« Kiss and Make Up »
°°°°
Tok ! Tok !
Asha mengigit bibir apabila tiada sahutan. Patung yang dipeluknya semakin tersepit diantara dada gebunya. Wah, untung sungguh patung jantan itu.
"Dinding... bukalah pintu ni.. aku takut.."
Asha mengigil apabila angin sepoi - sepoi menampar wajahnya dan suasana yang sunyi buat Asha hampir dapat mendengar bunyi deru nafasnya sendiri.
Belum sempat Asha nak menangis kerana melihat sebuah kelibat dihujung koridor yang gelap akibat lampu rosak, pintu dihadapannya terbuka.
"Kodahkenapaterpacak
malammalambutanidekatrumahorang ㅡ"Asha terus meloncat memeluk Yoongi yang muncul dengan wajah tanpa jiwanya buat lelaki itu terhinjut akibat terkejut.
Tangannya segera menahan tubuh yang bergayut bak koala itu agar tidak jatuh. Sekilas, mata sepet itu kelihatan berkedip gugup.
"Tu..Tutup pintu !"
Yoongi yang pada mulanya blur, menyepak pintu hingga tertutup. Nyaris tidak mampu bernafas lelaki itu akibat rangkulan erat Asha. Malah kedua kaki Asha melingkar pinggangnya.
"Kau tahu aku penat dengan kerja aku, penat dengan hidup ni, penat nak bercakap. Jadi jelaskan."
Kalau tidak memikirkan perasaan takutnya, mungkin Asha sudah menghantuk kepala Yoongi namun mungkin lain kali.
"Aku nak tidur dengan kau. Kau kena tidur dengan aku."
Yoongi tersedak air liur apabila kata bernada perintah dan penuh maksud tersirat itu menampar gegendang telinga.
Tidur ? Tidur macam mana ? Tidur berbaju atau tidur tidak berbaju ㅡ okay lupakan Yoongi, lupakan.
"Aku ni pengetua kau. Kau ajak aku tidur macamni, dah dikira melanggar tatasusila. Carilah lelaki lain yang rela puaskan nafsu kau. Dasar budak sekolah terlebih tengok FLPPJ [ Fake Love Perfomance Part JK ]."
"Bodoh, bukan tu maksud aku ! Aku takut tidur sensorang dekat rumah aku sebab Aryn tak balik ! Dari tadi aku dengar bunyi nafas orang tapi tak ada orang pun ! Terkencing aku tahu tak ! Aduh, temanlah aku. Sekali - sekala bantu anak murid sendiriㅡ"
"Kau fikir aku peduli ? Siapa suruh berlesbian dekat rumah tu sampai jin jantan muncul kacau kau masa kau tinggal sensorang ? Padan muka."
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...