ㅡ ENIN YTRIHT

2.4K 570 280
                                    

[ YES ! GOAL ! ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ YES ! GOAL ! ]

--------

Entah sejak bila, Jungkook menjadi ahli tetap dalam geng suwek Asha dan Aryn. Seingat Aryn, dia masih berdendam dengan lelaki itu kerana membuat hidupnya kelam - kabut dan urgh wajah itu memang minta penumbuk. Mulut pun dan serupa pistol bila bercakap, buat orang tertembak dihati akibat tajam dan panasnya dia bercakap.

Tapi,

Mungkin semuanya berubah setelah kejadian ini.

FLASHBACK

"Korang tahu, aku terdengar perbualan Asha dan Aryn dekat kelas tadi."

Asha dan Aryn yang sedang leka berborak dibangku tepi padang terdiam apabila Han Ci Rit yang lewat ke padang untuk subjek PJK sengaja menguatkan suaranya hingga semua rakan kelasnya kelihatan ingin tahu apa yang Ci Rit dengarkan.

"Dengar apa ?" soal seorang pelajar lelaki yang sudah tidak dapat menahan rasa ingin tahu.

"Asha mengandung gais. Dalam beg Aryn penuh barang, stoking, selimut, vitamin untuk ibu mengandung. Aku rasa dia jadi kuli jaga Asha sebab Asha mengandung anak haram kan ?"

"Uish, maknanya ibubapa dia halau dia lah ?"

"Hasil dari melacur haritu ke ?"

"Nanti kang Aryn pula yang mengandung anak haram haha !"

Keadaan mulai kecoh dipadang itu, guru yang telah pergi ke tandas setelah memberitahu pelajar agar bermain sukan sendiri membuat semuanya seperti tiada kerja dan memilih untuk mengumpat.

"Aku rasa kan.. bapa anak haram tu mesti salah satu cikgu dari sekolah ni. Korang kan tahu Asha tu terdesak nak result cemerlang macam Aryn jadi mesti dia tidur dengan memana cikgu supaya gred dia naik."

"Uish, masuk akal juga weh !" ujar Ci Rit sambil ber high five dengan Kang Bing.

Aryn menghelakan nafas dan ingin bangun, mungkin mahu memandulkan semua manusia yang akhlak eobseo mengumpat depan - depan seakan lupa dengan amaran yang Aryn berikan pada mereka.

Namun Asha menahan lengan Aryn, menarik rakannya itu untuk kembali duduk. Dia mengeleng pelan, meminta Aryn tidak melawan kerana sekarang masih dalam masa pembelajaran.

Mereka mungkin akan didenda oleh cikgu PJK jika membuat kegaduhan dan Asha tak mungkin larat mahu berlari dipadang walaupun itu cuma satu pusingan.

Tiba - tiba seorang murid datang menghampiri pelajar sekelas itu. Sepertinya pelajar itu kelas atas.

"Mr. Song kata dia sembelit. Jadi disebabkan dia tak mahu kelas ni berkeliaran dan tak melakukan apa, dia pesan supaya semua lari 5 pusingan dekat padang. Tidak terkecuali."

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now