ㅡ RUOF YTNEWT

2.7K 607 229
                                    

[ Terima kasih untuk respon pasal pertanyaan nanad di chapter sebelum ni ehe ! Nanad tak expect ramai komen uwu ;-; Btw nak tanya, korang rasa The Orien ni berapa chapter ? Anggaran lah ehe ! ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Terima kasih untuk respon pasal pertanyaan nanad di chapter sebelum ni ehe ! Nanad tak expect ramai komen uwu ;-; Btw nak tanya, korang rasa The Orien ni berapa chapter ? Anggaran lah ehe ! ]

--------
Love How You Do That
-------

"Mesti terlanjur tu. Muda - muda lagi dah ada anak umur 5 tahun macamtu."

"Tulah tu. Orang suruh belajar, leka buat eksperimen sains, kan dah terberanak."

"Mak dia macam tak reti jaga anak je.. Pegang budak macam pegang anjing.. Ni kalau jaga pokok cactus pun boleh mati ni.."

"Bapa dia tu hensem tapi bengap juga, kenapa tak cari bini lain ? Bini dia tu macam budak tak cukup umur. Dia dengan budak tu sama - sama tak berakal lagi."

Aryn menutup kelopak matanya dan menarik nafas sedalam yang dia mampu sehingga peparunya terisi dengan oksigen yang mencukupi.

Matanya kemudian dibuka dan dia menutup kedua telinga Nini yang berada dipangkuannya.

"MAKCIK FIKIR SAYA TAK DENGAR MAKCIK MENGUMPAT SAYA MACAM TAK INGAT KUBUR ? BAIK MAKCIK BERAMBUS SEBELUM GIGI PALSU MAKCIK NI SEMUA SAYA BALING DALAM BEKAS AISKRIM KEDAI NI !"

Nyaris luruh jantung ketiga makcik ditempat duduk belakang Aryn dan Deo. Deo memicit dahinya, merasa baran seorang Aryn makin lama makin tidak mampu dikawal. Bukannya Deo tak suka, tapi..

Entahlah. Aryn nampak seksi sangat bila mata gadis itu membulat, nada menengking dan wajah sinis itu urgh, rasanya Deo mahu menerkam Aryn disini sekarang juga.

Tapi bila fikir yang Aryn mungkin akan mati muda jika asyik nak mengamuk hingga urat tengkuk putus, Deo mengelengkan kepala.

"Eh, kamu jangan kurang ajar ya ? Kami ni lagi tua dari kamu yang umur baru setahun jagung ni ! Dasar budak tak beradab !"

Nampaknya makcik itu tidak terima apabila seorang budak sekolah menengkingnya ditempat awam begitu.

"Oh ya ? Saya peduli apa ? Makcik yang kurang ajar dulu. Baik makcik bertiga keluar dari kedai aiskrim ni sebelum saya panggil pekerja kedai ni dan beritahu makcik bertiga masuk kedai ni dan tak beli apapun cuma melepak guna wifi percuma tengok BTS Soop ! Heh, nak kena halau ke ?"

Ketiga makcik itu menjeling Aryn sinis namun tidak membalas, hanya beranjak keluar sambil menghentak kaki. Aryn memutarkan matanya apabila mata sucinya melihat punggung kendur makcik itu bergegar didepannya.

"Wah, garangnya." ujar Deo, mata masih memandang ke arah pintu kaca kedai aiskrim dan melihat bagaimana makcik - makcik itu merungut sambil menjeling ke arah mereka.

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now