ㅡ RUOF

5.8K 822 915
                                    

« Changing My Whole Life »

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

« Changing My Whole Life »

°'°'°'°'°'°

Aryn menyiku pinggang Asha bila gadis itu dengan bataknya menekan butang membuka tingkap kereta berulang kali. Belum kira lagi berapa kali gadis itu meloncat kecil merasai betapa empuknya kerusi kulit mahal kereta berjenama itu.

"Uish empuknya.. Tempat duduk ni guna kulit biawak ke ?" ujar Asha, jakun orangnya.

"Shh ! Duduk diam - diamlah sebelum kulit kau yang aku siat jadi lapik sofa rumah kita ! Batak betul lah kau ni.. kalah unfollowers dekat wattpad." bisik Aryn dengan nada menahan geram.

"Oh, korang berdua tinggal serumah ? Baguslah. Boleh tolong tengok - tengokkan isteri aku ni." ujar Deo yang sedari tadi hanya memerhati tingkah keduanya melalui cermin kereta.

Asha yang kembali mendengar Deo memanggil Aryn sebagai isterinya itu terus maju ke hadapan, hampir kepalanya bertembung dengan kepala Deo. Lelaki itu membulatkan mata terkejut namun cuba bertenang.

"Betul ke kau ni suami Aryn ? Aku tak pernah nampak kau pun.. Selama ni Aryn selalu ada dengan aku tau ! Makan sesama, pergi sekolah sesama, mandi eh tak mandi tak fuh !"

Asha menepuk kecil mulutnya apabila hampir terlepas cakap dan menyerlahkan keseraiannya. Deo tersenyum kecil dan mengangguk.

"Oh, isteri aku nama Aryn ? Cantik namanya, sesuai sangat dengan wajah comel dia."

Aryn merasa hidungnya kembang namun kembali dia kecutkan agar tidak kelihatan bangga dengan pujian lelaki itu. Gadis itu berdehem perlahan, mengabaikan kerlingan mata nakal Deo dari cermin kereta.

"Aik ? Kau tak tahu nama isteri kau sendiri ? Kau biar betul ? Korang ni mabuk lepastu terdaftar kahwin ke macam mana ? Takkan kau tak tahu nama sebenar dia Rosie Arlyn --"

Aryn terus menekup mulut Asha kerana geram dengan mulut yang tak berhenti memekak itu. Asha meronta, cuba menolak tapak tangan rakannya itu. Pergh, bau ikan masin sia !

Kereta berhenti tepat dihadapan pondok pengawal yang menjaga kawasan apartment. Mereka telah tiba dirumah milik Asha dan Aryn.

Baru saja Deo mahu membalas kata - kata Asha tadi, Aryn terus menolak tubuh Asha keluar dari kereta dan terus kunci pintu supaya Asha tidak dapat masuk ke dalam kereta kembali.

Lengan Aryn melingkari leher Deo dari belakang, mencekik lelaki itu perlahan. Wajah sang gadis sudah dipenuhi aura gelap penuh dendam.

"Aku dah kata jangan muncul lagi kecuali aku mengandung kan ? Kau pekak ke ? Nak aku sumbat cili dalam lubang telinga kau ke ?"

[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민Where stories live. Discover now