[ Miss Her....]
[ 200 komen untuk double update 🙆✨💜 ]
________
"Aryn.. Kau betul - betul nak kahwin dengan aku ke ?"
Aryn yang mendengar soalan itu berhenti mengemas katil wad yang sempat dia tempati selama 5 jam semasa menerima suntikan akibat kekurangan cecair didalam tubuh badan itu.
Tidak menoleh ke arah Jungkook, Aryn hanya tersenyum dan jemarinya meraih cincin pemberian Deo yang berada ditepi bantal.
Lalu dia memasang cincin itu ke jari dimana Jungkook lukiskan cincin tadi.
"Taklah.. Aku main - main. Kenapa ? Kau nak kahwin dengan aku ke ? Kau suka aku ?" soal Aryn lalu memusingkan tubuh menatap Jungkook yang sudah memutarkan matanya.
"Memang taklah. Kalau aku kahwin dengan kau, setiap hari kena raba. Tapi kalau kau nak aku kahwin dengan kau, aku boleh saja. Mana tahu, kau nak lari dari.. Deo ke.."
Aryn mengangkat bahu dan menarik tangan Jungkook keluar dari bilik hospital itu dan berjalan pulang, tidak mahu Asha risau.
Mungkin Aryn akan tolak bantuan Jungkook itu..
Sebab dia langsung tidak pernah terlintas dihati mahu lari dari Deo. Tidak ketika disaat dia perlukan lelaki itu seperti ini.
Dia akan bersama dengan Deo, melayan lelaki itu seperti tunangnya macam biasa.. Dia hanya menunggu dan melihat bagaimana permainan takdir.
________
Aryn baru saja mahu membuka pintu rumahnya dan melangkah masuk namun dia menoleh apabila namanya dipanggil.
Yoongi segera menutup pintu rumahnya dan menghampiri Aryn yang sudah mengerutkan dahi, hairan kenapa Yoongi memanggil namanya.
"Aryn. Aku ada benda sikit nak cakap dengan kau."
Aryn melihat bagaimana Yoongi menatapnya serius, dan dia hanya mengangguk dan membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumahnya.
"Asha mana ?" soal Aryn pada Yoongi.
"Tidur dekat bilik aku." balas Yoongi, singkat.
Lelaki itu duduk dikerusi meja makan, memerhatikan Aryn yang meletakkan secawan air sejuk untuknya ke atas meja.
"Nak cakap apa ?"
Aryn duduk berhadapan dengan Yoongi, ketara sekali diwajahnya yang dia sangat kepenatan. Beberapa bulan yang lepas, Yoongi masih ingat lagi ketika dia mula menegur gadis itu.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...