[ Rosie Arlyn ]
---------
"Kau tak penat ke ?"
"Berhenti hahh.. hahh.. kejap..!"
"Jauh lagi ke duh ?"
"Cabut sajalah kaki aku ni, terung."
Deo menghentikan langkah kakinya apabila telinganya sudah hampir bernanah mendengar rengekan Aryn yang tidak henti - henti.
Aryn berlari dan duduk dibawah sebatang pokok yang teduh dan rendang, rendang pokok eh bukan rendang ayam.
Deo menghelakan nafas namun tetap mengikuti jejak langkah Aryn. Lelaki itu meletakkan beg sandang miliknya dan Aryn yang tadi dia gendong dibahu ke tanah tepat disamping Aryn.
Gadis itu sudah bersandar dibatang pokok, mengibas wajah dengan tangannya kerana bahang tengah hari yang begitu menyengat.
Deo mengeluarkan sebotol air mineral dan hulurkan kepada Aryn. Sementara Aryn meneguk habis air itu, Deo mengikat rambut Aryn tinggi agar gadis itu tidak kepanasan dan berpeluh.
"Kejap, dengar tak bunyi tu ?" ujar Aryn tiba - tiba sebaik saja selesai minum.
Deo menajamkan indera pendengarannya dan mengedipkan mata apabila terdengar bunyi air mengalir.
Aryn bangkit dan berlari mengikuti arah bunyi itu dan Deo mengekorinya, turut merasa ingin tahu.
"ADA SUNGAI LAH !"
Sekitar 100m dari tempat mereka duduk tadi, terdapat sebuah anak sungai yang airnya sungguh jernih. Baru Deo nak buka mulut, Aryn sudah terjun ke dalam sungai itu hingga air terpercik ke wajah Deo yang menganga.
"Ya Tuhan ! Aryn lupa ke Aryn dah tak ada baju ganti ?!" laung Deo panik apabila melihat tindakan luar dugaan Aryn itu.
"Baju Deo kan banyak lebih ! Nanti Aryn pakai tu sajaa ! Bagilah Aryn mandi, panaslah !"
Deo mengusap wajahnya dengan lengan baju, mengelengkan kepala melihat tingkah Aryn. Dia duduk dipinggiran sungai, memerhati dan menjaga Aryn jika apa - apa terjadi.
Gadis itu menghelakan nafas lega apabila tubuhnya tidak lagi melekit dan kini semakin sejuk. Dia yang sedar Deo hanya memerhati pun berniat mahu menghampiri lelaki itu.
Aryn memegang batu yang berada dipinggiran sungai dan menatap Deo tepat dimata.
"Tak nak mandi sekali ke ?" soal gadis itu buat kening Deo terangkat.
"Nakal eh ajak mandi sama - sama, hm ?" ujar Deo mencuit bawah dagu Aryn. Aryn menepis jemari Deo, sedikit terbatuk dengan wajah memerah.
"Aku ajak mandi, bukan buat apapun. Lagipun perjalanan ke Seoul lagi 6KM kan ? Jauh lagi."
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...