[ Needy ]
_______
"Harini birthday Aryn kan ?"
Aryn yang mahu ke dapur untuk mencari pencukur ketiaknya terdiam, terkejut kerana Deo tiba - tiba muncul, duduk disofa ruang tamunya dengan santai.
Keningnya terangkat dan dia berjalan mengundur, tidak jadi mahu masuk ke dapur. Gadis itu tidak peduli jika dia hanya bersinglet dan berseluar pendek, wajah baru bangun tidur dan hingus yang hampir meleleh.
Dia demam. Sebab kejadian semalam.
"Macam mana kau boleh masuk rumah ni ? Pintu kunci. Kau ikut tingkap ? Siling ?"
Deo menarik lengan Aryn hingga gadis itu duduk disampingnya. Jemarinya meraih beberapa helai tisu yang berada diatas meja kecil disamping sofa, memberikannya kepada Aryn.
"Disebabkan semalam Aryn dah tahu siapa Deo, jadi Deo boleh lah guna kuasa Deo kan? Senang Deo nak jumpa Aryn, petik jari je dah muncul depan Aryn."
Aryn mengesat hidungnya, namun mata masih menjeling Deo tajam. Entah kenapa dia rasa macam ayat Deo itu ada maksud tersembunyi.
"Apa ? Kalau kau muncul tiba - tiba masa aku tengah mandi, makan tengah hari kita, terung kari dengan telur dadar. Lagipun mana ada semalam kau beritahu aku, kau ni siapa? Eh serieslah kau ni Neptune hijau dalam spongebob tu ?"
Deo meringis, merasakan kepedihan menusuk dibawah. Namun dia cuba mengabaikan ayat pertama Aryn itu.
"Tak. Tak apa, nanti Aryn tahulah. By the way.. harini hari pertama tau kita bertunang. Maknanya, kita bertunang masa hari jadi Aryn." ujar Deo ceria.
"Tunang je pun, belum kahwin. Ilek ah, aku single lagi." ujar Aryn sambil mencebikkan bibir selamba.
"Eh? Tunang maksudnya Aryn tu milik Deo dah. Deo dah booking, ehe !"
"Kau fikir aku hotel ke apa nak booking.com ? Ish dah lah aku tak nak layan kau dah. Aku nak cari pencukur aku." ujar Aryn lalu mahu bangkit.
Namun Deo kembali menarik Aryn hingga gadis itu jatuh terduduk ke pangkuannya. Dia menyelak helaian rambut panjang Aryn hingga terpapar leher belakang Aryn.
Sengaja, dia mengecup leher belakang Aryn berkali - kali, tahu yang gadis itu begitu sensitif pada bahagian itu. Sudut bibirnya terangkat apabila tekaannya betul kerana Aryn sudah meronta sambil mengeliat ingin melepaskan diri.
"Yak ! Geli lah ! Lepas !"
"Takmo ~ Deo lepaskan kalau Aryn jawab soalan Deo." ujar Deo sambil mengeratkan pelukan pada perut Aryn.
"Ish, haa apa benda ?"
"Harini kan hari jadi Aryn. Jadi Aryn nak apa ? I will give you 3 wishes."
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...