ㅡ ENO YTNEWT

3.1K 632 376
                                    

[ Deeper ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Deeper ]

°°°°°

"Harini ada kelas kan ? Si Jungkook ke yang jadi tutor aku lagi ?"

Deo yang sedang merengangkan badan ditengah ruang tamu itu menoleh ke arah Aryn yang berjalan pelan menuruni tangga.

Gadis itu memakai seluar sukan panjang berwarna merah dan sebuah t- shirt putih oversize. Helaian rambut yang kian panjang dibiarkan lepas dan kelihatan kusut kerana Aryn yang sedang mengaru kepala.

Deo tersenyum apabila Aryn menguap lebar, jelas sekali yang gadis itu terpaksa bangun kerana ingat dia masih mempunyai kelas.

"Taklah. Harini dan seterusnya Aryn tak ada kelas sementara Deo nak cari tutor baru untuk Aryn."

Aryn menghentikan langkah tepat dihadapan Deo yang baru saja memulakan push up. Gadis itu mengangkat keningnya.

'Rajinnya terung ni bersenam.. aku ni nak turun tangga pun rasa macam nak guna punggung je..'

Merasa mahu menyakat lelaki yang sedang dihadapannya, Aryn sengaja duduk tepat diatas belakang Deo yang sedang melakukan push up.

Dapat dia dengar Deo mengaduh akibat beban yang terpaksa dia tahan namun Aryn hanya tersengih jahat bak setan yang teruja bila tahu anak adam makan tak baca bismillah.

"Sayang, please. Deo tak mampu nak tahanㅡ"

"Deo nak cakap yang Aryn ni gemuk lah sekarang ni ?!"

"Tak, tak ! Mana a..ada urgh !"

Aryn mengigit bibir menahan diri dari tertawa apabila matanya ternampak urat lengan Deo mulai menonjol, malah dahi dan tubuh Deo mulai dibasahi peluh.

Mendengar lelaki itu menarik nafas, dan melihat lengan Deo mulai mengigil akibat menahan berat badan Aryn yang menimpanya tak mampu buat Aryn menghentikan perbuatannya.

Malah Aryn mulai membaringkan badannya diatas tubuh belakang Deo, menjadikan lelaki itu sebagai tilam.

"Kalau Deo cakap Aryn tak gemuk dan berat, cuba buat push up 10 kali sekarang."

Deo hampir mengerang namun demi Aryn dia tetap gagahkan diri, menurunkan tubuh perlahan - lahan.

Aryn mengerutkan dahi apabila belakang merasakan tegangnya otot - otot tubuh Deo apabila lelaki itu menunaikan permintaannya. Tidak sampai hati mahu buat anak orang meninggal, Aryn pun berguling turun dari tubuh Deo sebaik saja lelaki itu menurunkan tubuh buat kali keempat.

"Orang gurau saja lah. Kau ni.. Agaknya kalau aku suruh kau redah lautan berapi pun kau buat agaknya.."

Deo beralih, duduk bersila dihadapan Aryn yang sudah berdengus tidak percaya apabila melihat lelaki itu masih boleh tersenyum.

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now