ㅡ NEETTHGIE

3.1K 628 849
                                    

[ I Like That ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ I Like That ]

°°°°


     "Kau nak apa ?"

        Tanpa menoleh, Aryn bertanya pada Jungkook yang setia berdiri dibelakangnya walaupun sudah 10 minit berlalu.

         Gadis itu hanya fokus pada pemandangan dimana budak - budak kecil bermain ditaman permainan, gelak ketawa mereka bergema, girang tanpa beban.

         "Aku cuma nak kata, ni kerja aku. Jadi tutor kau adalah kerja aku. Tolong jangan libatkan masalah peribadi sampai kerja aku pula jadi tebusan."

         Dan kali ini, Aryn tidak dapat menahan sabar dan dia bangkit, mencengkam leher baju Jungkook hingga lelaki itu sedikit merasa tercekik.

          Namun bukannya meronta, Jungkook malah mengangkat sudut bibir dan merenung wajah dingin Aryn yang hanya berjarak beberapa inci darinya itu.

          "Tak ada permintaan maaf, dan dengan bangangnya minta aku ketepikan urusan peribadi untuk kepentingan kau ? Kau sengal atau apa ?"

           "Oh ? Kau nak aku minta maaf sebab buat Kyril bencikan kau ? Maaf kalau buat harapan kau hancur sebab aku takkan minta maaf."

          Jungkook merangkul pinggang Aryn secara tiba - tiba hingga tubuh mereka menempel rapat. Aryn mengerutkan dahi dan raut wajahnya semakin mencuka. Biadap betul lelaki ni !

         "Sebab, kau layak kena macamtu. Dengan gaya pelacurnya cuba kacau hubungan Janice dengan Demian. Kau fikir kau siapa ? Sedar lah diri."

          Hati Aryn berdenyut sakit apabila kata - kata kasar Jungkook itu menampar telinga. Matanya berair namun dia segera mengalihkan pandangannya ke arah lain supaya Jungkook tidak menyedarinya.

         Dia menolak dada bidang Jungkook menjauh dari tubuhnya. Menarik nafas dalam diam, Aryn berbicara pelan,

          "Ikut suka hati kau lah. Yang penting aku takkan terima kau jadi tutor aku. Pergi ajar tempat lain."

         "Dasar tak kenang budi. Deo Xander tu kira baik lah pungut kau, tumpangkan kau dekat rumah dia, siap sediakan homeschool untuk kau tapi kau ? Mengada, ni tak boleh tu tak boleh. Dah terbuang tu, terbuanglah. Tak payah nak acah macam kau penting sangat dalam hidup Deo tu."

             Lelaki ni makan maggi kari 3 kali pedas ke sampai setiap patah kata dia penuh dengan semburan api ghaib ?

            "AKU KAN EYY ㅡ"

            Dan Aryn pun melayang, naik ke bahu Jungkook lalu menarik rambut lelaki itu hingga hampir botak. Tak dapat imbangkan tubuh, Jungkook terjatuh dengan Aryn yang menghempapnya.

          Budak - budak kecil yang melihat pergaduhan itu bersorak, kagum melihat Aryn menghenyak perut Jungkook sampai mahu muntah lelaki itu dibuatnya.

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now