi dia tak sekejam itu nak rosakkan kepolosan anak orang.

"Mo..Momma mwaluu ?"  soal si kecil sambil memiringkan kepala.

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now