ㅡ NEENRUOF

3.4K 655 756
                                    

ㅡㅡㅡ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ㅡㅡㅡ

After This Night

ㅡㅡㅡ


     Berminggu, bahkan hampir sebulan nanad tak hapdet eh tak tak, hampir sebulan setelah kejadian itu terjadi.

     Kejadian dimana Aryn dimalukan dihadapan khalayak ramai. Perbuatannya yang keji terbongkar hingga buat dirinya dibenci hampir seluruh warga sekolah.

     Bahkan makcik cleaner pun mengikut trend untuk membenci Aryn. Katanya dia masih berdendam sebab Aryn yang membuat seluruh warga sekolah perlu scan IC sebelum masuk tandas.

      Dia dah lah pendatang asing, mana nak dapat IC ? Nak tak nak kalau mahu tercirit terpaksalah pergi ke petronas sebelah sekolah.

      Belum sampai pagar sekolah, semua dah berterabur dalam seluar, hm.

      Melihat satu sekolah seakan memusuhinya tidak buat Aryn putus asa untuk datang ke sekolah. Malah setiap hari dia hadir dengan satu tujuan.

      Memujuk Kyril agar terima dirinya dan tinggalkan Janice.

      "AKU KATA BERAMBUS LAH PEREMPUAN !"

      Tubuh gadis itu kaku apabila jerkahan itu bergema ditengah koridor hingga menarik perhatian seluruh murid yang kebetulan berlalu lalang disitu.

    "S..Sunbae.. Ro..Rosie cuma nak Sunbae tinggalkan Janice. Terimalah Rosie, Rosie janji Rosie akan jadi yang terbaik, bahkan lebih baik dari perempuan tu !"

    Makin mencuka wajah Kyril apabila mendengar kata - kata Aryn, seakan Janice bukanlah yang terbaik untuknya.

     "Kau.. Kau tahu tak kalau nak dibandingkan kau dengan Janice, kau tu tak ada apa. Jadi berhentilah memaksa sebab aku muak, meluat dengan perangai murah kau ni. Lagi sekali kau kacau hidup aku dan Janice, aku akan bawa Janice ke Kanada, jauh dari kau yang dah macam orang gila ni."

     Bahu Aryn dilanggar oleh Kyril sebaik saja lelaki itu habis mengucapkan patah kata yang membuat hati Aryn seakan menjadi cebisan.

     "Rosie Arlyn. Aku rasa cukuplah aku tengok seminggu ni. Sekarang kau balik dan esok jangan datang ke sekolah. Aku dah cakap dengan Yoongi pasal ni dan dia setuju."

      Asha meraih bahu Aryn, memimpin tubuh kaku itu untuk berjalan menuju ke tempat letak kereta dimana Yoongi sudah menunggu untuk menghantar Aryn pulang.

    "Betul ke dia cakap yang dia akan pergi, bawa Janice ke Kanada sebab dia terganggu dengan aku ?"

    Keluhan Asha kedengaran, menjadi balasan dari pertanyaan lirih Aryn. Dia membuka pintu kereta Yoongi dan memasukkan Aryn ke dalamnya.

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now