________
Unexpected
________
"Kau lah manusia tu ? Tak sangka kau serah diri dekat kaum aku semudah macamni saja hm?"
Baru saja Aryn mahu membalas, tiba - tiba tubuhnya ditarik dan direngkuh oleh seseorang.
Dapat dia rasa tubuhnya dibaringkan keatas hamparan pasir dan bisikan - bisikan yang begitu lirih entah dari siapa walaupun matanya tertutup, hanya kegelapan yang dia lihat.
Sesaat kemudian dapat dia rasa permukaan dadanya ditekan,
"EH EH JANGAN SENTUH DADA DIA !"
"Shh ! Encik sila bagi kerjasama. Saya sedang jalankan tugas saya sebagai penjaga pantai."
"Tak perlu sentuh pun kan ?"
"Macam mana nak buat CPR kalau tak sentuh ? Encik pergi sekolah ke tak ni ?"
Itu suara Deo dan seseorang yang tidak Aryn kenali.
Aryn mahu tergelak namun dia masih dialam bawah sedarnya jadi yang dia mampu buat adalah menyimpan memori perbualan itu didalam ingatannya. Ingatkan dia untuk menganjing Deo bila sedar nanti.
Tu pun kalau dia hidup.
Kedua belah bibir Aryn dibuka dan dapat dia rasa nafas seseorang menyapa permukaan mukanya namun,
"EH EH BIAR AKU YANG BUAT CPR ! AH TAK TAHAN AKU TENGOK KAU ! ADA HATI NAK CIUM BINI AKU !"
Dan setelahnya kedengaran bunyi orang bergusti. Beberapa saat kemudian barulah Aryn merasakan nafas buatan yang diberikan oleh Deo.
Kalau dia boleh tersengih sekarang ni, dah lama dia sengih. Lembutnya bibir Deo ! Macam gula - gula kapas !
Eh Aryn dah nak mampus pun sempat mengatal..
"UHUK ! UHUK !"
Aryn terbatuk dan tanpa sedar menyemburkan air laut ke wajah Deo. Lelaki itu menjerit histeria, mungkin terkejut Aryn berikan ucapan terima kasih dengan cara brutal seperti itu.
Aryn mengedipkan matanya, cuba menjelaskan pandangan yang kabur dan dapat dia lihat Deo membersihkan wajahnya dengan sapu tangan milik lelaki itu.
"Aryn okay ?! Ada sesak dada ?! Kita pergi hospital sekarang !"
Aryn menahan lengan Deo yang mahu bangkit dengan gerakan pelan, masih lemah kerana hampir mati.
Gadis itu mengelengkan kepala dan masih terbatuk buat Deo menatap Aryn penuh kerisauan. Lelaki itu kembali berlutut disamping Aryn yang terbaring, mengusap wajah yang basah itu dengan sapu tangannya yang baru.
"Sesak nafas lagi ?" soal Deo, dengan nada lembut.
Aryn yang mendengar itu mengangkat sudut bibir, membentuk sebuah senyuman nakal. Dengan sengaja dia menganggukkan kepala.
Deo yang melihat itu serta merta faham dengan niat terselubung Aryn. Lelaki itu tergelak pelan namun tetap menunduk untuk memberikan nafas buatan lagi.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...