ㅡ ENO YTRUOF

2.3K 595 493
                                    

[ Music : Love The Way You Lie Part II  - Rihanna ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[ Music : Love The Way You Lie Part II  - Rihanna ]

[ Your Lie In The First Sight ]

-------

"Kau kenapa ? Senyap je. Musykil aku sebab bukan mulut kau ni macam bontot ayam ke ? Asyik terbuka je ?"

Aryn menjeling Jungkook tajam namun apabila Jungkook mahu melingkarkan tangan ke bahunya, segera Aryn berpusing hingga lengan Jungkook mendarat pada bahu Asha.

"Jangan.. s..sentuh aku eh ? Sepak kang."

Dahi Jungkook dan Asha berkerut apabila melihat wajah cemas Aryn dan betapa gugupnya gadis itu bercakap.

"Kau dah kenapa nyah ? Buang tabiat ke ?" jerkah Jungkook bengang kerana perangai luar biasa Aryn hari ini.

"Aku o..okay lah ! C..Cuma jangan sentuh aku. Aku ada er.. kurap."

"Aku dah kata mandi jangan sabun perut je.." ujar Asha menghelakan nafas dan menatap Aryn malas.

Gadis yang bakal menjadi ibu itu bersandar pada bahu Jungkook, berharap Jungkook memanjakannya. Biarlah dia ambil kesempatan pada seorang lelaki yang ada dalam hidupnya ini.

"Woa woa woa, Natasha Jung. Jangan dekat - dekat dengan Jungkoooook !" ujar Aryn panik.

Dan kali ini Jungkook semakin naik angin.

"Okay, beritahu aku kau tak puas hati apa dengan aku hm ? Aku tak cari pasal dengan kau kan ?"

"Tak ! Mana ada kau cari pasal err kau baik ! Sangat uhuk ! T..Tapi sosial distancing. Korang tak dengar eh pasal berita ada virus yang menular dari sentuhan jarak dekat ?"

"Dah lah Asha, jangan layan dia. Dia gila tu atau mungkin roh baring dekat katil lagi." ujar Jungkook lalu menarik Asha berjalan menyelusuri koridor.

Asha mengangguk dan memeluk lengan Jungkook dengan manja. Aryn sudah hampir menarik rambutnya kerana geram dan takut.

"Tak boleh bagi Asha dekat dengan Jungkook. Macam mana kalau Asha jatuh cinta dekat Jungkook.. l..lepastu dapat tahu dia.. bukan lelaki lepastu sedih balik ? Argh ! Boleh gila aku !" bisik Aryn, tertekan.

Gadis itu berlari hingga berjalan sejajar dengan langkah Asha dan Jungkook, menyelit diantara mereka hingga keduanya berjarak sangat jauh.

Aryn memegang lengan Jungkook, meraba tubuh itu hingga Jungkook hampir menampar gadis yang berperangai tak senonoh itu.

Aryn berfikir jika Jungkook lelaki, dia akan biarkan saja Aryn meraba tubuhnya dan jika Jungkook perempuan, dia akan menepis kerana tidak selesa.

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now