ㅡ NEVES YTRIHT

2.3K 581 477
                                    

| Even goals comment tak capai lagi, nanad buat double update juga ehe ! Terima kasih untuk yang komen di chapter sebelum ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| Even goals comment tak capai lagi, nanad buat double update juga ehe ! Terima kasih untuk yang komen di chapter sebelum ini. Ni untuk korang 🙈❤ |

-----

[ COWARD ]

______

"Lain kali sajalah Aryn.. Dia tengah sibuk.."

"Sampai bila kau nak tangguh Asha ? Dah seminggu berlalu sejak kita tahu pasal benda ni dan sejak dia hantar kau ke hospital, dia tak jenguk kau pun."

"Dia sibuk Aryn.. Kau tahu kan dia kena handle syarikat sejak Kyril dah ke Kanada.. Dengan urusan sekolah lagi.."

Aryn menghelakan nafasnya dan duduk disamping Asha. Dia mengusap puncak kepala Asha dan cuba tersenyum.

"Cubalah tidur dan rehat okay ? Aku ada beli susu dan kerepek supaya kau boleh kunyah - kunyah kalau rasa loya."

Asha hanya mengangguk. Bersyukur yang dia tidak merasa simptom apapun, malah jika mereka tak melakukan full body check up, mungkin sampai perut Asha membesar, mereka tidak akan tahu tentang kewujudan bayi itu.

TING TONG !

Asha mengedipkan matanya apabila Aryn bangkit menuju ke pintu. Ketika pintu itu terbuka, muncullah Deo yang membawa makan malam untuk mereka bertiga.

Aryn memeluk Deo begitu dan lelaki itu terkekeh pelan, tidak mampu membalas pelukan Aryn kerana tangan yang penuh plastik yang berisi makanan.

"Baru seminggu tak jumpa dah rindu macamni hm ? Kalau ya pun bagilah masuk dulu, penat Deo bawa makanan ni."

Aryn tersengih dan membantu Deo dengan mengambil dua plastik paling kecil. Hey, dia malas okay ?

"Asha duduk saja tau ? Deo dengan aku nak hidangkan makanan. Nanti dah siap kiteorang panggil." ujar Aryn sambil melangkah ke dapur.

"Okay.." lirih Asha sambil kembali fokuskan tatapannya ke arah televisyen yang memaparkan aksi parodi.

"Deo ambil tiga pinggan, tiga cawan, tigla sudu garfu, tiga mangkuk."

"Habistu Aryn buat apa je ?"

"Aryn tengok je ehe.."

Deo sudah bercekak pinggang apabila Aryn telah duduk dikerusi sambil menunggu Deo membawa apa yang dia suruh. Aryn tersengih dan menompang dagu, mengedipkan matanya ala anak kucing.

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now