[ Slowy ]
°°°°
"Tunggu dalam ni, jangan pergi mana - mana dan habiskan makanan. Mungkin mesyuarat ni akan lama."
Baru saja Aryn mahu membalas, Deo sudah menutup pintu bilik kerjanya meninggalkannya dalam kesunyian. Dapat dia dengar sang setiausaha Deo yang leka menjelaskan tentang tentatif mesyuarat kali ini.
Bahu Aryn yang tadinya naik, kini turun seiring turunnya semangat mahu mengunyahnya. Dia bahkan belum sempat ucapkan terima kasih atas aksi Deo yang sudi menolongnya dari si miang keladi.
Aryn meletakkan bekas mcd ke atas sebuah meja kaca. Bibirnya semakin tercebik apabila sedar betapa hangatnya blazer milik Deo yang memeluk tubuh.
Dia membuka pakaian milik Deo itu dan meletakkannya ke atas sofa, takut pakaian mahal itu kotor akibat perbuatannya. Sudah cukup dia buat malu tadi.
Jemarinya mengibas kemeja putih yang kotor, berharap kotoran itu lesap sekelip mata bagai menggunakan vanish namun sia - sia.
"Hm, mana selera kalau makan sensorang alahai.."
Aryn menghempas punggung ke sofa dan membuka bekas makanannya yang berisikan nasi lemak mcd dengan dua ketul ayam rangup spicy.
Ah, tak jadi nak emo sebab makanan menggoda sangat. Baik dia hadap dan menikmati nikmat dunia ini.
Jangan baca doa, biar setan temankan dia makan. Baru berselera nak makan kan kalau berteman ? Dah Deo sibuk sangat sampai tak boleh makan sekali, kita minta taetan temankan.
Mana tahu dapat versi Demian ? HAHAHAHHAHAHAHSHSHSHHSHSHSHSHAHSHSGSHSHGSHSHSH !
"Aku nak kahwin dengan tauke mcd ni biar tiap hari dapat makan percuma !" ujar Aryn seorang diri, bangga dengan impian dirinya.
Walaupun tubuhnya kecil, tetapi setakat habiskan mcd dua ketul ayam besar ni, halahai kacang saja !
"BURPP !" sendawa Aryn setelah selesai menyantap.
Aryn yang terasa mabuk dan pening kerana terlampau banyak makan pun terhuyung - hayang mencari tisu basah didalam beg silangnya untuk membersihkan tangan.
Memang tak lah dia keluar cari sinki dengan baju jarang macamni. Trauma sudah dengan lelaki miang tadi.
"Uish, betul lah orang kata kalau makan nasi lemak, auto mengantuk.." ujar Aryn dan setelah itu menguap bagai badak sumbu.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...