[ Arrangement ]
.
.
.Deo hanya menatap Aryn, bingung. Dan Aryn menunggu. Menunggu Deo agar berhenti berlakon dan memberikannya jawapan.
Namun lelaki itu hanya memiringkan kepala dengan sudut bibir yang terangkat.
Rengkuhan dipinggang Aryn dia lepaskan lalu dia melangkah setapak ke belakang. Helaan nafas kedengaran dari belahan bibir itu.
Deo Xander tersenyum dan akhirnya membuka mulut untuk berbicara, mereka berdua sepenuhnya mengabaikan gerimis hujan yang mulai berjatuhan dari awan kelam dilangit malam itu.
"Aryn.. aku tak perlukan kau lagi. Kau boleh pergi. Bersyukurlah Yura sudi gantikan tempat kau."
Kaki Aryn hampir tidak mampu menampung beban tubuhnya, dia ingin rebah, dia ingin jatuh terduduk namun sekarang bukanlah masa yang sesuai.
Aryn memanjatkan syukur kerana rintik hujan yang jatuh ke permukaan wajahnya membuat air matanya berbaur sekali dan dia dapat menyembunyikan air mata sia - sia itu."T..Tak boleh.. Tak a..ada ucapan terima kasih sebab Aryn sudi terlibat dalam sesi mengorbankan nyawa untuk Deo ni ?"
Kening Deo terangkat namun sedetik kemudian dia terkekeh. Ah, Aryn memang berbeza dari semua perempuan yang dia kenal.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...