« His Touch »
°'°'°'°'°'°'
"Serieslah kau beli kucing semata - mata nak kucing tu berak depan rumah lelaki kesepian yang dengki tu ?" soal Asha tidak percaya dengan perbuatan rakannya itu.
"Eh, ini tak seberapa tau ! Kau tak ingat ke semalam dia pergi lapor dekat jabatan kemanusiaan pasal kita ? Kata kita menganggu ketenangan, keinniocient - an, dan hak dia sebagai manusia keseorangan ? Nyaris rumah kita kena bakar lepas berita kita bercium tu tersebar satu apartment ni tau tak ? Nyaris ada demostrasi dekat depan pintu rumah kita bawa sepanduk kata kita ahli neraka !"
Selesai berceramah, Aryn mengapai gelasnya lalu meneguk air OLIGOO itu rakus akibat haus yang teramat.
"Iya, iya aku tahu. Tapi benda dah selesai kan ? Semua dah tengok CCTV dan dah tahu kejadian dalam lif tu kemalangan je.. Sekarang ni, kau macam sengaja buat jiran kita tu makin marah pula. Jangan sampai dia curi bra kau lepastu jual dekat Shopee.. Haa mulut aku masin tau ! Kau dah sekali kena dengan mulut aku kann ? Takkan tak menyesal ?"
Aryn terdiam. Dia menjeling Asha dan kemudian berdengus. Kucing yang kelihatan seperti sudah bersedia mahu melepaskan timbunan kek coklat pun mengeow sedih bila hajatnya tidak kesampaian sebaik saja Aryn memasukkannya kembali ke dalam sangkar.
Muka kucing itu seperti mahu menangis kerana diberikan harapan palsu.
"Dah ah. Aku nak tidur. Esok sekolah. Dah lah ada perhimpunan pagi ! Argh aku harap sesuatu terjadi sampai kita tak payah pergi sekolah ! Duduk rumah, belajar dekat rumah saja !" rungut Aryn sambil menghentakkan kakinya berjalan menuju ke arah biliknya.
"Woi, kucing ni siapa nak jaga ? Dia kecil lagi ni." Asha menggaru kepalanya apabila kucing didalam sangkar itu mengeow penuh kesenduan.
"Alah, kau bagi saja dia makan kitkat suh dia bertenang sikit ! Kalau dia nak susu, kau bagi saja susu kau daripada membazir terbiar macamtu. Dahlah aku nak tidur !"
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfic[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...