[ I'm With You ]
°°°°
Minggu peperiksaan sudah berlalu.
Sudah berapa minggu Asha tidak meluangkan masa bersama Yoongi, belajar dan terus belajar bersama Aryn untuk mengapai keputusan cemerlang untuk peperiksaan kali ini.
Peperiksaan inilah yang menentukan universiti mana yang bakal mereka jejaki untuk menuntut pendidikan yang lebih tinggi dan mereka takkan sia - siakan itu.
Iya, memang Asha bekerja keras dan berusaha untuk mengulang kaji namun tidak bagi Aryn. Dia adalah pelajar yang gifted, goyang kaki saja.
Walaupun begitu dia tetap membantu Asha agar rakannya itu lebih memahami bab dan subjek yang bagi gadis itu sukar. Bagi Aryn itu sudah dikira mengulang kaji baginya.
Yoongi pula sudah tentu sibuk dengan kegiatannya sebagai pengetua dan disebabkan Kyril yang sepatutnya memimpin syarikat keluarga mereka telah berpindah ke Kanada, jadi terpaksalah Yoongi mengendalikan dua kerja dalam satu masa.
Jadi dia kekurangan masa untuk diluangkan bersama Asha seperti sebelumnya. Mereka berjumpa, itupun hanya sekadar menyapa apabila bertembung dikoridor sekolah atau jika Yoongi mengantikan guru yang tidak hadir.
Dan mereka ada lagi seminggu sebelum zaman persekolahan mereka tamat dan ada masa sebulan untuk keputusan peperiksaan mereka diumumkan.
Aryn menguap lebar, mengaru kepalanya dengan malas. Langkah kakinya terseret menuju ke dapur kerana tekak yang haus akibat karokae dialam mimpi.
Baru saja dia membuka lampu dapur, dia hampir jatuh akibat terlalu terkejut kerana melihat Asha yang duduk dilantai didalam kegelapan, kepala menunduk.
Dah lah rambut panjang tutup muka, kalau Aryn tak perasan baju tidur BT21 yang dipakai Asha, mungkin dia akan hempuk gadis itu guna kerusi dah.
"Woi kau kenapa nyah ? Duduk dalam gelap bagai ?"
Aryn mengangkat kening apabila Asha tidak menjawab. Budak ni tertidur dekat dapur ke apa ?
Langkah kaki Aryn majukan untuk menghampiri Asha yang duduk disamping peti ais. Dia menepuk bahu gadis itu namun wajah itu tetap menunduk.
"Kau kena sampuk ke ?"
Aryn menolak bahu Asha namun..
BRUK !
Gadis itu terbaring ke lantai, tidak sedarkan diri. Asha pengsan ?!
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...