[ Perenggan cam jiran ( terbalikkan jadi anjir ) sebab wattpad ni haih ! btw double update ehe ! Kalau ni banyak komen aku triple update ehe tenkiu gais ! 💜🙆✨ ]
[ Erase ]
_________
Langkah kaki Aryn menapak perlahan dan ketika dia tiba dihadapan pintu rumahnya, dia mengetuk pintu itu kerana dia baru teringat dia tidak membawa kunci."Aryn ! Kata sejam je weh ni dah dua jam aku tungguㅡ Aryn ? Kenapa kau basah kuyup ni ?"
Pintu terbuka dan muncul Asha yang baru saja mahu membebel namun tidak jadi apabila melihat keadaan Aryn yang tersengih dengan wajah pucat dan tubuh basah lencunnya.
"Oh ni ? Aku lupa bawa payung ehe. Tolong aku ambil timba weh, aku nak letak baju basah ni."
Asha mengangguk dan mengambil timba lalu dia berikan pada Aryn. Gadis itu menutup pintu rumah, membuka kasut lalu membuka satu persatu pakaiannya yang basah.
"Woi ! Kau nak telanjang dekat ruang tamu ni ke ?!"
"Alah kau macam tak pernah tengok ! Iyalah, terpaksa ! Takkan nak bagi satu rumah banjir ! Siapa nak lap ? Kau ?"
Asha berdecih dan bergegas mengambil tuala untuk Aryn, meninggalkan gadis yang memerah bajunya yang basah ke dalam timba. Wajahnya yang basah buat dia tersenyum.
Keputusannya untuk basah kuyup sebelum tiba ke rumah adalah pilihan yang tepat. Sekurang - kurangnya Asha tidak risau bila tahu dia sedang menangis sekarang ini.
Aryn mengigit bibirnya dan segera mengangkat timba dan tergesa - gesa masuk ke dalam bilik air, tidak mahu Asha melihatnya.
Dia tidak mahu rakannya itu risau, cukuplah gadis itu sedih perihal Yoongi, jangan sampai dia tahu masalah yang menimpa Aryn pula.
Aryn membuka pancuran air hingga air bersih dan sejuk itu membasahi wajahnya, membuat sekujur tubuhnya mengigil.
Perlahan kelopak matanya terbuka dan dia melihat sebuah tatto kecil yang terukir dilengannya. Tatto ombak air.
Aryn mengusap tatto itu perlahan, namun semakin lama, semakin kuat dia mengusap permukaan itu seakan mahu menghapuskan ukiran itu. Kulitnya memerah namun dia tidak peduli.
Dia mahu benda ni hilang. Sekarang.
Dan dia buat benda gila. Dia mengambil sebuah gunting yang Asha gunakan untuk memotong hujung rambut lalu dia menoreh kulitnya dibahagian itu hingga kulitnya terkoyak dan tatto itu hilang.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] THE ORIEN | 박지민
Fanfiction[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+ untuk bahasa ] « Plagiat ? Diharamkan » « Inspired ? Tidak diterima » Publish : 30 March 2020 Tamat...