[ Heart Shaker ]
°°°°°°
Dua makhluk itu merenung satu alat uji kehamilan itu. Alat yang dari berpuluh kini tingga satu itu ditatap penuh minat.
"Berdasarkan dari kotak ni, dia suruh celup dalam air kencing kau.."
"Tu aku tahu tapi... macam mana ? Kau tahu lah kan, kita kencing dalam jamban, bukan dalam tupperware makcik kiah.."
Dan keduanya kembali termenung, berfikir.
"Apa kata kau tadah guna tangan kau ㅡ"
"HOI ! Baik aku guna tangan kau tadah benda tu ! Merapulah kau ni !"
Deo mencebikkan bibir apabila Aryn kembali mengherdiknya.
"Ah, kita guna idea Aryn tadi tu je lah.. guna tupperware tadah.."
Aryn membalas tatapan Deo yang meringis, takut kembali diherdik namun Aryn hanya menghelakan nafas dan mengangguk.
Deo berjalan ke dapur dan mengambil satu bekas tidak dipakai dan memberikannya pada Aryn.
Aryn menyambut huluran Deo dan mengambil alat uji itu lalu berjalan menuju ke bilik air. Namun dahinya berkerut apabila Deo mengekorinya seperti anak itik.
"Apa ?" soal Aryn sambil menghentikan langkah.
"Apa ?" soal Deo kembali, keliru kenapa Aryn berhenti.
"Kenapa kau ikut aku ?"
"Nak teman Aryn lah ㅡ"
"Aku pergi kencing tau, bukan bersalin. Kau tunggu sini diam - diam."
Deo baru mahu membantah namun Aryn menjinjitkan kaki, menepuk puncak kepalanya tiga kali lalu masuk ke dalam bilik air.
Tersengih - sengih Deo dibuatnya. Impak perbuatan kecil Aryn itu begitu besar kerana bukan senang mahu melihat si singa membelai.
Deo pun duduk dan menunggu seperti anak itik yang setia menunggu kepulangan tuannya. Kali ini, sekejap saja masa yang diambil oleh Aryn untuk melakukan ujian itu.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...