Bab 1

4.2K 69 1
                                    

" MAMA nak kamu berkahwin dengan pilihan mama. Pihak lelaki pun dah setuju. Dia baru habis practical tahun ni. Dia belum start mengajar lagi, tunggu pihak sekolah panggil dia untuk bertugas. Tapi mama harap sangat dia mengajar dekat sekolah kamu tu. Umur dia muda lagi. Jangan risau, mama takkan bagi kamu nikah dengan atok takda gigi tu. Tapi tak tau sekolah bahagian mana. " Puan Anna terus memberitahu niat sebenarnya kepada anak bongsunya itu.

" What?! No mama! Ara tak nak dan takkan setuju! Mama ni dah gila ke?! Kenapa nak suruh Ara kahwin di umur muda macam ni? SPM pun belum lagi! This is all nonsense, mama! " Bantah Arabella. Dia berdiri tegak sambil berpeluk tubuh memandang wajah ibunya itu.

" Ara!! Siapa ajar kamu tinggikan suara dekat mama?! " Jerkah Encik Daller.

" What?! Betul apa kan? Papa pun nak back up mama ke?! Kenapa Ara yang kena kahwin dulu?! Along dan angah takda pun! Along kan dah bertunang, suruhlah dia kahwin cepat! Kenapa nak kena babitkan Ara pula?! " Bidas Arabella sambil meninggikan suaranya.

Encik Daller ingin melayangkan penamparnya kepada Arabella, namun along Arabella iaitu Adelle Daniel sempat menghalang.

" Pa! Let her be. I'll persuade her later. " sampuk Adelle.

" Pa, tolong jangan paksa adik pa, ma . Dia masih mentah lagi. Biarlah dia. Nanti pandai-pandai lah dia urus sendiri masa depan dia. Jangan memaksa dia sangat. " ujar Airel Darrel iaitu angah kepada Arabella Dylanna.

" Dia tu degil sangatlah! Anak awak lah ni. " omel Puan Anna.

" Eh, anak saya pula. Asal je perangai tak elok mesti awak tunding jari kat saya. " bidas Encik Daller.

" Dah lah ma, pa. Kitaorang nak pujuk adik kejap. " pamit Adelle dan Airel.

Mereka mendaki anak tangga lalu mengetuk pintu kayu yang berwarna coklat perang itu. Tombol pintu dipulas apabila tiada respon daripada Arabella.

" Adik, adik okay? " Soal Adelle.

" Alongg.. Ara tak nak kahwin. Ara muda lagilah! Nanti baru umur 20 tengok-tengok anak dah lima! Malulah adik dengan kawan-kawan adik nanti! Tak boleh jadi ni, adik kena juga cari jalan untuk lari daripada semua ni! " Luah Arabella dengan air mata yang mengalir di pipi.

Bantalnya yang berwarna kelabu itu ditumbuk kasar secara berulang kali seperti punching bag.

Ya rumah mereka ada gym dan perpustakaan sendiri. Perpustakaan itu dibuat kerana Encik Daller dulu bekas seorang pensyarah. Sekarang dia dah tak guna lagi perpustakaan tu, jadi dia bagi kat Arabella memandangkan Arabella suka baca novel tentang thriller, romance dan horror ni.

" Adik, adik kan kuat. Along tau adik boleh face all of this matter by yourself. Cuma adik kena ada kepercayaan dekat diri adik je. " ujar Adelle.

" Ha'ah. Anak tu kira last lah. Sebab nikah tak semestinya perlu first night terus. Kalau tak nak pregnant, pil perancang banyak. Buat apa nak risau? Kan? " Airel mengusap kepala Arabella lembut.

" Pil perancang otak kau. Kalau tak jalan juga macam mana? Tapi aku akan pastikan yang dia takkan dapat tubuh akulah. Dia hanya dapat pegang title suami aku je tapi bukan sepenuhnya. Siapa suruh dia setuju bila nak kahwin dengan aku? Apa dia tu meroyan ke apa? Ke otak dah biul? Tak betul dah. Senang kata, mereng. " omel Arabella sambil menonyoh-nonyoh muka patung bunnynya itu.

Patung little pony dia dibiarkan terbaring elok di atas katil. Dia paling sayang dengan patung little pony dia tu berbanding bunny. Sebab bunny tu birthday gift dia yang kawan baik dia bagi. Little pony tu pula arwah atok dia belikan untuk dia masa dia tingkatan 3 dulu sebulan sebelum arwah atok dia meninggal.

" Hm.. adik janganlah benci sangat. Nanti jatuh cinta pula. Terus tak lena tidur malam adik tau. " seloroh Airel.

" Oii! Cakap tu boekk sikit eh?! Kita tengoklah nanti siapa yang akan jatuh cinta dulu. Aku atau dia?! " Arabella tersenyum senget.

" Tapi tak salah kalau adik cintakan suami adik sendiri. Tak dosa pun. " provok Adelle.

" Along, adik belum kahwin lagi dengan dia okay? Jadi dia belum digelar suami kepada adik lagi tau? Dan adik tak kenal pun siapa dia. Nama dia pun adik tak tau langsung. Muka dia lagilah adik tak kenal. Tah-tah mama tipu je. Cakap muda, jangan-jangan tua kerepot tinggal nak mampus je! " Omel Arabella lalu berdecit menyampah.

" Kau jangan dikk, kang betul-betul tua kerepot tinggal nak mampus betul-betul baru kau tau! Merana hidup kau nanti. " ujar Airel .

" Kau ni kan, kalau satu hari tak bagi aku Hot FM memang tak sah kan? " Soal Arabella dingin . Bahu Airel ditepuk kasar. 

" Adoiii!! Sorry arh! Dah kau cakap cam tu. Memang lah aku bayangkan wajah bakal suami kau tu.. " ujar Airel .

" Dah lah, esok dah nak start sekolah kan? So get lost! Aku nak tidur, kalau mama ajak makan , cakap ke adik dah kenyang. Kalau mama tanya kenyang makan apa? Kau berdua jawab je 'makan hati' okay? Dah blah arh! Apa tunggu-tunggu lagi? " Soal Arabella sambil menolak badan kedua-dua abangnya itu dari atas katilnya yang bersaiz sederhana muat untuk tiga orang itu.

" Yelahh! Nak keluar lah ni! Kecohlah tomboy ni! " Perli Airel . Dahi Arabella terus didebik kasar sebelum dia berlari pecut keluar.

" Airel Darrel!! " Jerit Arabella sambil menutup kedua-dua telinganya menggunakan kedua-dua telapak tangannya.

Adelle yang sudah menjangka perkara tersebut akan terjadi terus menutup telinganya cepat-cepat agar gegendang telinga tidak pecah.

" KALAU itu yang mummy dan daddy nak, Harith terpaksa lah ikut kan? Tapi boleh ke Harith kahwin dengan perempuan yang bawah umur ni? Dia kan masih sekolah lagi. Tak terlampau awal ke? " soal Harith Haydar.

" Harith, kalau jodoh kamu datang awal takda maknanya tak boleh. Mummy dengan daddy dulu pun nikah masa mummy baru habis SPM tau? lepastu lahirlah kamu ke dunia. " Ujar Puan Hellen.

" Betul tu, Harith. Jangan risau, daddy yakin kamu boleh bimbing anak aunty Anna kamu tu. Cuma aunty Anna kamu cakap, anak dia tu kasar sikit. Dia tak reti masak tapi reti buat kek. " provok Encik Harry.

" Hah? Tak reti memasak tapi reti baking cake? Pelik betul minah tu. " omel Harith Haydar.

" Pelik-pelik mana pun dia, dia tetap bakal isteri kau bro! " Ujar Hadith Hael, kembar kepada Harith. Harith lebih tua daripada Hael.

Hadith Hael bakal menjadi seorang pilot. Harith pula guru sekolah menengah. Walaupun kembar, tetapi mereka mempunyai perangai yang berbeza.  Contohnya Harith dingin dan tegas. Hael pula periang dan peramah.

" Haihh, dah nasib Hael. Nak buat macam mana kan? " Ujar Harith pasrah.

" Kesian kau. " seloroh Hael dalam nada perli .

" Bodoh! Dah lah, aku nak naik. Tidur. " Pamit Harith.

" Aikk? Awalnya? " Soal Hael pelik. Selalunya abangnya itu akan overnight dan habiskan masa dengan mengkaji tentang sains. Tapi kali ni pelik sikit.

" Takda mood nak overnight. " laung Harith dari tingkat atas .

" Takda mood ke excited nak kahwin? " Tebak Hael lalu ketawa berdekah-dekah .

" Hael.. " ujar Puan Hellen meleret. Hael hanya menayangkan sengihan tak bersalah.


- It all happened by coincidence and that coincidence has brought a thousand meanings to us - ❤️













Hy dear reader ! Ni adalah karya kedua yang Alina buat , kalau ada tersama dengan karya yang korang buat , maaflah . Alina tak tau pun . Mungkin kebetulan je kot ? So yeah , I hope you guys will enjoy it ! Love yahh !! :^)

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now