ㅡ YTNEWT

3.2K 644 418
                                    

[ Shy Cutie ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Shy Cutie ]

°°°°

      "wAAAAAAAA !"

       Dan untuk kedua kalinya Aryn bermimpi sesuatu yang menjijikkan. Macam mana dia boleh mimpi Asha dan sang pengetua buat benda bukan - buka dekat bilik pengetua ?!

      Ah, merepek saja ! Kemungkinan besar ini semua mainan setan ! Ashanya yang polos, baik dan comel takkan buat benda tak bermoral begitu !

      Aryn mengusap dada apabila tersedar yang dia hampir jatuh berguling dari sofa panjang. Namun dia bernasib baik kerana sepasang lengan memeluk erat pinggangnya, menghalang tubuhnya dari menimpa lantai.

     Aik, lengan ?

     Entah - entah ni setan yang teman dia makan tadi dan muncul sebab dia kelihatan sangat single dan alone ? Ha, baik sungguh setan ni ehe ! Ada iras Demian hero cerita Sleep With The Bangla tak ?

     Dan Aryn ditimpa kekecewaan apabila bukan wajah tampan Demian yang dia lihat apabila pusing ke belakang tapi wajah lena si terung yang terpampang.

      "Ceh.. Terung. Eh, dah habis meeting ke ?" lirih Aryn dan bangkit dari baringannya.

        Lengan Deo jatuh ke pahanya dan dia hanya mengabaikan itu. Gadis itu menguap lebar dan mengeliat, jemari hampir menumbuk wajah Deo kerana terlalu menikmati aksi mengeliat bak kucingnya.

       Matanya mengerling meja kaca yang bersepah akibat perbuatannya dan mengeluh. Dia memang tak suka bersepah tapi tadi dia malas sangat jadi dia hanya biarkan dan lebih memilih untuk tidur.

     Ah, Deo mesti diam - diam kutuk dia ! Mesti lelaki itu fikir dia pengotor dan sebagainya hmph ! Semua perempuan ada masa malas yang jika mahu pakai baju dalam pun dia tak larat.

     Aryn menjauhkan lengan Deo dan berniat mahu mengemas meja yang membuat dia serabut itu namun rengekan Deo buat dia tidak jadi mahu bangkit.

      "Mmh.. Aryn.. mana Aryn hmm.." rengek Deo didalam tidurnya.

       Mungkin marah kerana Aryn melepaskan rangkulan lengan lelaki itu dari pinggangnya.

      Aryn membuat muka jijik, ey mamat ni nak tidur pun berpeluk ke ? Habis sebelum ni tidur tak ada peluk sesiapa boleh je, tak mati pun ?

      Seakan tahu Aryn meluat dan mengabaikan rengekannya, bibir Deo tercebik dan dahinya berkerut, tak suka.  Lelaki itu meraba sofa dan apabila dapat meraih jemari Aryn, dia menarik dan memeluk lengan gadis itu.

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now