ㅡ NEETXIS

3.4K 664 905
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ TIME TO GET NAUGHTY ]

°°°°

        "Jadi Seokjin Oppa akan datang sini tiap hari hanya untuk jadi kuli kita ?"

          Mendengar itu, Deo meringis dan diam - diam mengabaikan jelingan maut yang Seokjin lemparkan padanya sebaik saja mendengar kata - kata polos Aryn itu.

          "Tak. Bukan kuli. Oppa cuma risau sebab Deo tak pandai masak dan bila dapat tahu Aryn duduk serumah dengan itik ni, Oppa rasa lebih baik Oppa sediakan makanan untuk korang berdua. Makanan dekat kedai - kedai bukan tentu sangat kebersihan."

           Tanpa ditahan perkataan awww meluncur keluar dari bibir Aryn, terharu dengan pemikiran dan niat Seokjin itu.

        Seokjin tersenyum bangga apabila Aryn menatapnya seakan dia ialah sang Romeo yang bakal menyelamatkannya dari segala bencana. Deo berdengus melihat itu.

        "Cakap sajalah hyung saja datang sini tiap hari sebab hyung bosan dekat rumah, kesunyian tanpa isteri atau kekasih. Dah berapa lama single ? 37 tahunㅡ"

         Aura mahu membunuh seseorang menguar dari tubuh lelaki yang lebih tua itu, buat Aryn membulatkan mata dan menyiku lengan Deo. Namun lelaki itu hanya menaikkan kening, tidak peduli.

        "Single itu lebih baik dari jaga jodoh orang lain. Single itu lebih baik dari melakukan maksiat. Single itu lebih baik dari hubungan haram yang tak diberkati Tuhan. Single itu lebih baik daripada buang masa pada orang yang belum tentu jodoh kita."

         Deo dan Aryn terdiam. Dada terasa ditusuk berkali - kali apabila mendengar patah kata yang dituturkan Seokjin dengan tenang itu.

         "Jadi, hyung akan selalu datang tengah hari untuk buatkan korang makan tengah hari. Sarapan, boleh buat roti bakar atau waffle, nanti hyung ajar Aryn cara dia. Makan malam, cari sendiri." ujar Seokjin.

         "Daripada hyung susah - susah, baik Deo sewa orang gaji saja untuk masakkan.."

         Seokjin mengelengkan kepala, tidak bersetuju dengan cadangan Deo itu.

          "Orang sekarang tak boleh percaya. Sebelum ni dah berapa kali kau kena tipu dengan maid kau kan ? Duit lebur dekat situ saja. Lagipun, dengan cara ni saja aku boleh pantau korang. Remaja macam korang ni bukan tentu sangat."

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now