ㅡ ENO YTRIRHT

2.3K 504 223
                                    

[ Stay With Me ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Stay With Me ]

_____

Dua puluh tahun kemudian,

Eh tak, dua minggu berlalu bak kedip - kedip mata sahaja. Langsung tidak terasa sudah 2 minggu Aryn tidak bertemu dengan Deo Xander setelah dia keluar dari rumah milik lelaki itu.

Aryn menjalani harinya seperti biasa, seperti sebelum dia bertemu dengan Deo. Cuma kali ini dia disibukkan dengan kerja sambilan.

Dia bekerja didua buah kafe dalam sehari, untuk mengumpul duit agar mampu bersekolah kembali. Terlalu sibuk untuk sekadar teringatkan lelaki itu.

Sepatutnya begitu. Sepatutnya dengan keadaan sibuk, untuk makan sahaja dia perlu terkejar - kejar, dia tidak akam ada masa untuk memikirkan lelaki itu.

Tapi kenapa.. kenapa separuh dari hati dia mahu Deo muncul dipintu kafe, melambai ke arahnya dengan senyuman manis memikat miliknya. Juga dengan bibir yang melafazkan kata - kata maaf.

'Kembalilah, Aryn. Deo rindu dekat Aryn.'

Kata - kata itu. Dia ingin dengar kata - kata itu mengalun dengan lancar dari bibir Deo namun itu semua hanya angan - angan. Bahkan batang hidung lelaki itu pun tidak kelihatan.

"Menung apa? Nak aku beritahu bos yang kau makan gaji buta ke ?"

Dan Aryn memutarkan matanya apabila suara itu menghancurkan masa rehatnya. Dia menjeling lelaki yang sedang mengikat tali apron ke pinggangnya itu.

Ah ini dia. Takdir yang mampu buat Aryn cakar dinding.

Jeon Jungkook turut bekerja didua kafe yang sama seperti Aryn. Pada mulanya dia mahu menarik diri dari bekerja dikafe ini kerana...

Siapa sanggup hadap muka lelaki yang hancurkan hubungan kau dengan orang yang kau suka ?

Tapi apabila sedar keadaannya sangat terdesak, Aryn terpaksa sabar dan hanya menempuh hari - hari bekerjanya yang perlu menatap wajah Jungkook hari - hari.

"Orang kata menung - menung ni senang kena sampuk hantu."

"Okaylah tu. Dari hadap muka kau yang serupa hantu ni lebih baik aku jumpa hantu betul kan ?"

BZZZ BZZZ !

Dan keduanya terkedu apabila lampu kafe tiba - tiba terpadam dan terbuka kembali. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Aryn mengerling Jungkook yang wajahnya sudah pucat, kelihatan setitik peluh mengalir didahinya. Mata bulatnya menatap Aryn, ketakutan.

"J..Jangan seru lah !"

Aryn tersenyum lebar, tahu betul yang Jungkook ini penakut orangnya. Agaknya kalau Aryn sakat dia lagi, dia kencing dalam seluar macam haritu lagi tak ?

Aryn membuka ikatan rambut panjangnya lalu dia menyerabaikan rambutnya hingga wajahnya tertutup rambut bak pontianak.

"Wuuuu ~"

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now