[ Realize ]
________
Aryn tersenyum lega apabila melihat raut bahagia Asha ketika Yoongi menyarungkan cincin yang bakal mereka gunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.
"Weh, cuba bagi cadangan. Wedding ni sesuai buat dekat mana ? Aku dengan Yoongi cadang nak buat biasa - biasa saja."
Aryn memandang Yoongi yang sedang menyusun baju bayi yang baru mereka beli semalam ke dalam bilik gadis itu. Malah lelaki itu sudah menempah katil bayi dan permainan seperti patung kanak - kanak.
Mereka bahkan bercadang mahu cat bilik tidur sebelah bilik Yoongi untuk dijadikan bilik bakal anak mereka nanti. Semuanya terlalu cepat.
Tapi Yoongi dengan lembut berkata pada Asha,
"Dah dua bulan Yoongi sia - siakan Asha.. Biar Asha bergantung pada Aryn, biar Asha sedih sensorang.. Marah dan maki Asha.. jadi Yoongi tak nak buang masa dan mahu jadikan Asha dan anak kita milik Yoongi secepatnya."
Aryn tersenyum apabila teringat bagaimana Asha memeluk Yoongi dengan mata berkaca - kaca setelah itu. Rakan karibnya itu telah berjumpa dengan seorang lelaki yang akan menjaganya dengan baik, menjadi ayah yang baik pada anak - anaknya juga.
Dan hati Aryn tak pernah rasa selega ini sebelumnya.
"Aku cadang, taman bunga. Yoongi kan kaya, kau peras ugut dia sewa satu taman negara tu. Dengar cerita taman negara ada satu ladang bunga ros, besaaar dan mekar semuanya." cadang Aryn.
"A'ah lah ! Bijak juga kau ni en ? Ehe tenkiu !" ujar Asha memeluk Aryn lalu segera menghampiri Yoongi dengan berlari anak.
Yoongi segera menyambut Asha ke dala pelukan, takut gadis itu tersadung atau tersalah langkah. Menasihat gadis itu agar tidak berlari.
Helaan nafas Aryn lepaskan dari belahan bibirnya lalu dia bangkit dari sofa.
"Aku keluar kejap eh ? Asha, kalau kau tidur rumah Yoongi malam ni, kau kunci saja pintu rumah ni sebab aku bawa kunci." ujar Aryn.
Tanpa mendengar balasan dari Asha, Aryn melangkah pelan masuk ke dalam lif dan keluar dari bangunan apartment itu.
Melangkah entah kemana dia pun tak tahu. Cuma dia merasa tak elok dia berada dirumahnya saat ini, tepat ketika Asha dan Yoongi baru berbaik dan memerlukan masa untuk diluangkan bersama.
Ah... Asha bakal berkahwin.. Padahal Aryn yang tunang dahulu.
Sudut bibirnya terangkat. Rancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Sekarang ini dia cuma berdoa agar Yoongi melayan Asha dengan baik dan menebus segala kesilapannya walaupun dia sendiri bingung.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...