[ Ocean ]
.
.
.Seminggu.
Tujuh hari telah berlalu sejak kejadian dimana Deo tersilap bicara sehingga menyakiti perasaan Aryn. Dan seminggu juga mereka tidak bertegur sapa.
Sepatah Deo tanya, sepatah Aryn jawab. Menoleh ke arah Deo saja dia tidak mahu. Malah Aryn rela tidur disofa ruang tamu kerana menghindarkan diri dari berdekatan dengan Deo.
Dan malam itu, Aryn sudah buat keputusan. Dia akan keluar dari rumah agam bak istana milik Deo ini pada esok pagi, ketika Deo berangkat ke tempat kerja.
Dia ingin kembali ke rumah lamanya dengan Asha dan berniat untuk kembali bersekolah namun ketika dia teringat yang Deo sudah pun memberi surat berhenti sekolah bagi pihaknya, jadi mungkin dia hanya akan kembali ke rumah Asha sahaja.
Mungkin dia patut cari kerja, kumpul duit dulu untuk bayar yuran, baru sambung belajar walaupun dia telah melewatkan dua bulan waktu pembelajaran.
Belajar tiada had umur bukan ?
Pagi itu, sebaik saja mendengar bunyi kereta milik Deo keluar dari halaman rumah, Aryn terus bersiap dan mengemas barangnya.
Tak mungkin dia akan terus tinggal disini setelah mendengar Deo berkata yang dia hanya menumpang harta lelaki itu. Dia tahu dia ini jenis tidak malu tapi kalau pasal menumpang dan ambil kesempatan kepada orang lain, mungkin tak.
Aryn menguap lebar, menutup kembali pintu rumah lamanya dengan Asha, berniat mahu masuk ke biliknya dan sambung tidur.
Dengan mata yang hampir terkatup, Aryn mencampak beg pakaiannya ke tepi pintu bilik lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.
Dan dia melempar tubuhnya ke atas katil yang empukㅡ
"ARGH !"
Mata Aryn terus segar apabila mendengar bunyi jeritan kesakitan itu. Dengan panik dia menoleh ke belakang, melihat ke atas katilnya.
Wajahnya berubah merah semerah merahnya. Bukan merah kerana malu namun merah kerana marah.
"YAKKKKKK ! AKU BARU TAK ADA DUA BULAN KORANG BERDUA.. BUAT PRAKTIKAL PEMBIAKAN ATAS KATIL AKU ?!!!"
Patutlah dia merasa seperti menghempap tubuh seseorang ketika merebahkan diri ke atas katil tadi, rupa - rupanya dia terbaring atas badan Asha dan Yoongi yang sedang nyenyak tidur sambil berpelukan.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...